Sunday, October 21, 2018

Psykologi Mua'lij @ Perawat

Dalam rawatan pesakit, ada kalanya seorang mua'lij itu akan terkena tohmahan dan ugutan daripada iblis,syaitan dan jin. Seperti katanya "aku benci kamu" "aku nak bunuh anak2 kamu"...

Dalam hal ini, perawat tak perlu takut dan berlapang dada. Berserah lah kepada Allah SWT. Ucaplah "la hau la wa la quwwata illa billah..." Itu hanya lah psykology jin dan iblis untuk melemahkan kita sebagai perawat supaya tak perlu melakukan ruqyah dan rawatan lagi.

Mua'lij jangan lah berputus asa. Sebaliknya berserahlah dan bertawakkal lah pada Allah SWT. Setiap masalah dan problem pasti Allah akan menolongnya. Dalam dunia perubatan Islam ini, akan ada pertolongan2 yang mana kita tak jangka ianya akan berlaku.

عليه توكلت واليه أنيب

Minyak Bidara (Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus)

Bagi aku dalam rawatan pesakit yang dirasuk jin atau syaitan, minyak Bidara yang diruqyah oleh TG Ustaz Ismail kamus adalah terbaik juga.

Aku guna minyak ini untuk dibuat air mandian dengan ais. Aku campurkan ke dalam air untuk mandian.

Begitu juga minyak ni aku gunakan untuk pesakit yang telah kerasukan@ Sira' . Aku sapukan kat tapak tangan aku dan aku dekatkan dengan hidung si pesakit. Bila si pesakit tadi mencium wangian Bidara dengan cara tarikan nafasnya maka dia akan terasa sakit. Yakni jin itu akan sakit.

Bila sakit kemungkinan dia akan bertindak balas....masa tu la aku suruh dia keluar!

Minyak Bidara TG Ismail Kamus. Ihsan drp Mr Google

Good bye PCX ku

Jodoh kita tak panjang wahai PCX ku. Hanya selama 4 tahun lebih jer.

Kini kau telah berada di bawah ayah angkat baru mu. Mujur lah dia pun ustaz juga.hahaha...Selamat berkhidmat di bawah tuan baru. Hati2 lah bawa tuanmu itu. Jangan ego di atas jalan raya. Pandu lah dengan cermat pasti kau selamat.

Kini aku dah melamar Honda Alpha....adik beradikmu juga wahai pcx. Dalam keluarga Honda juga.
Semoga jodoh kau, Alpha bersama aku dan keluarga aku panjang hendaknya....aamin.

Honda Wave Alpha-ihsan dari Mr Google

Mengaku kalah

Pernah dalam satu rawatan terhadap seorang pesakit (pengalaman), semasa dibacakan ruqyah padanya tetiba mulutnya ternganga atau terlopong. Pada mulanya aku tak pasti kenapa ia boleh terjadi. Lama kelamaan baru aku perasan bahawa jin @ syaitan itu mahu keluar.

Beberapa ruqyah aku bacakan ke atas pesakit itu akhirnya keluar lah satu suara " aku nak keluar "" aku nak keluar ".....Lalu aku syorkan pada dia supaya keluar lah dengan selamat dan masuk ke dalam botol yang disediakan.

Apabila botol diletakkan dekat dengan mulut, lalu beberapa hembusan daripada mulut itu keluar. Dihembus ke dalam botol tersebut. Aku fikir bahawa jin itu telah keluar dan masuk ke dalam botol. Kalu tak silap aku, aku kira ada 7 8 hembusan angin masuk ke dalam botol. Maknanya ada 7 @ 8 ekor jin yang telah keluar.

Selepas itu aku menutup botol itu dan melepaskan di sebuah anak sungai. Aku minta pertolongan daripada Allah agar selepas 24 jam jin itu akan dapat keluar dan mencari kediaman selamat untuk dirinya.

wallahu'alam. secebis kisah pengalaman aku.

Monday, October 1, 2018

jalan keluar jin dari badan manusia

Kali ni aku nak bicarakan tentang jalan keluar bagi jin@iblis yang masuk ke dalam badan manusia. Bicara aku kali ini adalah berdasarkan pengalaman aku sepanjang aku berjinak2 dengan alam mistik dan menceburi dunia rawatan Islam secara tak langsung.

Sedia tau, bahawa makhluk halus itu adalah makhluk yang kita tak boleh nak tengok dengan mata kasar kita. Memang Allah jadikan mereka dan kita itu "hijab". mereka ada dunia mereka yang tersendiri, sama macam dunia kita juga. Ada yang bekerja dan ada yang menganggur, ada yang kuat beribadat kpd Allah dan ada yang membuat maksiat kpdNya, ada yang baik dan ada nakal.....

Oleh kerana mereka ini halus lah mereka dapat masuk ke dalam tubuh badan manusia. Mereka masuk ke dalam badan manusia seperti mana angin masuk menerusi liang2 rongga manusia. Sangat mudah bukan???Bila mereka memasuki badan manusia mereka akan berjalan menerusi urat saraf. Ada seorang pesakit tu, apabila dia terasa pening kepala, maka urat saraf di dahi nya akan timbul dan nampak dengan jelas. Tu bermakna 'benda' tu ada kat saraf tersebut. Setelah dibuang melalui ruqyah, maka 'benda' tu pun keluar dan saraf tersebut terus hilang. Cuba check apakah anda memiliki urat saraf yang timbul dan jelas kelihatan ??hehe

kembali kepada tajuk jin keluar arah mana....korang tahu tak???
Mengikut pengamatan dan pengalaman aku banyak arah jin dan iblis tu boleh keluar dan kita dapat melihatnya....antaranya:

1) jari jemari tangan
Apabila dibacakan ruqyah dan jin akan merasa sakit, mereka akan bergerak menuju ke jari tangan. Kesannya tangan atau jari jemari pesakit akan bergerak atau bergetar. Makin kuat dan rancak jari bergerak atau bergetar, tu bermakna dia terasa amat sakit. Sampai satu tahap bila dia dah tak tahan sakit, dia akan keluar ikut jari. Tanda dia keluar, jarinya tak bergerak lagi.

2) jari kaki
Ada juga jin itu akan bergerak ke arah kaki tatkala mana dia sakit. Akibatnya kaki itu akan bergetar2 hinggalah dia keluar.

3) mulut
jin yang sakit ada juga keluar keluar melalui mulut. Mulut pesakit akan ternganga @ terbuka. Apabila jin hendak keluar dia akan mengeluarkan angin secara hembusan. pernah satu kes, jin telah mengaku kalah dan sakit, dan bersuara spy dipindahkan ke tempat lain. lalu diletakkan botol berdekatan mulutnya. Jin akan masuk ke dalam botol yg didiakan.

4) hidung/bersin
ada juga pesakit yang selalu bersin2. tanda jin nak keluar melalui hidung. Pesakit akan bersin berkali2. Begitu juga pesakit akn menyapu lendir dan hingus yang keluar daripada hidung itu. Jin akan keluar bersama lendir.

wallahu'alam

Tuesday, September 25, 2018

Ais dan Limau vs Jin

gambar ihsan google

Lama tak berceloteh tentang rawatan. Kali ni nak citer bagaimana "jin" itu boleh terkesan dengan ais dan limau purut@nipis.

Datang seorang pesakit kepadaku mengadu tentang sakit kepala yang dialaminya. Hampir beberapa hari beliau sakit kepala. Akhirnya aku buatkan untuk beliau sebaldi air yang dicampur dengan ais dan 3 biji llimau nipis yang dihiris kecil. Air tu sememangnya dibaca dengan bberapa ayat suci Al quran. Antaranya :

1. solawat
2. al fatihah
3. surah al baqarah, ayat 1- 5
4. ayatul kursi
5. aamanar rasul hingga lah wa ilahil masir. (al baqarah)
6. Lau anzalna ....

Bila di tanya pesakit apa rasa ketika mandi. Beliau jawab terasa kepalanya seolah dihempap oleh sesuatu (tak lah sakit sangat) dan nak sesak nafas sekejap dalam beberapa saat....

selepas mandi beliau rasa ringan kepalanya yang dahulunya sakit berdenyut.

semuanya dengan izin Allah SWT belako. Kita hanya berikhtiar.


Thursday, August 9, 2018

Ada apa dengan umur 4O?

Ada rakan umur 35 - 40 tahun?

Umur 35 tahun - 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 35 tahun - 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak²

Usia 35 - 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 35 - 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkannya…?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Jom Hijrah!

#copy n paste
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.