Tuesday, March 14, 2017

kurang terurus

Semenjak dua menjak ni, pengurusan rumah tangga sikit kelam kabut. Tapi alhamdulillah dapat ditangani dengan baik. Walaupun ummi tak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap rumah tangga tapi abi syukur kerana masih ada lagi anak2 yang dapat membantu.

Memang orang kata hilang sebelah sayap la. Kalau salah seorang daripada suami isteri yang uzur dan tidak dapat menjalankan urusan rumah tangga, akan jadi sedikit senget. Tapi takpe harapkan pada anak2 yg dah semakin membesar dan boleh bawa diri masing2.

Walau macam mana pun rumah tangga kita adalah rumah kita. Buruk baiknya adalah rumah kita. Cacat rumah kita pun akan kembali pada kita juga. Pandai2 lah ketua keluarga yakni si suami mengontrol keadaan. Jangan biarkan pada si isteri. Si suami adalah ketua keluarga!



Saturday, March 4, 2017

sotong singgang

Pergi pasar sabtu pagi tadi lupa pulak nak belikan ikan. So, masa balik tu singgah kat kedai ikan berhampiran SK Putera Jaya. Cari punya cari ikan dah habis. Tinggal sotong jer yang ada dan ika aya. Abi beli jer sotong dekat dengan sekilo. Dalam fikiran tak tau lagi nak masak apa tapi beli dulu...

Balik rumah,suruh Along yang bersihkan sotong. cabut tulang n bersihkannya. Pikir punyer pikir maka terhasillah idea nak buat sotong singgang. Sotong Singgang?? yer sotong singgang...very simple menu to cooking....

bahan2: 
serai 2@3 batang (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 ulas bawang merah (hiris halus)
gula melaka@manisan
garam n gula 
asam gelugor 2 keping 

Didihkan air terlebih dahulu. Bila dah mendidih, masukkan bahan2 di atas tadi tu. Biarkan beberapa minit dan last sekali bubuhkan sotong tadi.  

Ini menu segera orang bujang...tak la sesedap kaum hawa yang masak. Oppss lupa pulak....satu lagi yang last sekali tu abi masukkan carrot segenggam. Potong kecik2. Sedap weh! manis carrot tu. 

Tutup periuk selama beberapa minit. Masukkan gula dan garam secukup rasa. InshaAllah sedap la tuh...alhamdulillah anak2 abi seronok makan hingga ada antara mereka yang hirup kuah sotong tu.


ehsan dari en.google

yang penting dalam singgang sotong ni ada rasa serai dan kuahnya masam manis....

ok...jemput makan.Jom...
Bismillah...


Thursday, February 23, 2017

Minggu yang sibuk

Minggu ni lah abi rasakan tak cukup tangan untuk buat beberapa kerja. Termasuklah kerja2 rumah. Hari ni, abi cuba setelkan kerja2 rumah. Basuh baju.Banyak sangat berlonggok. Mop lantai, kasi bau wangi rumah. Rumah yang wangi dan harum InsyaAllah tiada benda berbisa datang. Tandas pun dibersihkan juga hari ni. memang hujung minggu yang penuh dengan kerja2 rumah. 

Alhamdulillah ada anak2 di sisi turut diajar untuk membersihkan rumah. Along dah boleh diharap untuk menyapu. Angah pun sama boleh diharap untuk bersihkan tandas. Syukur padaMu Ya Rabb...

Rumah yang besar dan tersergam indah tapi di dalamnya tak dibersihkan dan tak terurus dengan dengan baik tiada gunanya. Apa guna rumah cantik luarannya kalau tandas bau busuk dan hampak, dapur tak bersih,berminyak dan berbau, di penjuru rumah ada sampah dan debu, bilik tidur bersepah dan tak terurus.....itu semua mendatangkan kemudaratan kepada penghuninya.

Bagaimana rahmat dan mawaddah nak turun jika rumah tak dijaga. Malaikat pun segan nak masuk. Ada anak perempuan pun tak de guna kalau tak diajar untuk urus rumah. Mujur lah abi ada anak lelaki tapi abi dan ummi ajar semua benda termasuk hal2 yang dibuat oleh kaum hawa. Masak nasi pun diorang pandai tau! Begitu juga sidai kain baju dan melipatnya....

Ok lah nak pergi asrama pula. Nak hantar cat. Budak nak mengecat. Pastu nak singgah kjap di court tengok latihan bola tampar. 

Petang ni pula nak bertolak ke Marang. Bawa team bola tampar daerah. 

Ok bye! 

wassalam.

Saturday, February 18, 2017

RM60 ?

Mahalkah RM60 untuk selamat dunia dan akhirat?
Saya terbaca luahan hati pekerja agama (amilin) yang saban waktu kerjanya adalah percuma. Sepenuh masa dia bekerja mengorban masa untuk agama tetapi dia dikerah untuk mencari redha Allah. Sedangkan dia manusia biasa tidak mampu ambil apa-apa barang dikedai percuma dengan khidmat baktinya.
Teringat saya kepada satu sketsa kehidupan saya. Sketsa yang menceritakan tiada percuma di dunia ini. Pasti ada upahnya. Cuma upahnya segera atau dikemudian hari. Bezanya sesuatu yang kemudian hari selalunya dianggap percuma didunia ini.
Bezanya upah kepada seorang pedagang atau peniaga berbanding petugas atau pekerja agama. Bekerja dengan ilmu agama. Selalu dicop sebagai penjual ilmu agama. Lebih dahsyat dianggap sebagai penunggang agama. Kerana dia guna ilmu agama untuk menampung keperluan hidupnya.
Sketsa sebuah cerita... Cerita nilai ubat penyembuh dan ilmu agama penyelamat. Satu berharga dan satu percuma. Ubatan ada harga. Nasihat agama percuma. Siapa boleh mentafsirkan nasihat itu seumpama ubat? Jika ia berharga pasti ia berharga dengan nilai dunia. Ubat? Bolehkah semua sepakat akui bernilai dunia. Harga barang dan ubatan lebih mahal daripada ilmu agama.
Sayang, nasihat bukan ubat. Ia penawar, dia tiada nilaian duniawi. Ia bersifat ukhrawi. Sepatutnya nasihat itu mahal harganya. Ada nilaian lebih baik daripada apa saja ubatan duniawi walau namanya madu, akar kayu, herba atau apa saja namanya. Walaupun ilmu ukhrawi yang memandu kepada keselamatan dunia dan akhirat tetapi anutan sekular merubah harga ilmu itu. Ia jadi tidak berharga dan dihargai. Usaha pembawa dan penyampainya selalu dikira percuma dan ikhlas semata. Berbanding dengan ubatan dunia. Mahal harganya.
Kelmarin ini ceritanya... Di satu lokasi....
Datang seorang hamba Allah yang memerhatikan saya. Dia berjalan kepada saya yang menutup pintu kereta. Saya duduk setelah berjalan terhinjut-hinjut sakit.
Hamba Allah, "Orang baru ke? Baru pindah sini ke? Tak pernah nampak?"
Saya jawab; "Sudah setahun lebih. Saya ustaz di sekolah menengah".
Hamba Allah bertanya; "kaki kenapa? Saya ada kawan jual ubat sakit gaout, Zainal namanya."
Katanya, "Ustaz nak "ubat akternatif" ke? RM60 harganya".
Saya kata, "Masalah saya tidak kenal Zainal tu. Maaflah saya tiada duit tunai".
Hamba Allah, "Alah ustaz, untuk kesihatan, rm60 berkira".
Saya membalas, "Tak, Zainal tu di mana?".
"Nanti dia datang, dia sahabat saya". Balasnya.
Dia menukar tajuk... "Lama sudah ustaz di sini?". Saya senyum saja kepadanya.
Saya ni ustaz kerja gaji rm660 je sebulan. Cukuplah untuk tampung diri saya yang sudah tua ini. Orang tua ni cakap kuat tenaga lemah. Sambung hamba Allah, lebat celotehnya.
Hamba Allah, "Ustaz, boleh saya minta nasihat?".
Saya jawab; "Nasihat saya berharga RM60 sahaja".
Hamba Allah ini membulatkan matanya kepada saya, dia merenung saya.
Hamba Allah, "Macamana boleh begitu ustaz. Ustaz nak jual agama eh?"
Saya menjawab, "Lihat plat kereta saya. Itu plat luar negara". "Jadi ketika saya bagi nasihat, nilainya antarabangsa". Harganya luar negara.
Dia menyebutnya ; "QBB 2908, ini plat negara mana ustaz?".
Saya jawab, "Sibu, Sarawak".
"Ustaz ni kenakan saya" , balasnya.
Saya jawab; "Mana berharga, rm60 ubatan untuk sihat tubuh badan dengan rm60 untuk selamat hidup dunia dan akhirat".
Dia tidak menjawab. Cuma dia kata, "Rugilah berniaga macam tu". "Nasihat pun letak harga".
Mengapa jadi begitu? Sebabnya ubatan itu satu keperluan. Sakit kena cari ubat. Kena berubat. Sedangkan keperluan kepada akhirat tidak dianggap keperluan apatah lagi tuannya sihat dan segat bugar. Bertenaga bekerja mencari dunia. Apatah lagi dia tidak merasapun dirinya sakit. Apa keperluan dia mencari ubat dan penawar untuk kehidupan akhirat.
Inilah asuhan sekular. Agama adalah keperluan akhirat. Dunia lain akhirat lain. Orang tidak nampak pekerjaan dunia adalah bekalan akhirat. Apa kata kerja agama dianggap upahnya akhirat, kita anggap kerja dunianya juga upahnya akhirat. Jual ubat harga percuma macam kerja agama. "Tutup kedailah jawabnya. Mana ada kedai percuma". Begitulah kerja agama, kalau ianya macam kerja dunia sudah tutup kedai lama, muflis.
Kerja agama juga di dunia. Hukum alam tetap berlaku kepada pembawanya. Dia perlu makan minum. Perlu upah untuk bergerak kesana kemari. Segalanya perlukan wang. Tanpa wang keperluan hidupnya jadi terganggu. Kerja dakwahnya jadi fitnah. Ubahlah persepsi kepada pekerja agama. Kerja mereka adalah percuma. Terserahlah rezeki mereka kepada Allah. Pekerja dunia rezeki mereka kepada siapa diserahkan? Kepada barangan yang dijualkan? Jawabnya rezeki mereka juga daripada Allah.
Sebagaimana pekerja dunia perlukan upah, kerja akhirat juga perlukan upah. Jika tuan mufti ada gaji, apakah pekerja agama adalah percuma? Sedangkan yang berupah itu juga mengharap redha Allah SWT.

Ubahlah persepsi kita. Selagi hidup di atas dunia. Hukum alam tetap sama.

dr FB:Ustaz Isa mat Daud

Monday, February 13, 2017

Jazlan 6 At Taqwa


Ni gambar anak abi.Berbaju purple sebelah cikgunya.Pindah dari SK Kpg Buloh ke SK Putera Jaya. Baru tahun ni masuk sekolah tu, dah kena lantik jadi ketua kelas...glamour la tu.Hahaha..


Kalau tengok kelas diorang tu, semua berjawatan. Takde seorang pun yang pakai baju uniform putih sekolah. Heybat!!!


Apa pun abi doakan yang terbaik untuk mu nak! semoga berjaya dalam UPSR nanti. Amin.

Thursday, February 9, 2017

Urus tadbir rumah

Hujung minggu ni,masa yg ada abi gunakan sepenuhnya untuk urus tadbir rumah tangga. Posisi ummi yang tak seberapa stabil lagi. Kalau tak uruskan habislah rumah tangga ni. Tongkang pecoh la jawabnya. 

Bermula dari hal masak memasak sampailah ke urusan anak2 sekolah. Nasib baiklah ada si along dan si angah ni yang dah besar. Boleh la bantu abi tolong sidai kain baju,basuh baju dengan mesin basuh dan benda2 kecil lagi....Alhamdulillah...

Pagi ni, siram pokok bunga selepas sarapan pagi dengan nasi kerabu daun pisang. Huhu...Hajatnya nak letak baja pula kat pokok sebab lama dah membajanya...lebih dua bulan rasanya...Cian pokok takde zat vitamin...Sabar yer....satgi abi g....

Jom ! sambung keje rumah...

Monday, February 6, 2017

Klinik Dr Safeah Medical Center

Ari ni bawa darling pi Jerteh. Dia tak sihat. Dah beberapa hari tak sihat cuma ari ni rasa dah tak tahan untuk pergi ke klinik. Asalnya nak pergi ke klinik Emma tapi sampai sana doc pula takde. So pegi cari lah mana2 klinik yang doktornya perempuan. Jumpa lah Klinik Dr Safeah yang berdekatan Seven Eleven & KFC Jerteh tu. 

Terus terjah situ. 

Doktor lihat position ummi yang dah macam dah tak stabil lalu dio masukkan air ke dalam badan ummi. 2 Botol. Kat situ ada disediakan bilik khas bersama katil.Siap ada ekon lagi. Abi lihat dalam 2 3 bilik yang ada katil kat situ. Mungkin disediakan untuk pesakit yang memerlukan rawatan pada tempoh yang lama. Bilik ok dan memuaskan. Dalam bilik yang ummi duduk tu ada disediakan bilik air juga. 

Mula daripada pukul 1130 pagi  masuk jumpa doktor dan berakhir pukul 2 lebih. Bayarannya bagi abi tak lah mahal sangat. RM160 termasuk ubat-ubatan. Ye lah kalau nak bandingkan jika orang kampung datang situ mungkin diorang akan kata mahal. Tapi bagi abi alhamdulillah masih mampu membayarnya lagi. 

Setiap penyakit emsti ada penawarnya.Kita sebagai hamba perlu berikhtiar untuk mencarinya.

Nabi Allah Ayub yang diuji dengan begitu teruk sekali penyakitnya pun ada ubat@penawar. Hanya Allah penyembuh segala2nya. 

wallahua'lam.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.