Tuesday, September 12, 2017

Rindu Iktikaf

Semenjak dua menjak ni, rasa berat je badan nak melangkah ke rumah Allah. Ya Allah apa lah dosaku ini....Urusan rumah tangga semua nya ditanggung sepenuhnya oleh abi. Ummi direhatkan buat sementara waktu dek kerana bersalin.

Mungkin badan penat yang amat sangat hinggakan terasa malas nak ke masjid. Hanya mampu berjemaah dengan anak2 di rumah je.

Alhamdulillah kali ni,gagahi jugak tulang empat kerat untuk melangkah ke masjid. Allah bagi pertolongan dan kekuatan abi ke arah itu. Sesampai di masjid ,,,,sayu jer rasa. walhal Jumaat lepas baru jer pergi. Hati terasa nak duduk lama jer kat situ. Nak beriktikaf. Nak Zikir.Nak mengadu pada Allah. Nak citer segala macam citer yang tak mampu terurai dengan akal.

Tapi masa singkat.Lepas Isya' diorang nak balik rumah masing2.Siak nak kunci masjid. huhu.
Terpaksa abi angkat punggung juga lepas solat ba'diah Isya'.

Ya Allah mampukah diri ini digolongkan di kalangan orang2 yang mana hatinya tertambat dengan rumah mu???Abi rindu sebenarnya untuk bersamaMu Ya Rabb...rindu untuk mencurahkan isi hati...rindu untuk bermonolog denganMu....berkasih sayang denganMu di malam harinya...Ya Rabb berilah untukku kekuatan...kekuatan zahir dan batin

Saturday, September 9, 2017

Penne versi along

Penne versi along

Kali ni along (wildan) yang masak. Penne namanya. Produk daripada Kimball. Kelmarin abi dah buat tapi diorang rasa nak makan lagi. So abi ajarkan kepada along cara2 memasaknya. Semudah sifir dua ok???

1) rebuskan penne tadi dalam periuk. Bila dekat nak mendidih masukkan penne dan sesudu minyak zaiton. Tunggu ia sampai lembut.

2) Bila dah masak@lembut, toskan ia.

3) Tumiskan bawang besar dan putih dalam kuali. Kemudian masukkan kicap,sos cili dan sos tomato. Abi masukkan juga gula 2 sudu. Terpulang kepada individu masing2.

3) Bila dah sebati, masukkan lah penne tadi tu ke dalam kuali. Gaul lagi hingga sebati. Rasakan ia biar ada masam sikit, manis sikit . Terpulanglah pd korang!

4) Bila dah puas hati, korang makan lah. Tapi pastikan api dapur tu ditutup. Kalau takkkk, habislahhh!

Jom makan, Bismillah...

Nasi Arab

Kali ini abi rai besday bersama anak2. Tahun lepas ummi ada tapi kali ni dia tiada sebab berpantang di rumah mak. Tengah2 mencari idea nak sambut besday maka datanglah idea nak masak nasi arab untuk anak2 dan diri sendiri.

Pergi cari rempah kat PKT tapi dah habis. Bergegas pula ke kedai Zua. Mujur ada.Ambil satu kotak dan terus ke bahagian sayuran pula untuk mencari timun, salad, bawang dll....Ayam dah beli siap2 lepas ambil anak2 dari sekolah tadi.

Camner nak masak ekk??
Kat kotak tu dah ada disediakan cara2 memasaknya...korang masak lah ikut yang dia suruh.

Sekadar nak sikit kat sini sebagai panduan asas.

1) basuh beras basmati tu. Selawat lah sambil2 tu.Ikhlas kan niat nak beri pada anak2 tersayang.
Abi guna periuk elektrik jer untuk masak nasi tu.

2) Bila nak hampir mendidik nasi tu, masukkanlah rempah nasi arab tu.kacau lah biar sebati. kat kotak tu dia kata boleh bubuh pewarna kuning telor kalau nak. Abi tak bubuh. Ikut warna rempah tu jer. Memang kekuningan juga.

3) waktu mendidih tu juga lah masukkan 1 sudu minyak zaitun.

4) tunggu je lah ia masak. tu jer. Semudah sifir 2 kan!

Ayam pula camner?
Ayam tu abi perapkan garam dengan kunyit jer. Pastu dibakar guna periuk ajaib.
Macam2 boleh buat dengan ayam tu. Ada juga dimasukkan bersama nasi. Tapi abi tak buat camtu sbb anak2 rasanya tak makan kalau camtu. So, kita ubah suaikan sikit daripada asal.

Acar pula camner?
acar abi buat cukup ringkas. Potong kiub timun dan tomato tu. Pastu masukkan cuka dan gula. Kalau nak rasa pedas sikit, potonglah cili halus2.






Friday, September 8, 2017

5 September

5 September hari yang pasti akan abi ingat setiap tahun. Ia adalah tarikh keramat lahirnya makhluk yang bernama Muzaha bin Mohamed. Hasil perkongsian hidup antara Zaharah dan Mohamed. Tahun 1975 lahirlah insan ini di sebuah Kampung Beris Lanjut, Panji, Kota Bharu.

Seorang insan yang baru melangkah umur ke era 40 an. Huhu...Kini dah masuk umur 42 tahun. Aduhai dah tua rasanya diri ini. Sakit situ sini, lenguh sana sini...Ya Allah ....harapnya hidupku ini penuh dengan ketaatan kepadaMu dan kurang kemaksiatan kepadaMu.Amin

Seorang yang begitu komited terhadap kerja yang diamanahkan. Kalau suruh turun kerja jam 1 pagi pun, akan dia turun (ceewaahhh mana ada). Tapi InsyaAllah, apa2 kerja yang diberikan akan beres walaupun terpaksa memakan masa.Serius dalam kerja dan adakalanya terpaksa dipotpet2 oleh wife akibat terlalu 'obses' dengan kerja. Ya Allah jadikanlah ia sebahagian daripada amal kebajikanku.

Pun begitu, Insan kerdil ini punya hati dan perasaan yang terlalu sensitif. Mudah air matanya keluar tatkala mana membicarakan soal azab kubur, perpisahan, penderitaan hidup dan sebagainya. Ya lah, ianya bukan suatu yang dipinta2 tapi lahir dalam hati dan perasaan. Itu semua kerja Tuhan Yang Maha Kuasa. Kita tak mampu menempisnya.

Pernah sekali insan ini menangis tatkala memberikan tazkirah dikhalayak ramai. Tersentuh hati saat membicarakan kesederhanaan hidup seorang hamba Allah. Tidak berharta tapi cukup bersyukur dalam menempuh hidup. Memiliki rumah yang sederhana. Cuma pintanya dari Rabbul Izzati agar diberikan kesihatan yang berpanjang untuknya beramal...itu jer pintanya...(Ya Allah , mengalir lagi air mata ini saat menulis bait2 ini) Alhamdulillah Allah beri padanya apa yg dia nak..Sihat tubuh badannya. Dapat kayuh basikal ke sana ke mari. Syukur.....

ranjau hidup

Saya tertarik dengan artikel ini. Ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup.

1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

4. Kalau kita bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.
Yang menang adalah cuma ego diri sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran, kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah..

Semoga shbt2 yg pernah saya kenal saat kita pernah bekerja/belajar bsama dulu dan juga shbt yg baru bertaup di silaturahim dlm group ini...semoga diberkati hidup kita semua dan ambillah pesanan ini sbg satu pesanan kecil untuk dimanafaat bersama pada tahun 2017 ini.

copy n paste dari grup wasap

hari ke 2 Affan

Masuk hari ke 2 Affan di wad...Mujurlah mak abi datang menemani ummi di wad. Ingatkan Affan dapat balik dah tapi terpaksa ditahan oleh doktor sbb katanya Affan kena kuning. Tak tinggi pun, sikit jer. Tapi nak wat camner...dah undang2 hospital camtu.kena ikutlah.

Affan dipindahkan ke wad kanak2 . Hanya ibu dan ayah sahaja yg dibenarkan melawat. Orang lain tak boleh. Mungkin atas sebab keselamatan pesakit.

Badan ummi masih lagi tak bermaya. Masih sakit lagi di bahagian peranakan. Nak bangun pun slow apatah lg nak mendodoikan Affan tatkala menangis. Kesian ummi, abi tak dapat nak tolong.

Affan diletakkan dibawah lampu biru tu. Duk dalam takung tapi sekejap2 jer. Setengah jam tido kemudian bangun menangis.Bertabah la ummi. Besar pahalanya!

Hari ke 3 Affan dapat keluar hospital. Tu pun sebab sign surat risiko in case kalau terjadi apa2. Memang ummi surender untuk handle sorang2 Affan tu. Memang ye pun, mana lah ada kudrat lagi selepas bersalin. Paling tidak pun seminggu baru ada tenaga dan kudrat.

Jam 3 petang Affan tiba di lot 50793, Kpg Pak Kancil Dalam.....Ahlan wa sahlan Affan.Hadir mu membawa sinar kepada kami khususnya kepada abang2 kamu.

Monday, August 28, 2017

Kemunculan orang baru

Pagi itu, sekitar jam 4 lebih Ummi terasa sakit di perut. Sekejap sakit sekejap redha. Sehingga lah berlanjutan ke jam 5 pagi. Abi dah tak sedap badan dan syorkan pada ummi untuk pergi ke hospital. Sebelum bertolak ke hospital, abi kejutkan along yang sedang tidur dan bagitau bahawa ingin bawa ummi ke hospital.

10 minit perjalanan kami sampai ke Hospital Setiu. Terus memandu kereta ke wad bersalin yang berada di atas bukit bersebelahan wad kecemasan. Parking kereta betul2 depan pintu utama dan turunkan ummi kat situ.

Jam menunjukkan 6 pagi. Dah Subuh rupanya. Tapi kelibat nurse tak kelihatan walaupun seorang. Tidak seperti di Hospital Tanah Merah yang tak sunyi daripada keluar masuk nurse. Begitu juga dengan orang ramai. Tapi di Setiu lain, suasana tenang dan aman damai. Tiada orang yang nak bersalin pada masa tu. Tiada juga orang yang sedang menunggu! Abi keseorangan pada masa itu.Hanya zikir dan doa Nabi Allah Yunus adalah peneman pada masa itu di selang selikan dengan bacaan Al Fatihah. Abi menunaikan Solat Subuh di bilik kecil yang disediakan di situ.

Jam 7.15 pagi, nurse datang memanggil abi dan memberitahu bahawa ummi dah berada di bilik bersalin. Dia mempelawa abi masuk menemani. Ini adalah kali kedua abi menemani ummi. Kali pertama semasa ummi sedang bertarung nyawa untuk melahirkan puteri kami "Rabiatul Adawiyah" di HUSM. Tuhan masih sayangkan puteri kami  dan mengambilnya selepas 30 minit keluar dari alam rahim.

7.20 pagi ummi memberitahu bahwa dia sakit macam terasa hendak membuang air besar. Abi segerakan bagitahu nurse yang bertugas. 3 Orang nurse telah masuk dan membuat persediaan. Untuk percubaan 'push' buat kali pertamanya tak berjaya bagi ummi. Ummi teruskan lagi untuk kali kedua dan seterusnya tapi tak berjaya untuk mengeluarkan 'orang baru' melepasi garisan@sempadannya. Abi berdebar2....Ya Allah kuatkanlah tenaga ummi...itulah doa abi dalam hati. Beberapa zikir lain termasuklah doa Nabi Allah Yunus AS turut membasahi bibir abi. Abi lihat ummi semakin tak bertenaga untuk menerang orang baru. Abi lihat peluh terpercik keluar dari ubun2 ummi. Air mata tak henti2 menitis dari pipinya. Ya Allah begitu besar pengorbananmu untuk melahirkan seorang insan ini. Abi sapu peluhan yang keluar dan deraian air mata itu.

Dalam bergelumang dengan kesakitan itulah, pengharapan abi kepadaNya amat ketara sekali. Sehinggalah abi melafazkan juga kalimah zikir la hau la wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim. Alhamdulillah tidak lama kemudian, lahirlah seorang insan jam 7.34 pagi pada hari Sayyidul Ayyam. Ahmad Affan Hakimi nama diberi.

Selesai Ahmad Affan Hakimi keluar, ummi dan abi melafazkan syukur. Terdengar suara kesyahduan ummi membacakan ayat suci Al Quran daripada surah An Nahl, ayat 78 yang bermaksud:

Dan Allah yang telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia mengurniakan kepada kamu penengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran supaya kamu bersyukur.

Alhamdulillah atas segala hal...

#pengalamandibilikbersalin
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.