Tiba di tempat kerja dapat kawan2 yang ceria. Ada yg berbaju raya.. Warna warni lagi. Biasanya cikgu pompuan la. cikgu laki biasa2 jer. Tiba di meja ada bungkusan plastik dan dalamnya ada buah ...oh lama tak merasa buah ni. Dulu pernah bersungut dalam hati terasa sangat nak makan buah ni. Awal tahun ni rasanya...kini dah dapat apa yang dihajati. Datangnya daripada seorang hamba Allah.
"Benda yang kita bersungut@berdoa Allah tetap dengar walaupun ianya datang dari lubuk hati yang penuh dengan noda dan dosa. Sampai satu masa nanti Allah akan maqbulkan. Belum lagi kita berdoa bersungguh2 atas tikar sejadah dan dalam keadaan berwudu'."
Mungkin apa yang kita doakan tu, Allah Ta'ala campakkan kepada seseorang dan menjadi asbab untuk dia tolong atau hulurkan bantuan. Kalau bukan kerana Allah nescaya hatinya takkan terbuka untuk bergerak ke arah itu.
Memang betul lah firman Allah yang bermaksud:
"Apabila seseorang hamba itu berdoa kepadaku, sesungguhnya aku ini amat dekat dengannya....aku akan maqbulkan apa yang dia hajati@doakan..."
# KIV =keep in view = tangguh
No comments:
Post a Comment