Wednesday, May 16, 2018

Keramat 9 Mei

Rupa2 nya bulan Mei ni bulan yg ditakuti oleh BN yang memerintah Malaysia. 9 Mei semua rakyat Malaysia telah keluar mengundi Dan menyatakan hak Dan pendirian masing2.

Nasib tidak menyebelahi BN kerana majority rakyat telah menolak BN. Pakatan Harapan telah memenangi byk kerusi Dun n Parlimen.PH diketuai oleh Tun Mahathir.

Kini Tun M telah pun dilantik menjadi PM Malaysia ke 7. Dan beliau telah membentuk beberapa menteri cabinet. Antaranya menteri kewangan Dan pertahanan. Syabas Tun M!

Namun,Kelantan masih lg kekal di bwh kerajaan PAS Dan satu negeri lg jatuh ke tgn PAS iaitu Terengganu. Syabas untuk Kelantan n Terengganu!

Tuesday, April 17, 2018

Dunia itu bangkai

Seandainya dunia yang kita kejar hari ini dapat menemani kita ke alam kubur,,,,,kejarlah. Bila dah dapat tu dakapilah ia...kucup dan cium ia.

Tapi bila mana jika rasa dunia itu adalah tak ubah seperti bangkai yang busuk, maka lepas lah ia dari genggamanmu. jangan pedulikannya. Ia tidak kekal bersama kita. Ia tidak dapat menolong kita dan menemani kita di alam kubur.

Tau tak apa itu dunia???

Dunia itu adalah merangkumi harta benda, anak2, pangkat dan jawatan, wanita cantik, perhiasan dan lain2 lagi.

Orang yang tergila2kan dunia akan kejar perkara2 di atas. Saling tak tumpah seorang yang kelaparan akan sentiasa mencari2 makanan. Di mana ada terhidu bau makanan maka di situlah dia akan mencari makanan hinggalah dia dapat.

Be Aware untuk dunia kamu. Jangan sampai ia menjerat kamu hingga kamu hanyut dengannya dan leka dengan Allah SWT.


Monday, April 9, 2018

Teknologi vs jin

Rupanya dengan adanya teknologi terkini seperti gajet@ handphone dapat juga untuk bertarung dengan jin,syaitan mahupun iblis. Kalau dulu aku fikir hanya ruqyah yg dilafazkan oleh seorang perawat@mualij sahaja yg berkesan ke atas pesakit.

Kini dengan adanya hanphone,ia juga dapat bertempur dengan makhluk halus ini. Aku dulunya tak tarcaya tp kini dah mempercayainya.

Lewat malam,datang seorang hamba Allah kepadaku mengadu tentang sakit lenguh di anggota pehanya. Lepas itu mengadunya pula lenguh yg amat sangat pada anggota lengan Serta telapak tangannya....aku urut sambil membaca beberapa ruqyah...

Sehinggalah pada suatu Masa aku terasa lain macam pd hamba Allah itu. Lantas aku Mula Azan Dan ku lihat matanya meliar ke arah mukaku. Aku dah Mula syak bahawa dia dah kerasukan. Aku teruskan bacaan ruqyahku sehinggalah ke penamatnya....

Dari gerak gerinya masih lg dia kerasukan sehinggalah terpacul keluar Dr mulutnya beberapa perkataan "aku mengantuklah....nak tidur"....acapkali dia ucap begitu...aku fikir dia "jin tidur".

Selepas beberapa lama aku meneruskan bacaan ruqyahku. Kekadang dia terjaga Dan tertidur semula...beberapa Kali dia Cuba psyko aku dgn berkata " mu tak mengantuk ko? Pergi lah tidur...aku tak layan cakap dia.

Sehinggalah lah aku ketandusan idea untuk membaca ruqyah.Alhamdulillah Allah beri idea pdku supaya aku membuka ruqyah syariah melalui you tube.aku taip Maka keluarlah ruqyah drp Syeikh Misyari Rasyid Al Affasi.Aku pasang Dan letak Kat telinga dia. Berhasil Dan menjadi. Dia menangis dan gelisah. Aku running ruqyah tu hampir Satu jam lebih sehinggalah aku rasakan bhw "dia" dah keluar ikut tangan Dan mulut.

Satu ilmu baru bg diriku bhw dpt juga pasang ruqyah melalui YouTube kpd pesakit. Dan aku juga dpt rasa bhw Syeikh Al Masyari pun orang hebat Dan ada karamahnya tersendiri. Barakallahu fikum Syeikh.


Kpd yg membaca entry jgn buat spt aku ni jk kalian belum lg meceburi dunia perawatan Islam ini.kena berguru dulu utk belajar. Jika tidak,pasti anda akan ditipu setipu tipunya....Don't do like this at home!

Tuesday, April 3, 2018

Dietku

Semalam bermulalah episode baru bagi perut aku. Maksud aku ialah aku dah Mula mengamalkan pemakanan sihat untuk perutku. Biasanya bekfes setiap pagi aku selalu ambil nasi tapi Kali ni berbeza sikit.Tak banyak bezanya cuma dlm kuantiti yg sedikit.

Inilah bekfes aku Hari pertama.memang memberontaklah perut aku semalam...

Ini Hari kedua aku,Hari ni lah.roti kacang bean n sayur (karot,tomato n timun)

Cuma tengahari nanti aku bercadang nak cari nasi. Take pasti la pulak Ada ke tak Kat kantin tu.

Ok lah moga diri ini sentiasa sihat Dan istiqamah dlm amalan.

Sunday, April 1, 2018

Solawat Badawiah


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى نُورِ الأَنْوَارِ. وَسِرِّ الأَسِرَارِ. وَتِرْيَاقِ الأَغْيَارِ. وَمِفْتَاحِ بَابِ الْنَسَارِ. سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْمُخْتَارِ. وَآلِهِ الأَطْهَارِ. وَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ. عَدَد نِعَمِ الله وَأِفْضَالِهِ.

Bio-data syeikh:

Syaikh Ahmad bin Ali Bin Yahya Al-Badawi lahir di Kota Fes, Maroko pada tahun 596 H./1199 M adalah seorang imam sufi, wali kutub dan pendiri thariqah Al-Badawiyah. Beliau dijuluki Al-Badawi selalu menutup wajahnya seperti kebiasaan Arab Badui. Kakek beliau sebelumnya bermukim di Jazirah Arab. Kakek beliau datang di Fes Maroko akibat semakin brutalnya aksi Al-Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi terhadap kalangan Alawiyin

Nasab Al-Badawi dari jalur ayah sampai kepada sayyidina Husein bin Ali, bin Fathimah Az-Az-Zahra' binti Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam. Berdasarkan kesepakatan ulama nasab, dan ahli sejarah, secara lengkap nasab beliau adalah Ahmad bin Ali bin Yahya bin Isa bin Abu Bakar bin Ismail bin Umar bin Ali bin Utsman bin Husein bin Muhammad bin Musa bin Yahya bin Isa bin Ali bin Muhammad bin Hasan bin Ja'far Az-Zaky bin Ali Al-Hadi bin Muhammad al-Jawwad bin Ali Ridlo bin Musa al-Kadhim bin Ja'far As-Shadiq bin Muhammad al-baqir bin Ali Zainal Abidin bin Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib


Wednesday, March 28, 2018

Majlis Tadarus Al Quran

Tilawah Al Quran (Johan/lelaki)
Che Khairi bin Che Rias

Syarahan (naib Johan/lelaki)
Mohd Hafizul bin Rosli

Tempat ke 3(syarahan spontan/perempuan)
Malika Uzma







Straight A SPM 2017


Pelajar straight A dlm SPM thn lps. tahniah drp blog ceritaabi.

Mereka lah nanti yg bakal menjadi pencetus sumber inspirasi kpd adik² SAIS nanti .

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.