Amat lama untuk tidak mencoretkan kalam luahan rasa hati dalam blog ini. Allah menyibukkan diri abi dengan pelbagai kerja duniawi yang perlu disetelkan dalam masa yang suntuk ini.
Boleh dikatakan dalam bulan ini, abi menghabiskan masa di sekolah dengan membuat penggambaran majalah. Baik untuk persatuan@kelab mahupun kelas. Kini penggambaran hampir selesai sepenuhnya. Tunggu lagi masa untuk mengedit...
Nasib baiklah rakan partner sedia berkongsi tenaga mencurahkan masanya untuk menolong abi juga. Terima kasih Cg Yani@Ilyani Firdayu atas kesudiaan menyiapkan penggambaran walaupun berbadan dua!
Setiap kali selepas solat Subuh, abi berdoa pada Allah agar dimudahkan segala urusan pekerjaan pada hari ini.Tidak tergendala dan tidak terbantut. Walaupun pada hakikatnya penggambaran ini direncanakan bermula pada pertengahan Jun yang lepas. Banyak kekangan demi kekangan masa dan aktiviti sekolah yang datang secara tetiba. Akibatnya abi terpaksa mengalah dalam percaturan ini.
Memang nampak mudah SEKALI tengok dalam pembikinan majalah ini. Sesiapa pun boleh cakap. Tapi kalau DUA KALI tengok sesiapa pun akan menolak dalam memikul amanah ini.
Walaupun begitu abi masih tetap boleh memberi senyuman untuk orang lain!
No comments:
Post a Comment