Sunday, February 9, 2020
Tak banyak menulis di blog@FB
Jadi, suatu masa nanti kita akan berhadapan dengan satu zaman yang mana teknologi sudah tiada lagi. Zaman apa tu???
Itulah zaman yang mana zaman sebelum kedatangan Dajjal, iaitulah zaman Al Mahdi. Dikatakan zaman itu adalah zaman seperti mana zaman Rasulullah saw. Bila sebut zaman seperti zaman nabi bermakna itulah zaman yang tidak menggunakan sebarang teknologi. Apatah lagi segala jenis komputer tak berguna lagi.
Kita hari ni seolah sedang menunggu zaman teknologi 5G. Barat dah mula mempromosikan teknologi 5G. Bila dah masuk alam 5G dunia semakin maju lagi setapak. Tapi sempat ke Malaysia ni nak menuju ke era 5G?
Wednesday, January 3, 2018
Kurang bebanan
Citer dulu2 la....dulu pegang rakaman (dokumentasi peristiwa) , Majalah PERMAI, Ketua Rumah Kuning, Ketua Panitia BA dan Guru Penasihat Persatuan BA. Memang berat dan tak terbuat la.
Syukur alhamdulillah tahun ni diorang gugurkan abi daripada jadi penyelaras majalah dan ketua rumah kuning. Kurang la sikit.hehehe
Sepatutnya buat la pemberat setiap orang guru tu. Apa kerja yang guru buat. Berapa tanggungjawab yg dipikul. Biar nampak semua tugas2 guru. Jangan lah asyik duk tuju pada '' guru2 tertentu'' je pikul beban kerja. Kesian la. Dia pun ada anak isteri juga. Nak cari makan juga seperti orang lain.
Guru lain yang kurang dapat tanggungjawab asyik duk goyang kaki jer. Orang lain yang penat. Orang lain yang kena buat kerja dia, itu lagi parah.
So, kepada pihak2 atasan buatlah pengagihan tugas dengan sempurna dan seadilnya. Jangan diberati sebelah pihak sahaja. Gaji sama banyak tapi 'dia' lah yang paling banyak pikul tugas. Ingat! anda sebagai pemimpin anda akan dipersoalkan di akhirat nanti. Kenapa tidak berlaku ADIL. Kenapa si fulan bin si fulan kerjanya banyak berbanding yang sorang lagi tu walhal gaji sama2 besar.
Tapi kalau lah si fulan tu dia sendiri yang minta kerja banyak lainlah. Itu masalah dia. Yang jadi masalahnya adalah pembahagian tugas yang tidak relevan. Ikut sedap suka kepala otak dia je nak letak siapa yang kena pikul amanah. Yang nampak 'aktif' diberikan banyak tugasan, yang 'slow' tu kurang lah sikit. Ehhhh! you kan bos@pengarah@orang atasan dll you berhak menasihati@ memarahi orang2 di bawah jika lembab nak buat kerja atau tak amanah kerja. You tak perlu takut pada orang bawahan you! You kan ketua!
Ingat lah wahai bos2 sekelian .....anda akan ditanya dan dipersoalkan di mahsyar nanti. renung2 kan lah jika ada bos2 yang terbaca tulisan si fakir ini.
wallahu'alam.
Monday, November 13, 2017
Kawan,sahabat @ teman
Zaman sekarang ni nak cari kawan senang sangat. Dengan adanya teknologi yang canggih manggih ni sekelip mata jer dapat. Bukak FB , find friend and request friend....tunggu dia accept.Sekelip mata je kan??? Zaman pantas...
Tu nak cari kawan. Kawan tak sama dengan sahabat.Martabatnya tak sama. Macam gini la, cikgu DG41 dengan cikgu DG44...senang citer sebab abi kan cikgu. Cikgu DG41 ni kurang sikit pengalaman nya mengajar berbanding cikgu DG44. Begitu juga kawan, kawan ni banyak....tapi tak semua kawan tu baik...ada juga yang tak baik. Jahat la kita kata. Depan kita dia nampak ok tapi belakang kita dia kutuk kita habis habisan.
Kawan yang baik tu adalah sahabat. Dia tak khianati kita. Tiada buruk sangka dengan kita, Senang hati kita bila bergaul dengannya.Depan kita dia baik dan belakang kita pun dia baik dan tiada prasangka buruk dengan kita. Itu sahabat. Pernah dengar sahabat sejati?? Sahabat sejati lebih daripada itu lagi.Macam2 dia buat untuk sahabatnya. Sanggup korbankan diri sendiri.
Sahabat sejati ni lah yang abi namakannya teman. alaaaa macam teman sejati jugak la. Kita boleh berkongsi rahsia dengannya. Dia tak bocorkan rahsia. Dia amanah. Dia tak prejudis. Dia sanggup tolong temannya dalam kesusahan tanpa ada niat lain. Niat nak duit ker...niat nak merapu ker...kaki bodek ke...takkkkk bukan itu teman. Nak cari teman ni la yang susah. Hati2 wahai sahabatku bila nak cari teman. Takut tersalah pilih. Lebih2 lagi kalau nak cari TEMAN HIDUP.
Teman hidup akan bersama kita selama2lamanya hingga liang lahad...bahkan boleh jadi hingga ke syurga.InshaAllah.
Moga sahabat blogger mempunyai teman teman hidup yang baik2...hingga ke jannah.Amin.
Thursday, July 20, 2017
Kerja adalah Amanah
Apabila kita terlalu berkira2 dengan kerja kita walhal memang itu yang sepatutnya kita buat maka kita takkan ikhlas. Bila tak ikhlas tak dapat pahala.
Kalau memang itulah kerja kita, kita patut dan wajib buat! kenapa nak ditinggalkan? Habis apa benda yang kita nak buat ?
Kalau tak buat kerja, maknanya kita makan gaji buta. Gaji buta is mean you dapat gaji tanpa buat apa2 kerja. Maksudnya you goyang kaki, akhir bulan you dapat gaji. Oh! kalau you penjawat awam you dapat around 25 hb setiap bulan.
So, kalau you tak buat kerja dan orang lain terpaksa menanggung kerja you bermakna you yang melakukan kezaliman. Why???kenapa? Sebabnya orang lain terseksa dengan kerja U....sedangkan dia pun ada kerja jugak macam U...tapi U selamber je pass kerja tu kat orang lain. Jika begitulah keadaan orang macam U patut dapat pengajaran daripada Tuhan. Biar Tuhan ajar U, baru U sedar...baru U tau tinggi rendah langit.
U dapat gaji buta bermakna gaji U haram. Camner U nak sara anak bini U makan gaji buta ker? U tak takut api neraka ker? Rasanya tak kan???is up to U bab tu...tapi abi rasa better U kembali ke pangkal jalan and jalani kerja sebagai Hamba Allah yang ikhlas.
Jangan tunggu Tuhan marah kat U,baru U nak sedar. Ambillah dan terimalah nasihat daripada orang sekeliling U tu. Mereka nak ingatkan U supaya jangan leka dan lalai.
U tau tak???U kan...bila masuk kerja, U layan U punya handphone.Sejam dua jam tak terasa bagi U. U tak penat ker duk melayan FB...Insta...twitter...bla..bla...bla...bila U dah rasa penat, U pergi pulak cari kawan untuk bersembang. Bersembang benda yang tak patut. Pasal jual beli hartanah la, kereta la, saham la, fesyen tudung la,,,,,,,,and then U gossip pulak sana sini...walhal benda tu ibarat U makan daging saudara U sendiri.huhu
So, insaflah kepada sesiapa yang suka duk goyang kaki kat tempat kerja.
Ok...sekian . nak balik kerja dulu.
Monday, January 9, 2017
tahun 2017 penuh cabaran atau debaran?
agak lama tak mengupdate blog ceritaabi ni.Bulan disember 2016 langsung tak dijengok. Macam anak tiri jadinya.
Apa pun menulis di blog ni hanya untuk kepuasan diri. Bukan untuk orang lain sebenarnya. kalau orang lain baca dan ada info yang bermanfaat dan menarik, alhamdulillah silakan...
Tapi kalau korang baca dan tak puas hati dengan apa yang abi tulis ni,,,,korang boleh blah! amboi bekengyaaa...bukan bekeng tapi tak mau bbaloh nga orang.Korang yang tak suka blog ni, boleh lah cari blog lain untuk kepuasan diri korang. Sekian, terima kasih.
Tahun 2017, seakan dah nampak bayangannya. Bayangan kerja yang abi rasa agak banyak dan tercabar. Tercabar dengan cabaran yang diberikan oleh pihak pengurusan.
Posisi baru tahun ni adalah terpaksa handle Rumah Abu Bakar (rumah kuning).huhu. Sebelum ni jadi bendahari jer. Tahun ni diberi jadi ketua pulak! Apa nak jadi, jadilah. Buat setakat yang termampu dan jangan sampai membahayakan diri. Sakit demam kita keluarga juga susah, bukannya orang lain.
So, tahun ni adalah tahun cabaran yang penuh dengan debaran. Berdebar rasa jantung hati dapat tak abi laksanakan apa2 tugasan yang ditaklifkan pd abi ni.
Usia dah meningkat. Kepantasan betindak dan berfikir agak kurang.
Itulah kita yang semakin hari semakin tua.Bukannya semakin muda!
Tuesday, July 28, 2015
kenapa perlu jadi orang agama ?
Jika anda salah seorang daripadanya syabas abi ucapkan. Tapi anda harus ingat peranan anda di tempat kerja amat berat. Anda menjalankan urusan agama dengan erti kata lain anda adalah daie di tempat anda. Teringat kata2 As Syahid Imam Al Banna " seorang muslim itu adalah seumpama sebuah kitab yang sentiasa terbuka " . Dengan erti kata lain kalau kitab atau buku itu sentiasa terbuka akan ada orang lain yang akan membacanya. Begitulah juga orang agama ini akan sentiasa diperhatikan dan ditilik oleh awam akan peribadinya. Baik peribadinya ditirulah akan dia mereka itu. Buruk peribadinya, dicemuh dan dicaci lah jawabnya.
Monday, December 29, 2014
Tuesday, December 2, 2014
nasi RM1.50 vs nasi RM4
Kalau di Setiu ni, macam2 harga nasi boleh jumpa dan macam2 size juga bole jumpa. Masuk jer restoran untuk bersarapan pada waktu pagi,alamaknya tak jumpa lah dengan nasi RM2. Mungkin harganya bole mencecah RM3 @ RM4. Mungkin ada yang jual RM2 sepinggan tapi bukan di restoran tapi di warung2 kecil.
Kebiasaannya pada cuti hujung minggu, abi akan mendapatkan beberapa bungkus nasi untuk keluarga. Tempat yang selalu jadi pilihan ialah di sebuah kedai makan di Kg Buloh@Permaisuri. Kedai tersebut tidak menyajikan makanan yang bermasak tetapi hanya menyediakan nasi2 bungkus seperti nasi lemak, nasi minyak dan nasi berlauk (ayam gulai). Pun begitu ada juga menyediakan roti canai dan roti tempayan.
Tapi yang paling abi suka ialah nasi lemaknya yang murah. RM1.50 jer. Dah la murah sedap pulak tu. Memang berbaloi la kalau nak makan pagi@sarapan. Setakat nak kenyang sampai tengahari tu boleh la. Mana lagi nak cari nasi dengan harga sedemikian!
Bagi abi bagus pergi ke warung2 jer untuk membeli nasi bungkus. Atau dapatkannya di kiosk tepi jalan yang ada menjual nasi2 bungkus serendah harga RM2.
Pernah juga abi jumpa mee goreng atau meehon goreng yang masih lagi dijual dengan harga RM1 di warung berdekatan SM Tengku Ibrahim dan kedai berdekatan padang Sg Tarom. Harga mesra rakyat khasnya untuk budak2 sekolah.
Moga Allah memberkati jurujual yang masih lagi berkhidmat dengan jualan murahnya, bukan untuk mencekik darah customer tapi atas sikap ingin menolong sesama insan.
Wednesday, April 9, 2014
mana lebih penting?
Dalam membuat keputusan kita terjerat dengan persoalan mana lebih penting. Yang inikah atau yang itukah. Kalau ambil yang ini akan terpaksa mengorbankan yang itu. Kalau ambil yang itu akan mengorbankan yang ini. Bak kata pepatah Melayu ' ditelan mati mak diludah mati bapak'. huh! mana satu lah yang penting.....
Kekadang kita terpaksa mengorbankan keluarga kita demi kerjaya yang diceburi. Ada juga yang sampai tidak menghiraukan langsung keluarganya demi kerjayanya. Bagi abi itu tak boleh. Tapi ada juga yang langsung tidak menghiraukan kerjayanya bahkan lebih menumpukan kepada keluarganya. Yang macam ni pun tak boleh juga.
Cuba kita lihat di tempat kerja kita. Ada tak manusia seperti ini. Kerja sampai lewat petang baru balik rumah. Kononnya untuk menghabiskan @ menyiapkan kerja yang diberi. Cuba kita lihat juga ada tak manusia yang mana asyik tengok 'jam' jer. 2 3 minit nak habis masa dah terpacak depan punch card untuk memasukkan kadnya. Enjin kereta dah pun dihidupkan. Siap pasang aircond lagi!
Inilah warna warni kehidupan. Ada manusia yang kerjanya cukup simple sahaja dan tidak perlu berhadapan 'mana yang lebih penting'. Masuk opis, pergi kantin breakfast. Masuk opis semula, sembang2 dengan kawan-kawan. Cerita pasal isu semasa. Pastu buka FB pulak.....Layan FB 2 -3 jam. Jam 100 tengahari, tekak rasa haus dan perut pun berbunyi. Pergi ke kedai makan pula untuk makan tengahari. Jam 2 petang masuk opis semula. Cuba buka dan belek2 fail atau belek2 kertas yang belum setel lagi...Jam 445 dah mula nak berkemas. Tutup fail.Tutup komputer. Sebarang urusan tidak dilayan.
Kesimpulannya kerjanya hanya bermula jam 2 hingga 445 petang. Mudah dan simple kan?!! Hanya 2 jam 45 minit kerja dalam sehari. Gaji sebulan yang dia dapat RM2000-3000 .
Tepuk dada tanya Iman, berbaloikah kerja kita untuk manfaat diri, keluarga dan orang ramai?
Cubalah fikir tentang keberkatannya.
Monday, February 10, 2014
Monday, March 18, 2013
menjiwai anak2 didik
Minggu lepas, dijadualkan abi duty seperti biasa. Dan pada waktu malam (selepas pelajar menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau) mereka akan menuju ke kelas untuk persediaan prep malam. Antara waktu beginilah anak2 pelajar akan berurusan dengan warden bertugas khususnya dalam urusan kesihatan @ hospital. Waktu malam inilah mereka akan mengadu pada warden2 tentang kesihatan mereka. Sakit kepala, demam, muntah, sakit perut dan lain2 penyakit yang kronik ataupun tidak. Macam2 penyakit ada!
Kalau nak diikutkan hati@rasa, malas jer nak pergi hantar depa tu ke hospital. Selagi dapat bertahan, bertahanlah dulu dengan ubat yang ada ataupun dibekalkan oleh ayah dan ibu. Tunggu esok pagi dan pergi hospital dengan guru bertugas. Kalau abi rasakan depa tu masih boleh bertahan dan makan ubat, abi bagikan depa rest di bilik sakit asrama.Kalau nampak teruk dan kronik barulah ke hospital - bahagian emergency and trauma
Macam2 pengalaman yang pernah abi lalui ketika mengendalikan urusan hospital pelajar2 ni. Cuma satu jer pesanan abi kepada mereka yang nak jadi warden atau bakal warden suatu hari nanti, anda haruslah "menjiwai anak2 didik" anda. Bayangkan jika anak anda berada dalam situasi tersebut, abi rasa sudah tentu anda bersegera membawanya ke klinik @hospital.
Pernah abi lalui seorang guru bertugas yang memandang tidak acuh@serius terhadap kesihatan pelajar. Pelajar tersebut sakit di siang harinya dan telah membuat aduan kepada guru bertugas. Mungkin pelajar tersebut akan dibawa ke hospital pada siangnya. Tapi sebaliknya berlaku tidak tahu apa sebabnya. Pelajar tersebut telah mengadu kepada warden pada malamnya dan dihantar segera ke hospital.
Persoalannya sejauh manakah sensitivi kita kepada masalah anak didik kita. Adakah nak dipasskan kepada warden bertugas sahaja. Mungkin fikir guru tersebut "warden ajelah yang pergi hantar sebab ada dibayar elaun" :( satu pemikiran yang tidak matang dan bijak bagi seorang guru.
Abi percaya anda tidak melepaskan tangan dan buat dooooooookkkkk jer jika anak anda sakit.
Friday, March 8, 2013
lost control
Inilah yang mencabar karier abi sebagai warden. Kalau nak diikutkan hati rasanya nak melaung @ memekik je depan ustaz yang sedang berceramah tu. Nak kata satu patah perkataan jer "diaaaaaaammmmmmm". Tapi taknak buat aarrr napak sangat tak bijak dalam menangani masalah.
Walaupun sekali sekali ustaz di depan tu dok bercerita pasal neraka, tapi langsung tak dihiraukan mereka. Bertambak rancak adalah. Oh anak didikku. Sampai hati kau buat begitu. Berubahlah.....tapi mungkin juga ada faktor lain yang menyebabkan jadi begitu. Ustaz di depan tu kurang nak selitkan humor semasa berceramah. Kalau ada humor pasti semua budak akan ambil perhatian.
Tuesday, February 19, 2013
macam-macam ada!
Jika kita sebagai seorang pelajar, peraturan asrama mahupun sekolah harus @ wajib diikuti. Jangan dilanggari. Jika dilanggari takut timbul pelbagai reaksi dan "action" di kalangan guru dan pihak pentadbir. Sering kali kita dengar guru menampar pelajar, merotan pelajar, mencubit pelajar dan lain2 lagi. Cikgu bukanlah PENGGANAS untuk membuat sesuka hati kepada pelajarnya. Mesti ada sebab kenapa guru bertindak demikian!
Memetik kata2 PKHEM sekolah abi "tindakan guru adalah bergantung kepada tindakan pelajar". Pelajar yang harus bertanggungjawab jika ia melakukan perkara2 yang salah dan melanggar undang2 sekolah dan asrama. Kalau mereka tidak berbuat demikkian maka tiadalah tindakan pihak guru.
Guru2 pula haruslah rasional dalam tindakan mereka. Yes! abi setuju jika pelajar ini dihukum walaupun ianya bercanggah dengan pekeliling. Abi takkan marahkan cikgu@ saman cikgu jika anak abi dihukum @dirotan. Hukuman perlu dijalankan kerana ianya adalah jalan terbaik untuk mendidik. Memberikan warning kali pertama untuk sekali kesalahan adalah wajar, tapi warning kali kedua dan ketiga adalah tidak patut jika kesalahan berulang lagi.
Thursday, September 23, 2010
Nasib Guru Di Sabah & Sarawak

Bulan ni dah dibuka EG tukar untuk guru-guru yang ingin bertukar samada dari Sabah & Sarawak ke semenanjung ataupun di sekitar Sabah Sarawak. Tapi tahun ni kerajaan (KPM) menyatakan bahawa kos perpindahan termasuk kargo tidak akan ditanggung oleh KPM dan tidak boleh diclaim semula. Kesian cikgu cikgi di Sabah Sarawak.
Takde duitkah kerajaan sampai tidak dapat membiayai kos pertukaran/perpindahan guru? Macam mana nasib kalau guru itu dah berkeluarga besar dan sudah mempunyai perabut sendiri? Tentu ianya memakan kos yang besar untuk membawa balik ke semenanjung perabut tersebut. Tidak dinafikan guru-guru di Sabah & Sarawak amat dan memang gemar dengan perabot kayu jati serta aksesorinya.
Tidak dapat tidak guru yang ingin berpindah untuk tahun ni terpaksa mengeluarkan kos lebih kurang RM10k-RM15k untuk membiayai kargo. Ada banyak duit ke guru di Sabah Sarawak sebanyak itu? Kali terakhir kargo ditanggung oleh kerajaan tahun lepas. Amat beruntunglah mereka yang dapat pindah pada tahun lepas.
Kalau tak mahu mengeluarkan duit sebanyak itu, maka terpaksalah dijualkan segala perabot kegemaran termasuklah kereta-kereta import seperti wish, avanza, Ipsum dan sebagainya. Balik ke semenanjung dengan satu beg pakaian sendiri dan anak sahaja!
Option yang kedua mungkin agak berat sikit bagi guru adalah dengan membuat pembiyaan peribadi daripada bank. Kalau sayangkan sangat dengan perabut ataupun kereta import tu buatlah personal loan. Dan tanggunglah hutang bank sehingga 9-10 tahun. KPM harus ingat bahawa guru di Sabah & Sarawak tidaklah kaya seperti yang disangka orang semenanjung. Yang kaya adalah BISNESMAN!!!
Sepatutnya KPM (bukan nak mengajar....sekadar pendapat) mengambil beberapa langkah dalam menjaga kebajikan guru-guru di Sabah & Sarawak seperti membiayai kos kargo untuk guru-guru yang telah pun berkhidmat melebihi 10 tahun. Ini adalah sebagai galakan dan saguhati kerana sanggup berkhidmat di sana.
Kesatuan Guru harus peka dengan isu ini dan harus diketengahkan dan dihighlightkan kepada umum khususnya KPM. (aku tau memang Kesatuan guru x baca aku punya curahan ni). Tapi kalau orang ramai asyik bercakap sana sini memang kerajaan tak senang duduk diam. Jika masalah guru ini dapat diatasi dengan baik maka barulah sesuai dengan tema Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Thursday, February 26, 2009
Teknik Hafazan
Apabila guru hendak mengajar perkataan “kataba” dan menyuruh pelajarnya menghafal perkataan tersebut, guru menyuruh pelajarnya menyebut perkataan tadi sambil membuat aksi “menulis”. Proses belajar seperti ini dinamakan sebagai “sebut dan aksi”- Ini adalah istilah yang datangnya daripada idea abi sendiri. Tiada kaitan dengan teori pembelajaran yang lain.
Contoh perkataan lain “akala” bermakna makan. Pelajar dikehendaki menyebut perkataan "akala" sambil membuat aksi makan atau menyuap sesuatu makanan ke dalam mulut.
Kaedah sebegini amat sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar yang ingin mempelajari bahasa-bahasa lain selain daripada Bahasa Arab serta ingin menghafaznya.
Selamat mencuba.
Friday, July 25, 2008
Ultraman

Bila sebut ultraman semua orang kenal baik budak kecil mahupun orang tua. Cerita ultraman ni telah masuk ke dalam fikiran orang
Apa yang nak dikongsikan di sini ialah tirulah macam ultraman. Kuasa yang ada padanya bagi menghapuskan raksasa digunakan semaksima mungkin. Ya, dia telah menggunakan kuasa sepenuhnya dan telah bermati-matian melawan raksasa yang jahat dan menakluki bumi. Sehinggalah kuasanya hampir habis (baki 5 minit) dia masih berusaha untuk menghapuskan rakasa tersebut.
Apa yang nak diutarakan melalui kisah ultraman ini ialah sifat yang tak pernah putus asa semasa melakukan kerja walaupun tiba ke penghujungnya. Dia tetap berusaha walaupun dia tahu nyawanya dan tenaganya hampir tiada. Inilah sifat yang harus dicontohi oleh setiap muslim dalam melakukan apa-apa kerja. Biarlah kerja itu susah asalkan kita jangan berputus asa dalam melakukannya. Sentiasalah berusaha walaupun ke saat akhir.
Menjadi guru rileks ?

Menjadi guru rileks, tak banyak kerja. Pergi sekolah mengajar dan apabila habis mengajar boleh buat kerja lain. Boleh bisnes, boleh ternak lembu kerbau, boleh bela ikan air tawar, boleh itu ini. Itulah antara ungkapan dan pandangan orang ramai tentang guru. Betul ke ???
So, aku nak bawakan di sini kepada pelawat blog sekelian bahawa menjadi guru tak semudah itu dan senang kerjanya seperti yang disangka. Cuba kita bayangkan bila menjadi guru apa yg perlu dibuat:
- bila beri latihan kepada murid, mestilah kena semak. Kalau tak sempat nak semak di sekolah mesti sambung di rumah pula.
- kalau kena mengajar kelas exam terutamanya tingkatan 3 & 5, mestilah kena buat kelas tambahan untuk memantapkan prestasi murid. Nak buat kelas ni, mesti korbankan masa dan hari. Ada guru yang sanggup datang malam untuk buat kelas tambahan. Ada juga yang korbankan masanya di hujung minggu.
- kalau mengajar di Sekolah Berasrama Penuh, ada macam-macam lagi program dan aktiviti untuk pelajar-pelajarnya seperti Perfect Score, tuisyen, Hipec, Kem Jaya Diri dll. Ada orang kata mengajar di SBP ni rileks sebab pelajar dah pandai. Tak perlu risau lagi...Maaf itu adalah anggapan yang salah dan meleset. Tidak semudah itu nak mengajar . Cubalah tanya mereka yang mengajar di SBP, berapakah sabtu yang tidak free ?????semuanya terisi dengan aktiviti sekolah.
- Kalau guru yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas lain seperti warden asrama, terpaksalah mengorbankan masanya sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Tak cukup dengan itu sahaja, kalau guru tersebut menjadi penasihat sesuatu permaian atau kelab terpaksalah buat latihan jika ada pertandingan...
- Belum cerita tentang exam lagi. Bila exam dah dekat, terpaksalah buat soalan lagi. Habis exam buat postmortem pula. Kalau ada murid yang lemah, haruslah dibimbing oleh guru tersebut.
Haaa itulah serba sedikit kerja guru. Belum habis lagi tu. cukuplah untuk renungan bersama bag mereka yang mengatakan kerjaya guru ini rileks dan tak penat. Kalau ada guru mengatakan kerjaya guru ini rileks dan dia boleh buat kerja part time lagi , memang boleh aku katakan dia adalah guru yang tidak buat kerja dengan sempurna. Tak salah nak cari kerja part time, tapi ingat janganlah pula kerja part time itu menjadi kerjaya utama dan kerjaya guru itu menjadi part time.
Ingat kerjaya utama kita akan dipersoalkan nanti di hadapan Allah. Apakah kita telah melakukan amanah itu sebaik-baiknya....
Wallahua'lam.
Wednesday, July 9, 2008
Anjing masuk masjid

Saturday, June 28, 2008
kerana minyak ?
Kali ini aku nak cerita 2 kisah yang berlainan sepanjang aku duty warden (28 Jun) yang lepas. Kebiasaannya selepas perjumpaan ibubapa dan guru serta pelajar, ibubapa dibenarkan oleh pihak sekolah untuk membawa anaknya keluar (outing) sekejap. Sebelum jam 5 mesti masuk semula ke sekolah.
Kisah 1:
Bapa : boleh tak saya bawa keluar untuk bermalam dengan anak saya hari ni ?
(bapa ni masuk tanpa beri salam ke dalam bilik warden)
Aku : Maaf bang ! sebenarnya hari ini bukannya waktu bermalam bagi pelajar. Lagi pun hari ini kita benarkan untuk outing saja. Outing itu pun memang takde dalam jadual sebenarnya. Ini hanyalah ihsan daripada kita saja.
Bapa : saya datang dari jauh ni (dari Bintulu). Tolong consider sikitlah dan sekarang ni pun MINYAK dah mahal. (dengan nada yang sedikit tinggi + muka masam)
Aku : bang, sebenarnya waktu bermalam kita dah tetapkan dalam jadual dan minggu depan kita benarkan pelajar balik.
(kalau nak ikutkan hati aku, ini jawapan sebenarnya aku smash dia : “buat apa datang jauh-jauh, jangan datang lagi baik.
Bapa : itu hanya atas kertas dan undang-undang saja bah! Kita dapat ubah itu semua …
Aku : kalau begitu abang pergi jumpa pengetua ajelah. Saya hanya orang yang menurut perintah daripada atasan. Itu saja had kuasa saya yang ada. Kalau saya berikan pada abang, apa kata orang lain pulak. Mereka pun nak bermalam jugak! Pergilah jumpa pengetua lagi senang.
Masa itu pun aku tengah ‘hot’ jugak dan aku memang tak nak layan dia lagi. Buang Karen aku je layan orang macam ni yang tak reti bahasa. Itulah kita macam perumpamaan ni “diberikan betis nak peha”, “diberikan ikan nak ayam”, “diberikan RM 10 nak RM 1000” dan macam-macam lagilah…
Ikutilah dan teruskan pembacaan kisah 2 (terjadi pada hari yang sama- lebih kurang 10 minit selepas kisah 1 berlalu)
Kisah 2:
Bapa: assalamu’alaikum.
Aku : wa’alaikumussalam…
Bapa : boleh tak saya bawa anak saya bermalam pada hari ini. Lagipun saya datang dari Limbang ni.
Aku : bang, sebenarnya hari ini kita benarkan ibubapa bawa pelajar saja untuk outing dan tak benarkan bermalam. Minggu depan kita benarkan pelajar bermalam. Lagipun hari ni memang tidak ada outing sebenarnya.
Bapa : takpelah kalau begitu saya AKUR dengan pihak sekolah dan saya bawa anak saya keluar sajelah. Terima kasih.
Aku : sama-sama bang.
Selepas berlakunya dialog dengan bapa yang kedua tadi,hatiku yang belum lagi turun “darjah kepanasannya” tiba-tiba menurun sedikit demi sedikit kerana rasa sayu muamalat yang ditonjolkan oleh bapa tadi.
Memang begitulah dan seharusnya berlaku pada seorang bapa. Sentiasa berlapang dada dan menunjukkan sikap yang positif (tidak melawan / tidak meninggikan suara) apabila bercakap. Kalau kita menunjukkan sikap yang biadab depan anak kita, makatidak hairanlah suatu hari nanti anak kita akan biadab juga dan mungkin PETALA lebih besar lagi akan biadab dan derhaka dengan kita .
Sekian untuk renungan bersama.
Friday, June 27, 2008
Aku sebiji bola

aku diperbuat daripada macam-macam jenis. daripada plastik ada, daripada getah pun ada.
Tapi aku kesian melihat orang sanggup buat apa saja keranaku...- mereka sanggup menunggu seawal jam 4 petang untuk melihat aksiku di padang tanpa menghiraukan solat.
- mereka sanggup mempertaruhkan duit untuk melihat aku disumbat masuk ke dalam gol.
- mereka sanggup bergaduh keranaku.
- mereka sanggup bersengkang mata keranaku jam 2 pagi hingga 5 pagi sedangkan sebelum tiba musimku mereka tak pernah pun bersengkang mata di hadapan Allah pada saat begitu.
- mereka sanggup untuk meninngalkan anak bini semata-mata keranaku walaupun hanya beberapa malam.
- mereka sanggup membeli tiket yang mahal keranaku sedangkan untuk bersedekah jauh sekali dengan jumlah itu.
- mereka sanggup meninggalkan solat subuh keranaku.
- mereka sanggup berteriak dan melolong macam orang gila bila aku masuk gol.






4 Golongan manusia akhir zaman