Tuesday, July 16, 2019

Produk Jenama Wan

Pernah dengar jenama Wan? Saya pun baru kali pertama dengar jenama Wan ni. Tu pun setelah berhempas pulas mencari minyak wangi untuk dibeli.

Selepas satu website ke satu website saya explore, akhirnya saya dipertemukan dengan jenama ni. Saya rasa ada sesuatu yang menarik tentang produk ni. Ye memang betul ada yang menarik. Tidak dinafikan, ada juga produk lain yang tidak kurang juga hebatnya.

Antara kelebihan produk Wan ni adalah:

  • Harganya murah
  • mesra solat
  • senang dibawa (letak dalam poket/handbag)
  • tahan lama 
  • pati asli
  • bauan yang diinspirasi dari jenama antarabangsa
ihsan dari google


yang ni adalah tuan punye produk. Mr Wan!

kepada yang berminat untuk memiliki perfume ni, bolehlah wasap kepada saya 013 8361203. Orang sekitar Setiu saya boleh COD, jika tak jauh dari rumah saya.

Dan jika berminat nak jadi pengedar pun boleh. Harga nak jadi ejen @ pengedar adalah serendah RM27. 

Saturday, June 29, 2019

Hook Folder Locker



Tau tak camner nak lock atau kunci folder??? Mana la tau kot2 nak privacy supaya orang lain tak dapat baca yang kita punya.

Abi syorkan pada anda supaya mendownlod perisian percuma ni " Hook Folder Locker ".
Boleh klik link ini jika mahu

https://sourceforge.net/projects/hookfolderlocker/

Amat mudah untuk menggunakannya. Lepas download, run aplikasi tu. akan keluar seperti gambar di atas. Klik browse untuk cari fail yang nak di lock. lepas tu cipta lah password. Untuk membukanya semula, run kan lagi apps tu dan klik unlock.

Selamat mencuba.

Fitnah

Zaman sekarang zaman fitnah. Majoriti ulamak sepakat mengatakan zaman ini zaman fitnah. Bila sebut fitnah maknanya ialah ujian. Ya, banyak ujian pada zaman ini.

Sehinggalah digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa fitnah itu akan menemui kita seolah2 ianya berada dalam keadaan gelap gelita. Maknanya ialah datangnya fitnah itu tanpa kita sedari bahawa ianya adalah fitnah. Seperti diumpamakan seekor ular yang hitam sedang berjalan dalam gelap tanpa kita sedari. Walhal ular itu amat berbisa.

Fitnah itu datang daripada pelbagai sudut. Hanya orang yang celik hatinya sahaja yang dapat mengecamnya. Orang yang celik hatinya dan diberikan petunjuk Ilahi kepadanya.

Ramai orang mampu berkata zaman ini zaman fitnah tapi dia tak sedar bahawa dia sudah terkena fitnah yang amat dahsyat. Sebagai contohnya, jika memiliki hp jangan sampai ia boleh bawa fitnah kepada diri kita. Yang dikatakan boleh bawa fitnah itu adalah kita senantiasa bersamanya. Mengadap hp berjam2 tanpa melakukan aktiviti lain.

Aplikasi demi aplikasi dalam hp kita buka. Berbual dengan kawan2 satu group berjam2. Lepas tu buka pulak telegram.Berbual kat situ pulak. Rasa puas membawang kat situ buka pulak FB....baca posting kawan2...lama kat situ pulak. Pendek kata masanya habis di hp.

Itulah dikatakan fitnah.Memang dah terkena fitnah. Banyak lagi lah contoh2 lain. Nanti abi akan tulis semula.

Sunday, June 16, 2019

ngomong2

Alhamdulillah...puasa sebulan dah habis. Perut dah boleh merdeka semula,
Perut dah mengenali makanan dan minuman yg best2 dan yg pastinya siap untuk disumbat dan dihumban.
Zahirnya begitu lah....Tapi belum tentu dapat masuk dan sumbat semuanya. Alahai perut.

JIka bulan puasa, Iblis dan syaitan dibelenggu dengan erti kata lain mereka tiada POWER untuk menggoda hamba Allah yg berpuasa. Tapi bila dah berakhirnya Ramadan ni, siap lah korang semua. Korang jangan ingat korang kuat. Ada masanya korang akan jadi lemah. So, hati2 lah...


Wednesday, May 15, 2019

Selamat Hari Guru @ Eidul Mua'llimin


Hari ni 16 Mei adalah Hari Guru bagi rakyat Malaysia. Namun pada hari ini abi bersama rakan2 pendidik yang lain tiada sambutan di peringkat sekolah. Ini kerana kami sudah menyambut awal lagi sambutan Hari Guru ini di peringkat sekolah sebelum kedatangan Ramadhan Al Mubarak.

Di Setiu, kebanyakan sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru ini sebelum tibanya Ramadhan Al Mubarak ini.

Tema ??? Selalunya bila tiba aje hari guru orang akan bertanyakan tema apa???Pakaian apa nak dipakai? Costum apa yang mahu dicari ?

Tema di SAIS ni adalah tema Pakaian Pengantin Tradisional...

Kalau korang datang ke SAIS ni korang boleh tengok lah macam mana cikgu2 SAIS memperagakan pakaian pengantin mereka. Tapi abi pada hari tersebut hanya berpakaian baju Melayu dan songket sahaja. Santai dan bersahaja!

Monday, May 13, 2019

Jin mengucap 2 kalimah syahadah

Dalam suatu proses rawatan, seorang pesakit telah mendengar audio ruqyah syariyyah melalui You Tube, Syeikh Rasyid Mishari. Sebaik sahaja diperdengarkan bacaan ayat2 suci Al quran maka si pesakit pun terus taksedarkan diri.

Dalam tak sedar diri itulah, jin telah menunjukan reaksinya dalam keadaan kesakitan. Ya, sakit. Jin pun akan terkesan juga bila diperdengarkan dengan ayat suci walaupun ia sekadar audio.

Setibanya pada ayat surah Al Jin, maka kedengaran daripada mulut pesakit tersebut kalimah syahadah. Beberapa kali diulang nya kalimah syahadah tersebut. Abi fikir ada di kalangan mereka yang bukan Islam telah masuk Islam. Ataupun yang dah Islam tapi memperbaharui syahadah mereka.

Wallahu a'lam sesuatu yg susah utk dijangka sebabnya ianya adalah di alam ghaib.

Dakwah & Surau tugas siapa?

Alhamdulillah puji dan syukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya kepada kita semua. Khususnya nikmat Iman ke atas diri kita.

Kedengaran kata2 yang tak manis didengar bagi abi ialah ustaz dan ustazah lah yang sepatutnya menggerakkan surau dan bukannya orang lain (cikgu). Bagi abi ia adalah satu pandangan atau pemahaman yang salah tentang konsep dakwah itu sendiri. Siapakah penggerak ???

Kalau dilihat dari segi kaca mata Islam dakwah itu adalah kerja semua orang baik dia ustaz atau pun tidak. Dakwah itu adalah kerja mengajak kepada Islam, menyeru kepada yg makruf dan mencegah yang mungkar. Jadi itu kerja semua orang Islam tanpa melihat kepada latar belakang.

Semua daripada kita ini adalah layak untuk berdakwah tetapi dengan cara yang pelbagai. Ada yang berdakwah dengan lisan seperti berceramah sana sini. Ada juga yang melalui penulisan seperti menulis tentang islam dalam blog, fb, tweeter dan lain2 lagi. Ada yang berdakwah melalui seni seperti lakonan. Dan banyak lagi kerja2 dakwah yang kita boleh masuk dan ceburi. Pendek kata nak atau tak nak sahaja.

Bila kita dah tau dakwah itu tugas siapa maka tak timbullah siapa yang akan jaga surau. Dengan erti kata lain siapa yang nak imarah/menghidup kan surau. Setiap daripada kita lah yang mukallaf sepatutnya memainkan peranan. Bukannya terletak atas bahu ustaz/zah sahaja. Kalau letak ataz bahu ustaz/zah sahaja berapa keratkah mereka yg ada???

Dalam organisasi sekolah, jika setiap guru memainkan peranannya dalam "berdakwah" kepada murid2, abi yakin dan percaya murid2 akan terkesan dan terdidik dengan sendirinya. Berdakwah itu bukannya bagi tazkirah sahaja tetapi dakwah bil hal itu pun suatu yg penting juga. Dakwah bil hal itu adalah tingkah laku dan perangai yang baik.

Jadi, marilah para guru / pendidik kita sama2 gemblengkan tenaga demi dakwah Islam untuk anak2 didik kita. Dengan dakwah yg kita lakukan ini abi percaya akan turunnya rahmat Allah ke atas anak2 murid tersebut. Bila mana turunnya rahmat, inshaAllah akan turunnya kejayaan dan kecemerlangan.

Jom geng kita berdakwah!
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.