Showing posts with label aktiviti sekolah 2012. Show all posts
Showing posts with label aktiviti sekolah 2012. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Perasmian COC kali ke 2




edited by abi

selama 3 jam dibuat untuk membolehkan hasil macam ni

Sunday, September 23, 2012

hari terbuka asrama SAIS

Hari Terbuka Asrama amat ditunggu oleh para pelajar SAIS. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan futsal, carrom, bilikk cantik dan lain2. Tidak ketinggalan juga diadakan jualan2 dengan membuka gerai2. Yang seronoknya cikgu pompuan kat situ yang masak dan menjual hasil air tangan mereka. Nah saksikan gambar2 hari tersebut....

cikgu Najah sibuk menunujukkan demo masak kuih kpd anak buahnya!

 Hot Red Cafe...gerai panas dan mendapat sambutan hangat

Cikgu Wani yang antara cikgu@kaunselor yang bersemangat waja 

asrama putera sedang diziarahi oleh penghuni puteri. Amacam ? hebat tak sang putera berhias ??
ish!ish!ish! sempat lagi kamu posing maut depan abi...

kamar puteri yang menjadi johan kamar cantik

Budak2 SAIS ni memang kreatif kalau bab2 berhias lagu nih

loker budak aspuri





Thursday, July 19, 2012

Kem Jati Diri tingkatan 4

Buat julung kalinya diadakan kem jati diri khusus untuk tingkatan 4 di PLKN Padang Kacong, Marang. Abi bersama 12 ajk guru yang lain bermalam di sana mulai 16-18 Julai 2012.

Semoga kem ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dalam membentuk jati diri khususnya sebagai muslim yg beriman dan bertaqwa kepada penciptaNya.

Thursday, May 3, 2012

Hari Kebudayaan Bahasa Arab






  
selang 2 hari selepas balik berkursus di SK Bt 29 abi pergi pula ke SBPI Gopeng, Perak bagi mengikuti Hari Kebudayaan Bahasa Arab. Bersama abi 2 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan. Sehingga 22 April berada di sana.   

salah satu benda yang menarik perhatian abi kat sana ialah "gazebo". Ianya adalah hasil rekaan pelajar2 aliran sains teknikal SBPI Gopeng. Memang menarik!


 pelbagai pameran diadakan termasuk alat bantu mengajar turut dipamerkan.

Monday, April 2, 2012

Kem Jati Diri Tingkatan 1




Bermula Khamis dan berakhir pada Jumaat yg lepas, SAIS telah menganjurkan satu program jati diri untuk murid2 tingkatan 1. Macam biasa, tetap dan berpencen abi ditugaskan dlm ajk dokumentasi dan kerohanian. Ditambah satu lagi tugas yg tidak kurang penatnya iaitu ajk peralatan khemah.

Biasanya di hujung minggu abi akan balik untuk menjenguk baby dan Furqan. tapi kali ini terpaksa ditunda atas sebab kena berkhidmat untuk sekolah. Yes! "saya yang menurut perintah". Terpaksa akur dengan kehendak sekolah sebab kita bekerja di bawah kerajaan.

Pagi Jumaat, abi besrsiap untuk pulang ke Kelantan demi menatap wajah anak yang tersayang. Keesokan paginya, Sabtu, pergi lagi ke Pusat Ko, Merbau Menyusut, Setiu bagi menghadiri majlis penutupan.

Overall, the activity was sucsess and May Allah bless our self, amin.

Wednesday, March 28, 2012

Program Cakna Al Furqan

Ustaz Khairul Azman sedang memberi tunjuk ajar kepada adik Lokman

Ustaz Amran bersandar di dinding semasa mengajar kitab suci kepada beberapa orang pelajar.

abi bersama seorang pelajar lemah Al Quran

BADAR SM Sains Setiu semalam telah melancarkan satu program berkala pada tahun ini iaitu Program Cakna Al Furqan. Program ini yang menitik beratkan masalah pembacaan dan tahsin bacaan di kalangan pelajar tingkatan 1,2 & 4.

Secara tidak langsung program ini membasmi buta Al Quran di kalangan pelajar2. Berkat kerjasama guru2 agama SAIS di bawah pengerusinya Ustaz Khairul Azman Bin Ibrahim dan penggeraknya Ustaz Amran Nassan ianya berjalan lancar.

Program ini diadakan 3 kali seminggu antara maghrib - Isya'.

Moga ianya dirahmati Allah dalam usaha memartabatkan Al Furqan.

Team MTQ SAIS



Julung2 kali pada tahun ni SAIS telah menghantar pasukannya ke MTQ ke peringkat zon. Alhamdulillah ada juga tempat. Peringkat zon 1, tilawah nombor 3, hafazan nombor 1 dan nasyid nombor 2.

Syukran kepada geng2 ustaz @ ustazah atas kerjasama yang diberikan dalam melatih dan memberi tunjuk ajar kepada anak didik SAIS. Moga Allah memberkati usaha kalian semua.

Jangan jadi ssssummmmbat!!

Thursday, February 16, 2012

SAIS & Perarakan Maulidur Rasul 1433H



Warga SAIS tidak ketinggalan dalam perarakan Maulud Nabi yang diadakan di Bandar Permaisuri kelmarin. Tanpa sebarang sepanduk dan banner SAIS tetap juga mengikuti perarakan sebagai menyahut seruan daripada PPD Setiu. Kenapa takde sepanduk? banyak orang tanya sehingga di tempat perarakan pun orang tanya.

Sebenarnya kami terima surat lewat 3 hari sebelum perarakan. Mana sempat nak urus itu dan ini. So kedatangan kami sekadar menyahut seruan. InsyaAllah next year maybe kami bersedia untuk berarak.

Go SAIS!
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.