Showing posts with label curahan rasa. Show all posts
Showing posts with label curahan rasa. Show all posts

Tuesday, January 8, 2019

Bertemu kembali di 2019

Assalam rakan2....

Bertemu kembali di tahun 2019. Alhamdulillah masih lagi diberikan kesihatan tubuh badan untuk mengabdikan diri kepada Si Pencipta. Begitu juga dapat menjalani rutin harian di tahun baru seperti tahun2 sudah.

Bagaimana dengan tahun 2018 anda???

Tentu banyak pahit dan manisnya.  Yang pahit tu jadikan teladan dan sempadan. Yang manis tu jadikan memori terindah dalam kamus kehidupan anda. Sweet memories gitewwww!

Perjalanan seseorang tak sama dengan seseorang yang lain walaupun ianya adik  beradik dan sebumbung rumah. Hari2 yang sudah berlalu tak sama dengan hari2 yang mendatang. Kita mampu untuk merencanakan hari esok tapi belum tentu kita diizinkan olehNya untuk melaluinya.

Kita mampu untuk merancang sebanyak mana kebaikan yg ingin dibuat tapi belum tentu Allah izinkan kesemuanya.

Semuanya tertakluk pada qadak qadar Allah yang tertulis.
wallahua'lam.

Monday, November 27, 2017

Demam

Tiap kali nak tutup tirai persekolahan Allah selalu beri sesuatu pada abi. Demam. Kali ni demam kepala berdenyut2. Nak kata badan panas, tak la sangat. Tapi time nak sujud tika solat tu, Allah saja yang tau. Rasa berat je kepala. Terasa macam setongkol darah berhimpun kat depan kepala. Huhu..

Sakitnya....Allah saja yang tau. Ya Allah....

Tapi sebagai hambaNya kita redha je atas pemberianNya. Sebolehnya mengelak daripada mengeluh. Pesan orang2 alim jangan sesekali mengeluh bila musibah menimpa. Perbanyakkan istighfar...

Makin dekat nak tutup sekolah makin banyak keje yang tak beres bila dicheck. Tahun ni, kerja abi tak menentu sikit al maklumlah dapat ahli baru dalam keluarga. Allah berikan satu hadiah istimewa untuk kami  sekeluarga. Ahmad Affan Hakimi. Bila balik rumah tak dapat pegang lagi sebarang kerja sekolah. Mesti fokus pada Affan dan ummi. Tak boleh nak berikan pada ummi sorang2 yang jaga baby.

Siang harinya abi terpaksa turun kerja lagi. Bikin majalah sekolah bersama 2 orang student. Abi mintak pertolongan diorang tu supaya jangan balik kampung lagi. Berkampunglah diorang tu kat SAIS selama 4 hari. Alhamdulillah Allah mudahkan kerja buat abi untuk sekolah.

bersama syafiqah dan Anis dalam perjalanan ke kedai makan. makan tengahari disponser oleh Abi Muza!

Wednesday, November 8, 2017

Marking paper

Baru siap marking paper Pendidikan Islam...mulai pukul 930 malam habis pukul 1230 pagi....huhu..dahsyat kali ni. Selagi tak berbunyi dalam wasap grup sekolah 'tarikh akhir' key in markah selagi itulah pen merah ni tak bergerak. Bila dah berkokok SU Pep dalam wasap grup baru lah laju dan berair mata nak marking.

Itulah perangai buruk abi yang pasti susah untuk diubah sejak turun temurun semenjak jadi cikgu. Dah jadi habit dan sebati. Korang pun mesti ada habit juga kan yg susah nak diubah?? Kalau ada tu jangan lah sampai menyusahkan orang lain yer?

Ok...awal2 pagi esok nak berebut dengan cikgu2 lain untuk isi markah. Harap dapat nombor 1 dan giliran pertama. Doakan abi ye!

Mengantuk dah mata ni.....

Tido dulu.....wassalam....

Wednesday, August 9, 2017

siap...

Baru siap mengedit butir@isi yang nak dibuat bunting. Bunting tu nak lekatkan kat dinding di lobi pejabat SAIS. Kerja yg diberi 2 minggu yg lepas baru siap pagi ni. Jam menunjukkan pukul 1.52 pagi.huhuhu..

esok pagi serahkan pada Syaidan mintak tolong dia hantarkan pd syarikat percetakan.

Rasa lega sikit kepala sebab 95% siap. Tunggu cetak je lagi.

Ok,,,nak gi minum cuka epal + madu sebelum zzzzzz...

selamat malam.

Tuesday, August 8, 2017

SKPMG2

Ari ni rasanya tak boleh nak stay sampai ke petang di sekolah. Kepala rasa pening semacam. Tak boleh nak fokus pada kerja. pikir pun serba tak kena . Jangkaan pentadbir nazir nak maghi check fail minggu depan. Sekitar 13 hb gitu. Boleh rebah nunggeng gini!

SKPMG2....penangannya membuatkan semo cikgu pening ppalo termasuk abi. Sekarang ni Bahasa Arab ada fail masing2. Sudah dipecahkan daripada bahasa2 antarabangsa yg lain.Kena cerai katakan. Cerai talak 'Bain'.huhu.Tak leh rujuk lagi. Kalau dulu satu fail. Sekarang tidak.

So, tepaksalah abi bertungkus lumus daripada '0' ...huhu...jeng kreng gini...Mana nak 'gaga' segala eviden bagai...Tuhan sajo yang tau.Kito wat kijo sore diri....Allahu musta'an.

Ari ni balik awal. Rasanya nak beli ayam. Tolong wife masak. Kasi hilang stress keje. Masak lagi best daripada susun@cari eviden...kalau rajin malam ni abi pergi ke bilik guru lagi. Ataupun stay kat rumah buat keje. Ya Allah berilah daku kekuatan untuk mengharungi hidup ini.

Thursday, January 12, 2017

siapkan apa yang patut

Sehari dua ni ruang masa yang ada banyak abi habiskan dengan menyiapkan RPH (Rancangan Pengajaran Harian) yang kena hantar pada khamis ni. Banyak juga kena adakan yang tiada. Entahlah ada ke tak. Tapi kot2 mana pun yang wajib ada kena adakan juga. 

Tapi memang abi buat cool jer. Yang penting rancangan harian siap dan rancangan tahunan siap. yang lain2 mcm nama budak2, surat pekeliling,.... yang tu kita siapkan kemudian. Hari ni dah nak hantar!

Kena hantar juga hari ni. Malas nak bertangguh. Kalau bertangguh nanti banyak yang kena buat lagi.


Cikgu2 lain pun napak busy semacam jer blake. Memang kena press kami ni. Tak press takkan menjadi. Tapi jangan la press kuat2 dan banyak2..huhu

Wednesday, July 20, 2016

Gas abis

Semalam amat terasa badan terlalu letih. Entah kenapa. Mungkin tidur tak cukup. Biasanya gitulah. Tapi nasib baiklah sikit kelas kurang. So, pergerakan kurang. Dapat la buat kerja yang belum setel lagi. 

Tengah buat kerja datang la bebudak dari rumah Kuning, minta tolong belikan keperluan untuk buat "showcase" katanya. Nak segera kata mereka. Esok perlu dihantar dan disiapkan. 

"Ya Rabbi......keluh abi dalam hati."

InsyaAllah saya akan usahakan dan hantar pd malam ini. Tu jer jawapan yang dalam keletihan. Dalam keletihan itulah kita sering diuji. Diuji dengan orang di sekeliling. Diuji dengan karenah anak murid, anak di rumah, suami maupun isteri, rakan sahabat dsbnya....huhu...

"Ya Allah gagahilah aku untuk hadapi semua ni..."

Usai solat maghrib berjemaah bersama anak2 dan isteri2 isteri, terus abi gagahi memandu kereta ke PKT. Mencari dan terus mencari. Oh yer, sebelah petang tadi pun dah pergi beli juga barang2 tapi belum habis lg.

Alhamdulillah setel beli barang, terus hantar kepada budak di sekolah.

Dalam keletihan ada semangat, itu yang abi pinta. Kesian tengok pada budak yang bersemangat untuk menjayakan projek tu. Ke hulu ke hilir cari guru untuk beli barang keperluan. 

"Ya Rab, terimalah ia sebagai amal ibadahku"

Letih sesangat....







Sunday, July 3, 2016

Cinta itu pergi dan kembali

Malam ni adalah malam yang terakhir abi bersama ahli qaryah Surau Al Falah berterawih. Rasa sayu hati pulak hati bila mengenangkan penerimaan ahli qaryah yang serba kekurangan ini. 

Usai bersalaman, kami moreh sama2. Dalam sembang2 abi minta maaf seandainya semasa mengendalikan solat terawih ada yang tak puas hati ke....lambat sangat ker..dan sebagainya...terus terang abi cakap abi memang tak pandai nak baca laju2 macam sesetengah tempat. 

Salah seorang ahli qaryah menjampuk cakap abi. "kalau laju sangat, semput kami ustaz!"
Dalam nada penuh gurauan abi mencelah " ambo pun enjin lamo juga nih...nak laju2 tokleh dah..."

Seorang ahli qaryah muslimah datang dan mencelah " tenang rasa hati bila dengar ustaz baca"...

Sayu pulak rasa hati bila ada yang kata begitu pada abi. Abi bukannya hafiz Al Quran atau ahli quran. Nak baca surah2 besar jauh sekali sebab tak hafal quran. Hanya sempat hafal beberapa ayat sahaja daripada mana2 surah. 

Alhamdulillah jika mereka dapat menerima bacaan abi seadanya...syukurlah. Memang susah untuk melayan karenah dan memenuhi hajat orang kampung ni lebih2 lagi kita yang pendatang ni hanya menumpang kasih di tanah air orang. 

Ramadhan bakal pergi dan akan kembali pada tahun hadapannya. Cinta Ramadhan itu hanya akan lenyap dalam beberapa hari dan episod sahaja lagi.InsyaAllah cinta Ramadhan akan datang lagi menemui kita jika Allah izinkan pada tahun hadapannya. 

"Ya Allah,pertemukanlah daku dengan Ramadhan pada tahun hadapannya....sesungguhnya aku masih merinduinya....Amin"

Monday, March 28, 2016

i'm okay but.....

alhamdulillah thummal hamdulillah....

I'm okay but....a haven't no much time to write something at this entry.

Im trying to open my laptop but it' still no strong @ no power in my self. 

Correctly, i heard from anyone ....writing is the power for imaging in our mind. 

Just inform  to you all...i'm not lazy but i'm busy.... 

sori tetiba kuar omputih dlm entry kali ini...



Monday, July 13, 2015

bersedih lah wahai hati

Dah jadi lumrah alam setiap yang datang pasti akan kembali. Datangnya dengan penuh kegembiraan walaupun tanpa dipinta untuk bertamu. Pertemuan itu indah bukan ? seolah romeo n juliet yang dah lama terpisah akhirnya bertemu jua.... Oh sungguh aku rindukan mu.....

Kini ia bakal meninggalkanku...meninggalkan kita semua. Agak lama ia bersama kita. Macam2 yang ia dah lakukan buat kita semua. Beri rahmat, beri maghfirah dan akan membebaskan daripada seksaan neraka. Kalau kita melayannya dengan baik, berterawih, meninggalkan mungkar, bertadarus, berzakat dan banyak lagi untuk menambat hatinya. Insya Allah pulangannya atau upahnya pasti lumayan.


Bersedih lah wahai sang hati bukan bermakna kita lemah semangat kerananya tapi terharunya kita apabila kita tidak dapat melakukan yang terbaik seperti mana salafus soleh yang terdahulu. Kekangan dan kesibukan kerja yang menyebabkan kekadang kita lupa untuk memeriahkannya. Sungguh hati ini ingin bersedih kernanya!

Teringat nostalgia lama di tanah haramain, tatkala imam Sudais mengalunkan bacaan ayat2 suci berderai air mata membasahi kelopak mata. Bercucuran ke pipi. Kedengaran isakkan2 kecilan daripada tetamu Allah di bulan suci.  Sungguh .....puasa di tanah suci benar2 menginsafkan diri ini apatah lagi terasa kerdilnya hamba ini di hadapanNya. 

Bersedihlah wahai sang hati, entah ada jodoh atau tidak tahun hadapannya bersua kembali. Jika takdir maut masih jauh lagi insyaAllah pasti ketemu lagi. Andaikata tidak maka terimalah amalan hambaMu ini seadanya dan diganjari seumpama malam Al Qadar. Amin. 



Saturday, April 18, 2015

hati sebak dan menangis




Tengah2 duk belek gambar2 maka mata abi terpaku ke arah beberapa keping gambar. Hati terus sebak dan tanpa disedari air mata berlinangan di kelopak mata. Sedikit demi sedikit ia mula bercucuran membasahi pipi. Abi menangis sepuas2nya pada waktu itu. Emosi juga abi rupanya...

Oh, Ya Allah abi mengimbau nostalgia lama. 20 tahun lebih kebelakang saat bergelar seorang pelajar di SMKAF. Saat begini tak abi rasakan pd waktu itu kerana ayah amat sibuk dengan urusan kerjanya. Kurang ambik cakna sangat katakan. Itulah yang membuatkan abi terkilan. Namun sebagai seorang anak abi percaya bhw ayah memberikan kepercayaan yang penuh kepada sekolah dalam memberikan pendidikan kepada abi.

Terima kasih ayah dan terima kasih SMKAF kerana berjaya membawa abi ke tahap sebegini. 

Ya Tuhan, jagakan dia....dia ayahku....dia milikku....huhu

Friday, February 27, 2015

m a l a ssssss

Malas tahap gaban nak menulis....

Malas sangat.....

Malas teramat sangat...

Malas yang tak disengajakan...

Malas sehabis-habisnya....

Malas nak citer...

Malas nak bohong...

Malas nak tipu...

Malas dan takde mood...

Malas dan boring ....

Malas dan menyampah....

Malas dan berat tulang ....

Malas dan .............!@#$%^&**

Tuesday, December 16, 2014

Majalah Oh Majalah

Sebahagian musim cuti ni dihabiskan untuk mengedit majalah sekolah. Bahan-bahan semua dah ada cuma baki yang tinggal adalah untuk susun semula supaya teratur. Susun ikut folder masing-masing.

Nak disetelkan sebelum cuti sekolah ari tu memang tak sempat memandang keje2 lain pun banyak juga yang belum beres. So, terpaksa diutamakan apa2 yang patut didahulu.

Minggu pertama dan kedua cuti memang tak sentuh apa2 tentang majalah. Pergi jalan sana sini. Buat urusan untuk ummi dan anak2. Tak pikir pasal urusan sekolah @ keje lagi. Bagi otak fresh sikit sebab dah banyak fikir sebelum cuti ari tu. Alhamdulillah sempat juga pergi jalan sampai ke Kuantan.

Masuk minggu ketiga abi dah bersiap sedia untuk bertempur semula dengan majalah sekolah. Huhu..cuti terganggu sedikit. Takpolah niat beribadah, InsyaAllah dapat pahala :)


sebahagian daripada koleksi peribadi majalah sekolah lama


Tuesday, December 2, 2014

nasi RM1.50 vs nasi RM4

Errmmm, rasa nak membicarakan @ menceloteh sepatah dua kata tentang nasi. Nasi yang dijual pada waktu pagi atau lebih mesra dipanggil nasi bungkus (di kalangan ore Kelate).

Kalau di Setiu ni, macam2 harga nasi boleh jumpa dan macam2 size juga bole jumpa. Masuk jer restoran untuk bersarapan pada waktu pagi,alamaknya tak jumpa lah dengan nasi RM2. Mungkin harganya bole mencecah RM3 @ RM4. Mungkin ada yang jual RM2 sepinggan tapi bukan di restoran tapi di warung2 kecil.

Kebiasaannya pada cuti hujung minggu, abi akan mendapatkan beberapa bungkus nasi untuk keluarga. Tempat yang selalu jadi pilihan ialah di sebuah kedai makan di Kg Buloh@Permaisuri. Kedai tersebut tidak menyajikan makanan yang bermasak tetapi hanya menyediakan nasi2 bungkus seperti nasi lemak, nasi minyak dan nasi berlauk (ayam gulai). Pun begitu ada juga menyediakan roti canai dan roti tempayan.

Tapi yang paling abi suka ialah nasi lemaknya yang murah. RM1.50 jer. Dah la murah sedap pulak tu. Memang berbaloi la kalau nak makan pagi@sarapan. Setakat nak kenyang sampai tengahari tu boleh la. Mana lagi nak cari nasi dengan harga sedemikian! Lebih2 lagi di zaman minyak naik ni.

gambar hiasan. nasi lemak RM0.80 sen...diambil daripada blog http://nyyzza.blogspot.com

Bagi abi bagus pergi ke warung2 jer untuk membeli nasi bungkus. Atau dapatkannya di kiosk tepi jalan yang ada menjual nasi2 bungkus serendah harga RM2.

Pernah juga abi jumpa mee goreng atau meehon goreng yang masih lagi dijual dengan harga RM1 di warung berdekatan SM Tengku Ibrahim dan kedai berdekatan padang Sg Tarom. Harga mesra rakyat khasnya untuk budak2 sekolah.

Moga Allah memberkati jurujual yang masih lagi berkhidmat dengan jualan murahnya, bukan untuk mencekik darah customer tapi atas sikap ingin menolong sesama insan.





Monday, November 10, 2014

kedai kopi a.k.a wasap kedai kopi

Dalam hidup ni kita perlu bersahabat. Oghe Kelate kata ssaing. Dalam bekerja pun keno ssaing. Baru lah kijo kito sene. nak wat gapo2 pong sene!

kesimpulannyo, hidup ni perlu ssaing ngan oghe. Kalu tak ssaing kito pikir tak supo mace oghe lain pikir...tak samo dale tindak tanduk

perbincangan kedai kopi bukan untuk mengata @ menggossip

Semmi a.k.a cikgu Suhaimi oghe Maghang

lebih mesra dipanggil Pok Nang. Salah seorang Pilot SAIS

celoteh kecil...

assalamu'alaikum wbth,

Amat lama untuk tidak mencoretkan kalam luahan rasa hati dalam blog ini. Allah menyibukkan diri abi dengan pelbagai kerja duniawi yang perlu disetelkan dalam masa yang suntuk ini.

Boleh dikatakan dalam bulan ini, abi menghabiskan masa di sekolah dengan membuat penggambaran majalah. Baik untuk persatuan@kelab mahupun kelas. Kini penggambaran hampir selesai sepenuhnya. Tunggu lagi masa untuk mengedit...

Nasib baiklah rakan partner sedia berkongsi tenaga mencurahkan masanya untuk menolong abi juga. Terima kasih Cg Yani@Ilyani Firdayu atas kesudiaan menyiapkan penggambaran walaupun berbadan dua!


Setiap kali selepas solat Subuh, abi berdoa pada Allah agar dimudahkan segala urusan pekerjaan pada hari ini.Tidak tergendala dan tidak terbantut. Walaupun pada hakikatnya  penggambaran ini direncanakan bermula pada pertengahan Jun yang lepas. Banyak kekangan demi kekangan masa dan aktiviti sekolah yang datang secara tetiba. Akibatnya abi terpaksa mengalah dalam percaturan ini.

Memang nampak mudah SEKALI tengok dalam pembikinan majalah ini. Sesiapa pun boleh cakap. Tapi kalau DUA KALI tengok sesiapa pun akan menolak dalam memikul amanah ini.Sekadar nak cakap bolehlah. Setiap kali berseloroh memang ada yang akan menolak. Itulah duniaku...

Walaupun begitu abi masih tetap boleh memberi senyuman untuk orang lain!


Thursday, August 21, 2014

Dosa semalam

Terasa amat susah melupakannya
bagaikan ianya baru melanda
tatkala nafsu dan syaitan durjana
bertapa di hati merampas takhta

Perit rasanya bila dikenang
terasa jauhnya diriku dari yang Maha Agung
Iman hanya senipis kulit bawang
tak mampu melawan walaupun setajam pedang

Ya Rabbi...
Dikaulah yang mencipta segala isi
Puas sudah aku tangisi
berbekalkan taubat di malam hari

Ya Rabbi...
berilah aku kekuatan diri
agar ianya tiada berulang lagi
agar tidak menyesal kemudian hari...

Amin

Tuesday, August 5, 2014

Ajaibnya Ukhuwwah itu

Uh..rasanya malam ni tidur lewat lagi. Malam semalam dah tidur lewat kerna menjaga anak kecil yang kurang sihat. Mata dapat bertahan hingga jam 100 pagi saja. Sinergi dah habis. Terus abi mengejutkan ummi dari tapak peraduannya...."take my turn" lah kononnya...

Malam ni si kecil zzzzzz dengan lenanya. Lena tak lena pun menghampiri jam 12 tengah malam. Selepas penat bermain mengikut etikanya yang tersendiri maka tertutuplah matanya. 

Yang hairannya mata si abi masih lagi gagah untuk terbuka. Mungkin sebab malam td dah diajar zzzzzz lewat. Agaknya lah. Selepas berbual panjang dengan seorang sahabat melalui teknologi wasap, mata tak dapat dilelapkan. Macam2 perkara yg dibualkan. Pendek kata dari A sampai Z. Selagi tak habis bateri selagi tu lah terus bersembang! Tq wasap!

Ajaibnya ukhuwwah itu...sahabat yang abi baru kenali itu (secara serius) dalam sehari dua ni,,, seolah2 ianya dah berkurun lamanya. . Terima  kasih wahai sahabatku atas kepercayaan yg diberi walaupun dua hari mengenaliku. 


  Memang betullah kata orang ...awal perkenalan itu salam, senyum dan sapa.  Maaf wahai sahabatku! 


terima kasih sahabatku....

1.24 am

Wednesday, June 11, 2014

puisi sufi abi


coretan sufiku

Mungkin ada hikmahnya
Dia merencanakan semua ini terjadi ke atas diriku dan keluargaku
tanpa ku pintu ia datang kepada kami
menerjah anak kecilku
yang belum tau erti kehidupan yang sebenarnya

sakitnya tiada terperi
hanya dia sahaja yang mengerti
kerna dia empunya diri
bait-bait manja darinya...abi...abi...abi...
DIA lah Tuhan lebih mengerti
untuk menurunkan mehnah dan tribulasi
agar hambanya tau nikmat mensyukuri

tatkala senang harus disyukuri
mahupun susah harus disabari
itulah dia kehidupan duniawi
untuk peringatan setiap insani
kerna maut bakal mengunjungi
marilah kita persiapkan diri

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.