Wednesday, March 31, 2010

Monday, March 29, 2010

Sehari bersama Nisa' Miri

Pemeriksaan kesihatan oleh doktor bertauliah

Penyampaian sumbangan

antara mereka yang menjayakan program Nisa'Miri.Ummu Wildan takde dalam gambar....sori...sibuk dok jual air kepada customer

tersenyum...hbis program

Wednesday, March 24, 2010

Nasib abi...


Saja nak cerita....

Sebulan yang lepas, duit budak yang abi pegang RM300 masih lagi belum dijumpai....tak ingat mana letak......(mak budak tu bagi semasa bertemu di jalanan)

Seminggu yang lepas, kad hsbc tak dijumpai juga...sedar2 dah takder dalam beg duit.

Hari ni, pensil case hilang juga selepas mengajar budak di makmal komputer. Sedar2 dah hilang tak tau mana letak. Tapi syukur alhamdulillah, setengah jam kemudian dah dijumpai oleh kawan.

Kenapa jadi macam ni eekk? mungkin otak abi tiada fokus. Banyak benda kena fikir.

Semalam meeting PPDa (pendidikan pencegahan anti dadah), ada benda baru lagi kena buat. Kena buat sudut anti dadah untuk kelas dan bilik2 khas. Bos nak masuk pertandingan peringkat kebangsaan! Yup! banyak giler kijo...Belum siap satu kerja dah datang kerja baru.Depa kat atah takpo la...dok suruh je....hak ore bawah ni wat kijo......jadi kuli....

Allahumma....
jauhilah perkara2 yang tak diingini berlaku sepanjang hari
jauhilah juga benda2 yang tak mampu abi lakukan
lindungilah abi daripada perasaan hasad dengki
daripada manusia dan jin

Allahumma....
engkaulah ya maha mengetahui
apa yang tersembunyi dan nyata
peliharalah diri hambaMu ini....
amin.

Tuesday, March 23, 2010

anak luar nikah



sekarang ni sibuk di dada akhbar mahupun tv dan radio, sibuk melapor tentang anak luar nikah yang dibuang di merata-rata tempat. last sekali abi dengar dari radio, juruhebahnya melaporkan terdapat satu lagi baby dibuang. Angkara siapa ni????tak lain tak bukan anak bangsa kita...dilaporkan baby tu dah kesejukan dan tak mampu lagi untuk menangis. Isyyy! sungguh menyayat hati.....Buat perlakuan terkutuk Allah sajalah yang dapat membalasnya. Kalau tak di dunia di akhirat pasti tak terlepas.

Bukan senang untuk dapatkan anak. Bagi mereka yang berkahwin bertahun2 ada yang tak dapat menimang anak. Terpaksa berubat dan merawat sana sini. Abi sendiri pun dapat anak selepas 3 tahun lebih berkahwin.

Bagi mereka yang tak bertanggungjawab ni, cukup senang dan simple je...buat "project" cukup senang dan lepas tu anak dibuang. Perangai orang arab Jahiliah. Itulah akibatnya bila agama tidak meresap dalam jiwa dan tiada penghayatan keagamaan.

Banyak tinjauan dibuat anak luar nikah yang lahir dan dibuang di merata2 tempat tu, mereka ni buat project pada bulan Ogos. Menagapa bulan ogos? ada peristiwa pentingkah? Ya ada. sambutan hari kemerdekaan. lepas mereka sambut hari kemerdekaan mereka berseronok2 pula dengan pasangan masing2.

Siapakah yang harus dipersalahkan ? Siapakah yang menganjurkan sambutan hari kemerdekaan tu ?

Saturday, March 20, 2010

Kereta pun ada haknya

Iswara yg dibeli dua bulan yg lepas untuk kemudahan menghantar - mengambil Wildan dari sekolah

Setiap sesuatu ada haknya masing-masing

Kalau tak diletakkan haknya nescaya tergendalalah

Begitulah dengan kereta abi (iswara) pun ada haknya. Hak untuk menjaganya dengan baik. Hak untuk menukar minyak enjin...hak untuk membaikinya jika ada rosak. Jika tidak ditunaikan haknya, maka ia akan rosak....seluruh servicenya akan terhenti dan tergendala.

Baru kejap tadi abi dah pergi tukar water pump sebab dah rosak. 2 minggu lepas tukar kompresor air cond. Macam-macam hal kereta bila dah tua.

Memang benarlah nabi kita suruh mempunyai 3 benda yang baik:
1) rumah yang selesa
2) jiran yang baik
3) kenderaan yang baik / selesa

Badan kita pun sama juga.Ada haknya. Hak untuk merawatnya jika sakit. Hak untuk berehat selepas penat bekerja. Hak tidak menukar anggota yang asli/asal dan sebagainya.....

Wednesday, March 17, 2010

Kursus Rawatan Islam

Ustaz Azrin sedang menyampaikan kuliyyahnya

peserta khusyuk mendengar pembentangan daripada Ustaz Azrin

Pada 13-14 Mac baru-baru ini abi bersama sahabat-sahabat dari pelbagai daerah (Miri,Limbang,Bintulu,Marudi & Brunei) telah menjalani kursus rawatan Islam di Masjid Taman Tunku, Miri. Kursus selama 2 hari itu cukup bermakna buat kami semua dalam mengenal alam jin, tipu daya jin dan paling penting merawat pesakit yang terkena gangguan jin /syaitan sekaligus membenteng diri daripada makhluk halus ini.

Selesai kursus merawat terus demam selama 2 hari. Lumpuh seluruh badan. Nak tidur pun tak lena...last sekali pergi mengurut di rumah pak cik kat perumahan yg sama. (Mgkin Allah nak uji tahap pertama kot!)

Terima kasih bebanyak kepada Ustaz Azrin atas perkongsian ilmunya kepada kami semua.
blog beliau boleh dilayari http://www.urutbatinrawatsihir.com/

Wednesday, March 10, 2010

Gangguan lagi..

Alkisah semalam, seorang ibu meminta tolong pada abi untuk menyelesaikan masalah anaknya yg baru berumur 10 bulan bangun main waktu tengah malam...3 - 4 pagi...main pulak pelik..seolah2 ada teman sepermainan..boleh tepuk2 tangan lagi...

Si ayah rasa pelik dan lain macam,,lalu dibacakan beberapa surah dari ayat al quran. Nampaknya ada respon...menangis dan menjerit...dalam tidur selalu menangis terisak2.

Apa yang dapat tolong abi bacakan beberapa potongan ayat al quran termasuk ayat 1-5 surah al baqarah, ayat kursi, 4 qul dan doa2 mathurat serta diakhiri dengan azan...dengan niat semoga makhluk yang mengganggu baby tadi tidak mengacaunya lagi...

Ada respon yg baik daripada si anak dia dapat tidur lena malam itu selepas dibacakan ruqyah tersebut dan tiada gangguan lagi.

Syukur segala yang berlaku itu adalah ketentuan daripada Allah. Dia yang Maha Kuasa atas segalanya.

Tuesday, March 9, 2010

Genap setahun dah...

Pose menarik ketika Furqan sedang tido...

Tanggal 6 Mac 2010, Ahmad Furqan dah cukup setahun....

Apa yang dia bole buat kinek tok ??

Dah pandai merangkak....dan sekarang cuba2 untuk bangun dan berteteh....

Wednesday, March 3, 2010

Jerebu

keadaan jerebu di Miri. Diambil dari blog http://barukabordal.blogspot.com/

Minggu ini ada masalah sikit terutama bila nak hantar anak ke sekolah. Jalan raya penuh dengan jerebu. Masuk saja high way semua kereta jadi slow. Jarak penglihatan kereta di hadapan hanya 10 meter sahaja. Meter kereta 20-30 km. Apa nak jadi dengan Miri? Rasanya ini dah tahap darurat...
Hari pertama jerebu tu...sampai di sekolah lewat ckit.Lebih kurang jam 7.20 pagi.

Masalah lain, berkaitan ngan kerja di sekolah. Kali ni bebudak sibuk ngan exam. Jadual pengawasan exam bertukar serta merta. Ada cikgu yang kena jaga sampai 2 jam. Abi tak terkecuali kena juga. Ada juga kena jaga sampai waktu petang. Macam jaga exam SPM pulak!
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.