Alhamdulillah puji dan syukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya kepada kita semua. Khususnya nikmat Iman ke atas diri kita.
Kedengaran kata2 yang tak manis didengar bagi abi ialah ustaz dan ustazah lah yang sepatutnya menggerakkan surau dan bukannya orang lain (cikgu). Bagi abi ia adalah satu pandangan atau pemahaman yang salah tentang konsep dakwah itu sendiri. Siapakah penggerak ???
Kalau dilihat dari segi kaca mata Islam dakwah itu adalah kerja semua orang baik dia ustaz atau pun tidak. Dakwah itu adalah kerja mengajak kepada Islam, menyeru kepada yg makruf dan mencegah yang mungkar. Jadi itu kerja semua orang Islam tanpa melihat kepada latar belakang.
Semua daripada kita ini adalah layak untuk berdakwah tetapi dengan cara yang pelbagai. Ada yang berdakwah dengan lisan seperti berceramah sana sini. Ada juga yang melalui penulisan seperti menulis tentang islam dalam blog, fb, tweeter dan lain2 lagi. Ada yang berdakwah melalui seni seperti lakonan. Dan banyak lagi kerja2 dakwah yang kita boleh masuk dan ceburi. Pendek kata nak atau tak nak sahaja.
Bila kita dah tau dakwah itu tugas siapa maka tak timbullah siapa yang akan jaga surau. Dengan erti kata lain siapa yang nak imarah/menghidup kan surau. Setiap daripada kita lah yang mukallaf sepatutnya memainkan peranan. Bukannya terletak atas bahu ustaz/zah sahaja. Kalau letak ataz bahu ustaz/zah sahaja berapa keratkah mereka yg ada???
Dalam organisasi sekolah, jika setiap guru memainkan peranannya dalam "berdakwah" kepada murid2, abi yakin dan percaya murid2 akan terkesan dan terdidik dengan sendirinya. Berdakwah itu bukannya bagi tazkirah sahaja tetapi dakwah bil hal itu pun suatu yg penting juga. Dakwah bil hal itu adalah tingkah laku dan perangai yang baik.
Jadi, marilah para guru / pendidik kita sama2 gemblengkan tenaga demi dakwah Islam untuk anak2 didik kita. Dengan dakwah yg kita lakukan ini abi percaya akan turunnya rahmat Allah ke atas anak2 murid tersebut. Bila mana turunnya rahmat, inshaAllah akan turunnya kejayaan dan kecemerlangan.
Jom geng kita berdakwah!
13 hours ago
No comments:
Post a Comment