Kenapa perlu jadi orang agama ?
Mungkin persoalan sepert ini agak remeh temeh dan dipandang sebelah mata sahaja.
Apa untungnya jadi orang ugama atau agama ??? Rata2 hari ini orang akan mencari orang agama kalau nak lakukan sesuatu. Contohnya apa? Banyak contoh yang boleh diberikan...
Kita ketepikan dulu contoh dan misalannya. Dahulunya orang tak pandang orang beragama. Dengan erti kata lain ada sijil agama. Memang takkan ke mana orang macam ni. Tempatnya adalah surau ataupun di sekolah jer. Kalau ada keraian, bolehlah dijemput untuk membacakan doa selamat ataupun doa pembukaan majlis. Skop orang agama ni kecil dan tak meluas.
sekarang ni orang agama dah laku. Ada sijil dan kelulusan agama ditambah pula kalau ada macam2 kemahiran, berebut orang nak. Nak ambik jadi pekerja. Kenapa eekk??
Sebabnya awam mulai sedar bahawa beragama itu penting dalam setiap hal tak kira masa dan tempat. Apatah lagi dalam bidang pekerjaan. Memang memerlukan orang beragama. Mana tidaknya kalau memegamg port folio yang penting dan melibatkan hal kewangan sudah tentu akan dicari orang yang amanah. Orang yang amanah inilah awam melihat orang beragama ataupun yang berstatus ustaz atau ustazah. Ya, merakalah orangnya yang dilihat tidak akan melakukan penyelewengan ataupun pecah amanah. Merekalah awam menganggap orang terlebih dahulu takut kepada API NERAKA.
Hingga kini mana2 tempat yang kita tuju akan ada orang beragama di situ. Dalam jabatan polis, hospital, askar@tentera, dan banyak lagi.
Jika anda salah seorang daripadanya syabas abi ucapkan. Tapi anda harus ingat peranan anda di tempat kerja amat berat. Anda menjalankan urusan agama dengan erti kata lain anda adalah daie di tempat anda. Teringat kata2 As Syahid Imam Al Banna " seorang muslim itu adalah seumpama sebuah kitab yang sentiasa terbuka " . Dengan erti kata lain kalau kitab atau buku itu sentiasa terbuka akan ada orang lain yang akan membacanya. Begitulah juga orang agama ini akan sentiasa diperhatikan dan ditilik oleh awam akan peribadinya. Baik peribadinya ditirulah akan dia mereka itu. Buruk peribadinya, dicemuh dan dicaci lah jawabnya.

No comments:
Post a Comment