Showing posts with label Fiqh Haraki. Show all posts
Showing posts with label Fiqh Haraki. Show all posts

Monday, May 13, 2019

Dakwah & Surau tugas siapa?

Alhamdulillah puji dan syukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya kepada kita semua. Khususnya nikmat Iman ke atas diri kita.

Kedengaran kata2 yang tak manis didengar bagi abi ialah ustaz dan ustazah lah yang sepatutnya menggerakkan surau dan bukannya orang lain (cikgu). Bagi abi ia adalah satu pandangan atau pemahaman yang salah tentang konsep dakwah itu sendiri. Siapakah penggerak ???

Kalau dilihat dari segi kaca mata Islam dakwah itu adalah kerja semua orang baik dia ustaz atau pun tidak. Dakwah itu adalah kerja mengajak kepada Islam, menyeru kepada yg makruf dan mencegah yang mungkar. Jadi itu kerja semua orang Islam tanpa melihat kepada latar belakang.

Semua daripada kita ini adalah layak untuk berdakwah tetapi dengan cara yang pelbagai. Ada yang berdakwah dengan lisan seperti berceramah sana sini. Ada juga yang melalui penulisan seperti menulis tentang islam dalam blog, fb, tweeter dan lain2 lagi. Ada yang berdakwah melalui seni seperti lakonan. Dan banyak lagi kerja2 dakwah yang kita boleh masuk dan ceburi. Pendek kata nak atau tak nak sahaja.

Bila kita dah tau dakwah itu tugas siapa maka tak timbullah siapa yang akan jaga surau. Dengan erti kata lain siapa yang nak imarah/menghidup kan surau. Setiap daripada kita lah yang mukallaf sepatutnya memainkan peranan. Bukannya terletak atas bahu ustaz/zah sahaja. Kalau letak ataz bahu ustaz/zah sahaja berapa keratkah mereka yg ada???

Dalam organisasi sekolah, jika setiap guru memainkan peranannya dalam "berdakwah" kepada murid2, abi yakin dan percaya murid2 akan terkesan dan terdidik dengan sendirinya. Berdakwah itu bukannya bagi tazkirah sahaja tetapi dakwah bil hal itu pun suatu yg penting juga. Dakwah bil hal itu adalah tingkah laku dan perangai yang baik.

Jadi, marilah para guru / pendidik kita sama2 gemblengkan tenaga demi dakwah Islam untuk anak2 didik kita. Dengan dakwah yg kita lakukan ini abi percaya akan turunnya rahmat Allah ke atas anak2 murid tersebut. Bila mana turunnya rahmat, inshaAllah akan turunnya kejayaan dan kecemerlangan.

Jom geng kita berdakwah!

Saturday, June 18, 2016

seandainya ia yg terbaik buatku...

Bila kita hidup bermasyarakat ni, amat susah sikit untuk bergaul dengan orang kampung.Rumah baru bertapak katakan. Maklumlah baru jadi ahli baru. Bukan senang nak masuk dalam masyarakat ni apalagi nak tonjolkan diri. Orang sana sini tak kenal banyak lagi. Ada lah seorang dua tu yang dikenali macam Cikgu Zaha,Pok Sir, Pok Su Air Tuak, Pok Teh Daud, Pok Long dan beberapa orang lagi. Yang pasti abi ingat geng satu tempat kerja- Us K.A dan Cikgu Fakaluddin aka cg din. 

Nak ke surau pun rasa malas jg. Ada lah beberapa kali. Boleh kira dengan jari. Banyak dihabiskan ibadat di Masjid Putera Jaya.Seronok. Luas pun luas. iktikaf pun dapat. 

Alhamdulillah baru2 ni dapat jumpa satu surau berdekatan dengan rumah abi juga. Surau Al Falah namanya. Berhampiran dengan tangki air Kg.Pak Kancil. Bermula dengan perkenalan yang ringkas dengan Hj. Lah (orang yg jaga surau kat situ). Beliau mempelawa abi untuk ke situ sambil mengimarahkan surau tu yg jemaah tak la berapa ramai sangat.

malam pertama solat terawih di situ abi dah dibisikkan oleh Hj.Lah untuk memberi sedikit tazkirah ringkas selepas 4 rekaat solat terawih. Alhamdulillah undangan itu abi sahut. 

Malam kedua dan ketiga pun sama abi dijemput lagi untuk menyampaikan tazkirah ringkas untuk jemaah yang hadir. Hanya sekitar 15-20 orang sahaja. 

Syukur lah abi dah mula mengenali beberapa individu surau kat situ. Itulah perkenalan yang akhirnya membawa kepada bibit2 cinta kpd ahli qaryah dan surau. 

"Ya Allah, seandainya ia yang terbaik buatku....maka Engkau dekatkanlah hatiku padanya dan tambatkanlah hatiku padanya demi untuk menyebarkan secebis agamaMu buat mereka. ..........SuRaU Al FaLaH, Kg Pak Kancil Dalam..."

Sunday, February 9, 2014

Tuesday, February 15, 2011

Dengan kelemahan yang ada....

Salam Maulidurrasul 1432 H diucapkan kepada semua blogger2 yg membaca blog dan mengunjungi blog abi.

Dah lama tak isi dengan cerita2 dalam blog ni. Maklumlah otak rasa letih pabila balik dari kerja. Tangan ada juga gerak2 nak on komputer tapi tak kesampaian. Itulah kelemahan abi yang ada...

Bila tiba bulan Maulud ni, kebanyakan di surau2 dan masjid2 sibuk nak cari penceramah utk bagi ceramah ttg maulud. Kali ni abi kena bagi ceramah kat Surau Darus Salam, Taman Bumiko. Tak jauh dari rumah.

Masjid & surau hauskan ilmu
Banyak lagi masjid2 dan surau2 tak diisi dengan ceramah2 maulud. Mana pergi "mereka" yang lain ni? Kalau nak ikutkan diri abi sebenarnya pun tak layak juga bergelar penceramah. Kita taklah setanding dan sehebat mereka di semenanjung seperti TGHH, TGNA, Mahfuz, Dato' Sri Anwar, Dr Mujahid, Ust Nasruddin Tantawi dan banyak lagilah....tak terbilang dek jari ...tapi bila difikirkan apalah gunanya kita yg bergelar guru ni tak aplikasikan ilmu yang ada. Boleh bercakap dalam kelas, kenapa tidak boleh bercakap di surau? Pedagogi tak samakah? Kalau masih berdiam diri maka lambatlah Islam itu nak sampai ke masyarakat.

Berceramah dengan nada bercakap
Ramai yang tak faham bila dijemput sebagai penceramah, terbayang di fikiran seolah2 ceramah berdentam dentum. Bersemangat dan mempunyai suara yang lantang berbicara. Petah bercakap. Bagi abi kalau nak diikutkan itu semua, maka kriteria di atas tiada dalam diri abi. Adakah itu bermakna kita tak boleh bercakap? Ya, kita harus bercakap dan menyampaikan Islam kepada masyarakat walaupun dengan kelemahan yang ada dan serba kekurangan.

Mengasah bakat yang tiada
Abi dapat rasakan perubahan diri yang berlaku. Dulu amat rasa takut bila berhadapan dan bercakap di khalayak ramai apatah lagi memberi ceramah agama. Bila dah dibiasakan sebegitu maka sedikit demi sedikit ketakutan akan hilang dan dapat melatih kita untuk menyusun percakapan dengan baik. Sebagai contohnya, pada awalnya kita tak pandai bermain badminton, lama kelamaan bila dah sentiasa beriadhah maka kita akan dapat skill @ kemahiran bermain badminton. Cukup simple kan! Kalau kita ada hobi dan mendalami hobi itu betul2 maka kita lebih tahu selok beloknya. Jom asah bakat yang tiada menjadikannya ada dalam diri demi kepentingan ISLAM. Maaf, jangan terasa,,,,jangan sibukkan diri berjam2 untuk berdakwah di alam cyber. sibuk2kan diri ke masjid2 dan surau2.

Kenapa bukan kita ?
Seringkali terjadi tolak menolak dalam usaha dakwah ini. Kaulah dulu,aku tak pandai. Aku tak boleh. Aku belum bersedia. Wahai sahabat....komunikasi itu akan berkesan jika apa yang kita sampaikan difahami oleh pendengar. Bukak mulut, bercakaplah. Tak semestinya lantang bersuara seperti Suharto. Mempunyai metafora dan bahasa berbunga2. Oleh itu siapa lagi kalau bukan KITA.

Tuesday, February 16, 2010

Jangan ambil hati

Pesanan buat mereka yang berkecimpung dalam mana-mana organisasi jemaah atau badan-badan amal agar "jangan ambil hati".

Hidup tak selalunya indah,,,kekadang ada juga ribut yang melanda. Apabila ribut melanda maka banyaklah yang akan berlaku. Manusia yang ada dalam organisasi adalah bermacam-macam pe'il perangainya. Walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Itulah senario yang melanda hampir ke semua parti politik di tanahair. Tidak kira UMNO, PAS atau PKR. Biasa kita dengar banayak yang keluar dari parti. Lompat parti sana dan sini.

Apabila berlakunya pergeseran dalam sesuatu hal, maka janganlah mudah untuk bermufarakah iaitu menjauhi diri daripada organisasi atau jemaah. Ianya bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan dan kemusykilan. Ambillah jalan perbincangan atau bermesyuarat. Jika tidak kemungkinan - kemungkinan besar akan timbul seperti su' dhan (buruk sangka), kecil hati dan sebagainya. Maka akan timbullah cakap-cakap dari belakang yang lama kelamaan boleh membawa kepada permusuhan dan kepincangan sesuatu organisasi.

Justeru, kembalilah kepada Al quran dan As sunnah dalam menyelesaikan masalah ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
" dan sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu hal maka kembalillah kepada Allah dan rasulnya "...

Maka sayugialah diingatkan kepada mana-mana jemaah khususnya Jemaah Islamiah agar tidak mengambil hati dengan kata-kata atau pe'il perangai ahlinya sebaliknya tanganilah dengan cara yang berhemah dan tidak memulaukannya. Yang penting selagi mana kita berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah, maka kita berada di jalan yang betul. InsyaAllah.

Wednesday, July 8, 2009

Kejemuan dalam dakwah

Pendahuluan

Manusia diciptakan Allah Taala dengan pelbagai sifat dan tingkahlaku yang menunjukkan betapa berhajatnya mereka kepada bantuan dan pertolongan. Sifat-sifat seperti resah gelisah, takut, kecewa, bosan, malas dan sebagainya adalah gambaran kelemahan diri manusia itu sendiri yang diciptakan sebagai hamba Allah. Kelemahan dan sifat serba kekurangan ini boleh mendedahkan manusia kepada keadaan murung dan berputus asa yang akhirnya akan membawa mereka kepada hilang pergantungan dengan rahmat Allah Taala.

Sabda Rasulullah s.a.w: إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة

Maknanya: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh(cergasa) dan setiap kecergasan ada masa jemu...”. Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Tirmizi.

Suasana persekitaran, pergaulan, kejahilan, kecintaan kepada dunia dan tiadanya murabbi adalah antara faktor kemurungan dan kebosanan dalam melaksanakan perintah Allah Taala. Ia samada berkaitan dengan ibadah mahupun dalam kerja-kerja dakwah. Keadaan ini adalah perlu diberikan perhatian kerana bimbang ia akan menjadikan seseorang itu hilang rasa nikmat beribadah dan berjuang di jalan Allah. Kertas kerja ini akan memberikan fokus perbincangan kepada kebosanan di dalam amal Islami yang sering melanda amilin dalam dakwah yang akhirnya menjejaskan gagasan yang telah digariskan di dalam perjuangan.

Definisi ’Al-futur’.
Menurut Mukhtar Al-Sihhah, Al-Futur itu bererti lemah, tumpul. Manakala Al-Raghib Al-Asfahani di dalam Mufaradat Al-Quran menyatakan bahawa erti Al-Futur ialah diam selepas bergerak cergas, lembut selepas keras dan lemah selepas kuat.Ibnu Hajar rahimahullah berkata bahawa Al-futur ialah:
" الملال استثقال الشيء، ونفور الناس عنه بعد محبته، وهو داء يصيب بعض العباد والدعاة وطلاب العلم، فيضعف المرء ويتراخى ويكسل، وقد ينقطع بعد جد وهمة ونشاط. وفي القرآن الكريم قال الله تعالى مثنيا على الملائكة: [ يسبحون الليل والنهار لا يفترون ]

Maksudnya:Bosan, berat untuk melakukan sesuatu dan orang lari darinya selepas awalnya suka kepadanya. Ia adalah penyakit yang menimpa sebahagian hamba, para daie dan penuntut ilmu. Seseorang itu akan jadi lemah, bertangguh dan malas. Seterusnya meninggalkan dari melakukan sesuatu selepas awalnya ia bersungguh dan cergas. Di dalam Al-Quran Allah Taala memuji para MalaikatNya dengan berfirman: (( Mereka (para Malaikat) bertasbih malam dan siang tanpa jemu )).

Sebab-sebab Al-Futur dalam Dakwah.Bagi seseorang yang terlibat dengan gerakan dakwah ia tidak boleh lari dari sifat sebagai manusia biasa yang terdedah kepada kebosanan dan kejemuan dalam dakwah. Bahkan para sahabatpun ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w bilakah kemenangan akan tiba kerana sudah bosan dengan tentangan hebat dari golongan musyrikin. Dalam dakwah kebosanan berlaku samada akibat dari kelewatan mendapat kemenangan atau berpunca dari terjadi berbagai ujian yang berat kepada pejuang Islam.

Allah Taala berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 42:Yang Maksudnya: Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu."

Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”.Kebosanan dan kejemuan dalam dakwah adalah berpunca dari dua faktor utama iaitu faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran:

A. Faktor-faktor dalaman
1) Kejahilan yang menimbulkan keraguan kepada kesahihan tanzim.
2) Lemah amal ibadah.
3) Kurang mengamalkan sunnah dalam kehidupan harian.
4) Berlumba memperolehi populariti dalam dakwah.
5) Tidak berdisiplin dan kerja tidak tersusun.
6) Sentiasa berburuk sangka sesama ikhwah.
7) Tidak menghadiri tarbiah.
8) Tidak menghadiri aktiviti jamaah.
9) Tidak bersederhana/melakukan sesuatu secara melampau.
10) Tiadanya aktiviti Istirahah Al-Nafs.
B. Faktor-Faktor Luaran.
1) Jamaah tidak memberikan peningkatan kepada diri.
2) Ikhwah dalam jamaah tidak bersifat terbuka.
3) Tanzim yang bercelaru.
4) Aktiviti yang membosankan.
5) Kepimpinan yang tidak memberikan contoh yang baik.
6) Perpecahan dalam jamaah.
7) Serangan bertubi-tubi dari musuh.
8) Kemewahan hidup yang menamkan rasa selesa dengan apa yang ada.
9) Pengaruh wanita.
10) Pengaruh keluarga dan anak-anak.
11) Tekanan di tempat kerja.
12) Kekalahan dalam peperangan dengan musuh.

Faktor-faktor di atas adalah penyebab kepada timbulnya Al-Futur di dalam diri pejuang-pejuang Islam. Sebagai contoh ialah kekalahan, ia boleh menyebabkan hilang keyakinan untuk meneruskan perjuangan seperti berlaku di dalam perang Uhud. Apabila umat Islam ditimpa kekalahan, ramai yang mula kecewa, hilang keyakinan dan rasa bimbang dengan masadepan Islam. Lalu Allah Taala menjelaskan sendiri mengapakah kekalahan berlaku dengan firmanNya:Yang maksudnya: Dan Mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu Telah menimpakan kekalahan dua kali ganda kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, Maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah, dan agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman. Surah Ali-Imran : 165-166.Dengan turunnya ayat di atas barulah para sedar bahawa kekalahan yang berlaku adalah berpunca dari kelakaun mereka sendiri yang tidak menuruti arahan Rasulullah s.a.w. Lantas selepas daripada itu mereka tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama dan akhirnya Allah Taala kurniakan kemenangan dengan pembukaan Kota Mekah yang berlaku secara aman.

Penyelesaian.
Bagi menyelesaikan dan merawat penyakit Al-Futur yang menimpa ahli jamaah Islam maka terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan sebagai panduan iaitu:
1) Membaca Al-Quran yang mengisahkan kesusahan perjuangan Anbiya.
2) Membaca Sirah Rasulullah s.a.w.
3) Membaca sejarah pejuang Islam masa silam.
4) Solat berjamaah.
5) Tingkatkan amalan sunat.
6) Hidupkan sunnah dalam kehidupan.
7) Meninggalkan amalan makruh.
8) Kurangkan menonton TV.
9) Selalu bersama solihin.
10) Hadiri majlis ilmu.
11) Selalu berhubung dengan ahli jamaah.
12) Amalkan pengurusan diri dan berdisiplin.
13) Menjaga masa.
14) Kreatif mempelbagaikan aktiviti jamaah.
15) Mengamalkan kesatuan fikrah dan kesatuan amal.
16) Libatkan semua peringkat ahli jamaah Islam dengan tarbiah.

Kesimpulan.

Para Qiadah dalam jamaah Islam seharusnya bersifat peka terhadap perkembangan di kalangan ahli-ahli jamaah Islam yang mempunyai tingkah laku dan kecenderungan yang pelbagai. Kebijaksanaan qiadah amat perlu bagi memastikan faktor-faktor yang membawa kepada Al-futur dalam dakwah dapat ditangani dengan sebaiknya agar intima di dalam jamaah bukan sahaja kerana kebenaran yang dibawa tetapi kerana keseronokan bersama-sama memperjuangkan Islam. Qiadah yang tidak sensitif dengan perkara-perkara seumpama ini akan membawa kepada kecenderungan ahli jamaah meninggalkan perjuangan Islam.

dipetik dari blog: http://zuridanmdaud.blogspot.com

Thursday, June 25, 2009

Zaujah solehah untuk zauj soleh

Entri kali ini abi ceduk dan ambil daripada sebuah blog teman abi juga Ibn Abdillah As Sarawaki. Ceritanya amat memberikan kesan ke dalam jiwa abi. Tersentuh hati ini apabila membacanya. Bacalah wahai pembaca budiman untuk renungan kita bersama.

Di sini abi tampilkan tulisan Saudara Herman Shamsudeen, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (jangan lihat pada label platform perjuangannya, lihat pada moral ceritanya!).

Terlibat dalam Jamaah adalah suatu perkara yang paling baik yang pernah ana lakukan kerana di sinilah bermulanya erti kehidupan ana yang sebenar. Diperingkat awal penglibatan memang banyak dugaan. Hatta, hingga ke hari ini pun masih ada lagi ujian yang harus dihadapi.
Memang letih untuk terlibat aktif dan memegang beberapa amanah berbentuk jawatan atau tugasan. Dalam hal ini memang sukar menolak bila sahabat memerlukan khidmat dari ana. Tapi kudrat ini terbatas, hanya Allah sahaja yang tahu. Namun ana bersyukur kerana Allah menganugerahkan seorang Zaujah yang rajin dan prihatin untuk menjaga ana.

Walaupun kerap keluar malam dan kembali ketika saat dinihari, namun kesabarannya berjaya menyejukkan hati. Berkat dari pembacaan dan tunjuk ajar dari orang-orang tua, bahtera yang baru setahun jagung ini tetap utuh walaupun sesekali dipukul ombak. Pelbagai ilmu cuba ana praktikkan bagi menjaga hubungan suami isteri, mana yang lebih kami kongsikan mana yang kurang kami tambahkan.

Masing-masing ada keburukkan dan keistimewaan. Dan peristiwa DEMAM PANAS sabtu lalu benar-benar menunjukan keistimewaan zaujah ana.

Pada Jumaat malam 22 Jun lepas, selepas sahaja mesyuarat bulanan bersama pemuda Titiwangsa kira-kira jam 12.00 tengah malam, ana terus menghantar seorang sahabat lama ke rumahnya di Padang Balang. Hujan renyai-renyai baru sahaja turun. Ketika sampai dirumah jam menunjukan masanya, 1.45 pagi. Keadaan sekitar Taman Batu Permai masih lagi bergelap, termasuklah rumah ana. Sejak jam 8.30 malam lagi, semua talian letrik sekitar Taman Batu Permai terputus, entah kenapa.

Walaupun hujan semakin kuat diluar, namun bahang panas dalam rumah amat terasa. Memang sedikit terganggu kehidupan dibandaraya ini bila letrik tiada, kipas pun tak dapat dihidupkan. Ketika masuk ke bilik, Kelihatan zaujah ana sedang tidur dalam keadaan berpeluh. Ana amat memahami kerana sejak berbadan dua ini suhu badannya memang berbeza. Lantaran itu, ana menyelakkan sedikit kain langsir dan membuka ’sliding door’ untuk membenarkan untuk sejuk diluar menyelinap masuk ke dalam bilik.
Selepas bersihkan diri dan menyalin pakaian, ana terus tidur. Tidur yang cukup lena diiringi oleh rintikan hujan yang kian lebat diluar.

Ketika zaujah ana kejutkan untuk bersolat subuh, memang berat nak bangun, badan terasa lemah. Namun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, ana kuatkan juga. Selepas solat subuh ana tidur semula. Zaujah ana kehairanan sebab petang semalam ana bagitau dia bahawa pagi ini ada program bersama PASTI di Cheras dan perlu keluar awal.
Zaujah ana kejutkan semula. Bila melihat ana mengigil dan memegang dahi ana yang panas barulah dia faham. Ana kena demam panas.

Alhamdulillah, dia tidak panik. Ana diselimutkan dengan selimut tebal dan dibiarkan tidur sebentar. Dalam pukul 8.30 pagi, dia mengejutkan ana lagi. Ketika ana bangun memang terasa lemah Kelihatan bilik telah dikemas, kain baju telah dibasuh dan disidai.
Dia memimpin ana ke tandas dan terus memandikan suaminya yang amat dicintai ini. Dia mengosok tubuh ana sambil memberikan kata-kata semangat. “Ini adalah ujian Allah, Allah nak bagi pahala” ujar zaujah ana.

Bila melihat kesungguhannya disaat memandikan ana, memang terasa terharu. Inilah dia Isteri Solehah kurniaan Allah, pagi petang tidak lupa baca Al-Quran, sentiasa memahami dan menjalankan tanggungjawabnya pada Allah dan suami.

Selesai sahaja mandi dan lengkap berpakaian, kami ke Klinik yang berhampiran. Doktor di klinik tersebut sedikit terkejut bila melihat termometer yang menyukat suhu badan ana. “over 100″ itulah yang terkeluar dari mulutnya. Suhu badan ana lebih dari 100 darjah Celcius. Ana diberikan satu injection dan ubat.

Sampai dirumah, zaujah ana terus menyediakan makanan berupa bubur. Ana disuapkan, dan sepintas lalu ana terkenangkan saat ketika zaman bujang dikampus dahulu. Seorang sahabat karib pernah menyuapkan makanan ke mulut ana ketika ana dimasukkan ke dalam wad di HKL. Tapi kali ini rasanya berbeza. Walaupun tekak terasa perit untuk menelan makan dan air, berkat keikhlasan seorang wanita yang bergelar zaujah ini segalanya mampu ana hadapi.

Walaupun cuma beberapa sudut tetapi ia cukup untuk mengenyangkan perut ana.
Ana terpaksa batalkan dan tarik diri dari semua program sepanjang hujung minggu ini kerana tidak terdaya. Ana hanya mampu terbaring di atas katil merenungkan kekerdilan diri sebagai hamba Allah. Dua hari ana terbaring dan tak mampu buat apa-apa. Semua kerja rumah, zaujah ana terpaksa lakukan bersendirian.

Selalunya jika ada masa dihujung minggu ana akan membantunya membasuh kain atau bersihkan rumah. Kali ini ana tak berdaya langsung. Service kereta pun zaujah ana terpaksa uruskan. Inilah dugaan Allah dan ana redha takdirNya ini.

Sesungguhnya Allah Maha Hebat dan Agung. Ia Maha Pemurah dan Menyayangi. DiberikanNya kita penyakit tetapi dalam masa yang sama dosa kita dihapuskan, pahala kita ditambah. Dianugerahi kita dengan kasih sayang dan kenikmatan hidup.
Hidup suami isteri memang menarik. Kita bersahabat banyak mana pun, tetapi dengan adanya seorang isteri yang solehah sudah cukup untuk membuatkan kita bahagia. Berkat seorang Isteri yang selalu mendoakan suaminya, InsyaAllah kita akan lebih maju kehadapan, asal sahaja kita tidak lupa pada tanggungjawab.

Kehidupan ini adalah satu tanggungjawab. Sebaik sahaja kita buka mata disubuh hari kita sudah ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Kita tidak mampu hidup bersendirian, kita perlukan teman untuk kita meneruskan kehidupan ini.
Ana pernah hidup membujang, tetapi bila sudah berkahwin terasa banyak kelainan. Ringan bahu dan makin bersemangat untuk berjuang.

Kepada sahabat-sahabat yang belum berkahwin, ana nasihatkan untuk berkahwin segera. Jika tidak mampu berkahwin 4, kahwinlah 3, jika tak mampu, ambillah 2, jika tak mampu juga, cukuplah dengan 1. Kahwin ini satu amanah, tetapi dengan satu amanah ini, banyak amanah lain akan menjadi ringan dibahu kita. Terpulanglah pada kita untuk menjaga dan menguruskannya.
Dibelakang seorang lelaki yang hebat itu, pasti ada seorang wanita solehah yang menyokongnya. Jadi janganlah abaikan wanita yang bernama Zaujah ini, jagalah ia sebagai mana kita menjaga rusuk-rusuk yang ada dalam tubuh kita. Dekat dihati, menenangkan rohani.

Artikel ini sengaja ana nukilkan sebagai menterjemahkan sedikit keindahan alam rumahtangga dan penghargaan buat Zaujah ana yang tercinta serta zaujah para pejuang yang tabah, ikhlas dan taat pada suami mereka di seluruh dunia ini. Teruskan kebaktian anda pada suami, demi Allah doakan semoga mereka akan terus gagah berjuang kerana Allah.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.