Showing posts with label Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Fotografi. Show all posts

Sunday, April 19, 2015

kita dan bunga

Semasa kita kecil,kita tiada daya upaya.Mengharapkan ihsan dan pertolongan daripada sekeliling kita. Sentiasa berselimut kerana takut terdedah dengan angin yang sejuk....

Apabila kita besar dan dewasa,kita lah yang mencorakkan hidup.kita mengenakan pakaian yang mahal2. Memakai wangi2an. Semua orang akan terpikat dan terpesona dengan kita. Kita disukai oleh semua orang. Ramai yang memuji tentang kecantikan kita.

Masa terus berlari dan berlalu. Yang cantik dan indah takkan kekal. Yang muda akan jadi tua. Yang gagah akan jadi lemah.Usah berbangga dengan diri kita. Kalau dulu kita dapat berselfie,bergambar dan macam2 aksi lg....tapi bila dah tua kita akan hilang semua tu. Selera dah tiada.Sedikit demi sedikit nikmat kita akan ditarik.

Selagi kita dapat makan, makanlah.
Selagi kita dapat membeli pakaian2 mewah, belilah.
Selagi kita dapat ke hulu ke hilir dengan kereta, pergilah.
Selagi kita dapat bersuka ria dan berparty, enjoylah.

tapi kita kena ingat...

pakaian kita yang terakhir adalah kain kapan.
kenderaan kita yang terakhir adalah keranda.
rumah kita yang terakhir adalah liang lahad.

Inilah dunia yang fana!

lokasi penggambaran bunga:
tapak Surau At Taqwa, SAIS

Friday, October 3, 2014

kektus ....cinta kektus

lokasi : cameron highland sempena berkursus....

kektus...guna hp cap ayam abi. try guna 'bokeh' - mmg menjadi


subhanallah...amat unik ciptaanMu ya Rab!

berduri...sering dikaitkan dengan bahaya dan perlu hati2...

ciptaanNya yang pelbagai...belum lagi dilihat pd bunga2 yg lain

 pink!!

yellow !!

 peminat tegar kaktus sedang ambil gambar

dan inilah dia kaktus cinta abi untuk ummi...amacam ? cantik tak? RM22.90 ...beli dua, asalnya nak bagi pd seseorang tapi tak jadi...atas bberapa sbb !

Sunday, February 16, 2014

Safety first

Setiap kali abi ke sekolah pasti akan terjumpa dengan beskal ni. Entah siapa punya. Tapi yang pentingnya nak bagitau kat sini ialah SAFETY FIRST!


walau camner bentuk dan rupanya,,,sudah tentu si pemiliknya amat sayang terhadap harta bendanya. Mungkin dengan beskal itulah dia mencari sesuap nasi untuk menampung dirinya dan ahli keluarganya.

Teringat abi pesan junjungan besar nabi kita yang bermaksud:
" Ikatlah (unta itu) dan bertawakkal lah kepada Allah "


Tuesday, February 11, 2014

Monday, February 10, 2014

Perihal Tali leher

 Tali leher yang hitam tu adalah hadiah daripada yang tersayang. Thanks Ummi. Tali leher ni adalah yangabi suka sekali pakai dan selalunya abi pakai pada hari Ahad.


Yang ni adalah tali leher yang kedua Ummi beli untuk abi. Pin button yg bulat tu adalah logo rumah. Hadiah dari Miri.



 Tali leher hadiah@sumbangan daripada SBP sewaktu berkursus warden di KK, Sabah pada 5 tahun yang dulu.


Wednesday, February 5, 2014

testing testing studio mini

sbl tibanya masa utk ambik gambar cikgu cikgi so abi start test test studio mini buatan sendiri di rumah dulu....

dengan pencahayaan yg tak cukup dan serba kekurangan peralatannya ....


Wednesday, October 23, 2013

main shot shot

supaya biji mata tak mengantuk abi ambil dslr dan shot gambar hero2 abi yang masih tak tidur lagi. Jam menunjukkan pukul 1130 malam. So, pelbagai aksi yang diambil...jom layan jer..

manual mode M 1/13 f5.6 iso 200 + flash 








Saturday, December 11, 2010

Tips ni saja abi letak kat sini untuk dikongsikan dengan yg lain. Lagipun abi kerap juga ambil gambar pd majlis rasmi di sekolah2...tapi gambar entah apa2 lah....maklumlah tak mengikuti apa2 kursus..just hobi je ambil gambar.

TIPS MERAKAM FOTO MAJLIS RASMI
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

(Telah diubahsuai dari entry asal dari blog FOTOTEACHER – ‘Tanya Hasnuddin – Tips Merakam Gambar Event‘ – 27 November 2007)

Untuk mendapatkan rakaman gambar event yang baik, terlebih dahulu, anda mesti berfikir dan melihat event tersebut dari sudut pandangan penganjur acara. Bayangkan diri anda sebagai penganjur yang telah mengeluarkan sejumlah wang dan masa bagi menjayakan event tersebut. Gambar yang bagaimanakah yang ingin anda lihat? Apa yang penting untuk dirakam pada sesuatu event ialah:

  • Perkara material yang berharga seperti gambar dekorasi meja, gambar hiasan pentas, pintu gerbang, goodie bags, backdrop dan sebagainya. Ini kerana, penganjur telah mengeluarkan sejumlah wang untuk perkara-perkara ini dan mereka ingin melihat gambarnya sebagai rekod.
  • Rakam semua gambar tetamu penting, lebih-lebih lagi gambar VIP yang hadir. Bukan mudah untuk dapatkan kehadiran VIP. Kehadiran mereka amat bermakna kepada penganjur.
  • Rakam semua upacara penting seperti ucapan VIP, majlis perasmian, gimmick pembukaan, persembahan dan sebagainya.


Gambar dekorasi juga penting sebagai pelengkap rakaman gambar sesuatu acara. Dari segi teknik, untuk merakam gambar event, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

  • Untuk gambar event, biasanya, kreativiti bukanlah perkara paling utama. Apa yang penting, gambar mestilah tajam, cukup terang dan semuanya perlu straight forward. Ini kerana, gambar event biasanya dijadikan sebagai rekod sebagai rujukan pada masa depan.
  • Pastikan anda mendapatkan ekspresi wajah yang baik. Elakkan merakam gambar orang yang tertutup mata, mulut ternganga dan sebagainya. Rakam wajah orang lain sebagaimana anda ingin orang lain rakam wajah anda.
  • Tunjukkan suasana dengan background yang bersesuaian. Sebaiknya rakamlah gambar orang dengan background yang boleh menceritakan event tersebut. Contohnya, rakam gambar orang dengan latarbelakang pentas utama, ini lebih baik dari merakam gambar orang dengan background dinding kosong.
  • Gunakan komposisi dan sudut yang betul. ‘Buang’ perkara yang tidak membantu menceritakan event tersebut. Contohnya, dalam gambar anda, tidak perlu ada gambar kerusi kosong di belakang VIP. Juga ‘masukkan’ perkara yang boleh membantu menceritakan mengenai event. Contohnya, dapatkan gambar backdrop atau banner event tersebut sebagai latarbelakang.


Salah satu teknik untuk merakam gambar event yang baik ialah dengan meminta tetamu VIP bergambar sambil memandang kamera. Ini bagi mendapatkan gambar formal dengan ekspresi wajah yang baik.


Apabila merakam gambar secara kandid, pastikan semua wajah subjek utama anda dalam posisi dimana muka mereka boleh dilihat dengan jelas. Ekspresi wajah subjek utama dalam gambar juga mestilah dalam keadaan yang baik.

Untuk mendapatkan gambar event yang baik, anda juga perlu memahami dan menguasai kemahiran komposisi, teori rule of third, cropping, angle, looking room, head room, mood dan sebagainya. Dengan latihan dan usaha yang bersungguh-sungguh, saya yakin gambar anda akan lebih baik lagi dalam sedikit masa.

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.