Sunday, July 24, 2016

cerita abi dan klinik

Semalam sepatutnya dijadualkan memberikan kuliyah maghrib di Surau Al Falah. Tapi memandangkan anak abi yg ke 3 sakit tangan berkudis terpaksalah dibatalkan. Sekitar pkl 830 pm pergilah abi bersama Furqan dan abang2nya ke sebuah klinik di Setiu ni. Memang ramai orang. Hampir kesemua klinik. 

Tapi hati terpaut untuk memilih " Klinik X ". Entah kenapa. Tak tau. Selalunya abi  pergi ke klinik yang satu lagi tu. Selepas register, tunggu punye tunggu .....punye lah lama dah dekat hampir satu jam. Doc tak kunjung tiba. Pesakit makin ramai. 

Abi lihat ada antara pesakit yang tak sabar terus cabut balik. Ada juga yang beli ubat sahaja. Dan ada yang masih lagi bertahan untuk menunggu doc. 

Jarum jam di tangan dah hampir menunujukkan pkl 10 malam. Anak2 dah mula gelisah dan ajak nak balik. Mengantuk mata kata mereka.So, fikir punye fikir abi ambil keputusan untuk balik juga. Maklumlah kalau ikutkan mata dan kepala pun rasa hanyut dan terapung jg pd masa tu. 

Terus start enjin keta....dan cabut....

dalam hati abi, terus berkata2...."nak buka klinik sangat tapi maghi lewat...baik takyah buko...wat harap ko oghe jer nunggu". Kalau tak dapat datang ker, datang lewat ke, knp tak pesan awal2 kpd yg jaga kaunter tu yg doktor ni akan dtg lewat dan seumpamanya. Pastu maklumkan pada pesakit. 

Kadang tu rasa geram jg nak gi ajar. Memang ada jg la sakit ati sikit2.


****************************************************

moral of the story....bila kita ada bermuamalat dengan orang,hati orang perlu dijaga. Jaga perasaan mereka. Barulah rezeki tu masyuk banyak. Rezeki laris! 

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.