Usai bersalaman, kami moreh sama2. Dalam sembang2 abi minta maaf seandainya semasa mengendalikan solat terawih ada yang tak puas hati ke....lambat sangat ker..dan sebagainya...terus terang abi cakap abi memang tak pandai nak baca laju2 macam sesetengah tempat.
Salah seorang ahli qaryah menjampuk cakap abi. "kalau laju sangat, semput kami ustaz!"
Dalam nada penuh gurauan abi mencelah " ambo pun enjin lamo juga nih...nak laju2 tokleh dah..."
Seorang ahli qaryah muslimah datang dan mencelah " tenang rasa hati bila dengar ustaz baca"...
Sayu pulak rasa hati bila ada yang kata begitu pada abi. Abi bukannya hafiz Al Quran atau ahli quran. Nak baca surah2 besar jauh sekali sebab tak hafal quran. Hanya sempat hafal beberapa ayat sahaja daripada mana2 surah.
Alhamdulillah jika mereka dapat menerima bacaan abi seadanya...syukurlah. Memang susah untuk melayan karenah dan memenuhi hajat orang kampung ni lebih2 lagi kita yang pendatang ni hanya menumpang kasih di tanah air orang.
Ramadhan bakal pergi dan akan kembali pada tahun hadapannya. Cinta Ramadhan itu hanya akan lenyap dalam beberapa hari dan episod sahaja lagi.InsyaAllah cinta Ramadhan akan datang lagi menemui kita jika Allah izinkan pada tahun hadapannya.
"Ya Allah,pertemukanlah daku dengan Ramadhan pada tahun hadapannya....sesungguhnya aku masih merinduinya....Amin"
No comments:
Post a Comment