Friday, January 27, 2012

sedih n hampa

Seperti biasa tatkala Wildan dan Jazlan pulang dari sekolah pada sebelah petangnya, mereka akan memberitahu apa2 peristiwa yang telah berlaku di sekolah. Baik bersama kawan2 di sekolah mahupun pesanan2 daripada guru2.

Kelmarin, si Jazlan balik ke rumah dengan muka seposen (sugul). Balik daripada merentas desa. Itu adalah antara aktiviti SK Guntong Luar selepas cuti Raya Cina. Lalu dia ceritakan pada abi.

"Wildan dapat hadiah tapi dia tak dapat",katanya dengan linangan air mata.

Jaz dapat nombor berapa ? tanya abi.

Tak dapat apa2 nombor.....sahutnya dengan sedih. Air matanya seakan2 mahu menitis dari tepi kelopak matanya.

Abi cuba mententeramkannya dengan berbagai2 nasihat agar dia tak menangis dan berkecil hati. Memang antara anak abi, dialah yang beremosi sedikit berbanding dengan adik beradik yang lain. Nampaknya dia dah dapat menerima hakikat.

Kalam akhir abi sebagai tausiyyah untuknya " sekarang Jaz kecil lagi....nanti tahun depan Jaz sudah besar dan boleh berlari laju ".....dia mengiyakan saja apa yang abi kata!

Thursday, January 26, 2012

inzar sebelum tempur

gambar hiasan

Masih lagi abi nak cerita tentang kerasukan yang melanda bebudak sekolah abi. Maaf, bukan nak tunjuk kehebatan diri tapi nak tunjukkan kehebatan ayat2 Allah SWT.

Seorang pelajar perempuan berada dalam keadaan murung selepas habis kelas Pendidikan Islam. Lalu beliau terus tertidur @ pengsan. Abi bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan daripada pelajar. (macam abi pulak yg jadi hero! hi hi).Kami mengasingkan pelajar yang tak sedarkan diri tadi berjauhan dengan pelajar2 lain. Moga2 dengan harapan tiada lagi pelajar lain yang kena kacau oleh makhluk tu.

Selepas diperiksa hal keadaan pelajar tadi barulah abi tau bahawa dia seolah2 dalam kerasukan. Tanda2 nya:
1) pengsan/murung
2) sejuk kaki & tangan (setelah ditanya)
3) tak suka dengar bacaan ayat suci Al Quran setelah dioffer.

Keadaan ini abi rasakan bahawa ada baiknya abi menggunakan teknik "inzar" yakni memberi peringatan. Memberi peringatan dengan erti kata lain warning makhluk tersebut sebelum ia disakiti dengan ayat AQ.

"keluar kamu daripada tubuh badan budak ni kalau tak sakit kamu nanti aku bantai@pukul kamu dengan ayat AQ" , kata abi dengan memberi peringatan pertama.

"kalau kamu tak nak sakit baik kamu keluar ikut kaki "....sambung abi lagi.

Tiada apa2 respon daripadanya. Selepas itu abi mula membaca At Ta'awuz (a'uzubillahi minassyaitan.....) . Terus dia angkat kaki menandakan dia nak cabut lari. Habis bacaan tadi, makhluk tu beredar, barulah budak tadi sedar. Abi melaungkan azan supaya makhluk tadi tidak mendekati budak itu lagi dan membacakan beberapa doa perlindungan.

Moralnya: inilah kehebatan dan keagungan ayat Allah SWT.

Sunday, January 15, 2012

psikologi vs jin

Post yang lepas, abi ada menceritakan tentang 'azan' dapat halau@kick iblis keluar dari badan. Kali ini abi nak kongsikan peristiwa yang berlaku ke atas anak murid abi pada 2 minggu lepas.

Kisahnya bermula apabila seorang pelajar perempuan meraung (histeria lah tu) depan kelas. Sekumpulan guru termasuk abi bergegas ke tempat kejadian. Puas ditenangkan pelajar tersebut tapi tak juga reda. Sehinggalah ada seorang di kalangan guru berkata "kita lepaskan saja budak ni, kita lihat ke mana dia nak pergi"...

Bila dilepaskan pelajar terbabit, maka dia (makhluk tu) bergegas ke arah suatu bukit yang tak jauh dari kawasan sekolah. Katanya dia nak pergi ke kawasan di sebalik bukit. Mungkin itu tempat tinggalnya. Terpaksalah abi termasuk 2 orang guru lagi kejar pelajar tersebut sehinggalah kami sampai ke kaki bukit dan menahan pelajar terbabit daripada ke sana. Huh! penat weh sebab lama dah tak bersenam!

Abi dan kawan2 cuba untuk berdialog dengan 'makhluk tu' tapi dia enggan memberi kerjasama sehinggalah abi dapat memujuknya dengan kata2 yang manis untuk membawa perbincangan dengannya di kantin memandangkan kaki bukit itu tidak sesuai untuk perbincangan. Dia bersetuju dan abi membawanya ke sana.

Berbagai-bagai persoalan kami cungkil untuk mengetahui dan mencari maklumat sebenar. Hasil siasatannya 'dia' berkenan@jatuh cinta dengan pelajar terbabit. (entah ya entah tidak sebab jin terkenal dengan bohongnya). Last sekali abi menyuruhnya keluar dengan cara baik tanpa apa2 siksaan dengan erti kata lain tak halaunya dengan ayat Al Quran. Abi buat perundingan!

Alhamdulillah 'dia' bersetuju dan telah keluar melalui kaki selepas kiraan 1 2 3...
Allahu akbar!

Terima kasih kepada guruku Syeikh 'Aisy (Jordan) Ustaz Azrin & Abang Idris (Miri) atas ilmu yang dicurahkan suatu ketika dahulu.

Wednesday, January 11, 2012

Azan adalah senjata

Satu perkongsian yang abi nak kongsikan di sini adalah ketika mana kita buntu apabila baby menangis tak henti2.

Cerita ni berlaku kira2 2 minggu yg lepas. Anak abi yang baru lahir tu tak henti2 menangis. Pada asalnya memanglah dia tu kembung perut dan susah untuk sendawa selepas minum susu. Apabila melihat si Azzam menangis tanpa henti2, hati abi dan ummi rasa gelisah. Entah kenapa tiba2 malam tu selepas waktu maghrib dia menjerit teramat pelik.Seolah2 macam digigit binatang.

Puas sudah ummi dan abi sapu pada perut dan belakangnya tapi tak jadi juga. Terus dia menangis. Last sekali ummi suruh abi ambilkan air untuk disapu pada muka Azzam. Selepas abi sapu air di mukanya pun tak juga henti2 menangis sehinggalah abi dapat idea untuk melaungkan azan.

Apabila azan berkumandang di telinga Azzam, dengan sekali lafaz "Allahu akbar Allahu akbar" berhenti terus Azzam daripada menangis. Pada firasat abi, mungkin ada 'benda' lain yang menumpang dan bukannya dia menangis akibat kembung perut. Abi terus menghabiskan laungan azan walaupun Azzam tak menangis.

Inilah yang dikatakan azan adalah senjata untuk menghalau iblis @ syaitan!

Sunday, January 8, 2012

hari yang bolot

'Bolot' adalah bahasa Kelate yang membawa maksud serabut@huruhara@kacau bilau. Nak cerita hari pertama persekolahan kedua2 anak abi (Wildan n Jazlan) ada sedikit bolot.

Bangun awal pagi macam hari2 persekolahan yang lepas. Cuma terkejut sedikit abi bila si Wildan mengatakan seluar sekolahnya tak dapat nak butang. Alamak! terkejut abi dibuatnya. Cepat betul besar budak ni. Baru tahun lepas abi beli seluarnya. Pastu cari punya cari seluar maka terjumpalah seluar yang dikira ok sikit walaupun tak selesa. Memang abi tak rancang untuk beli seluar baru kpd Wildan memandangkan seluarnya masih ok lagi.

Nasib baiklah si Jazlan ok seluarnya. Abi dah beli seluar baru untuknya. Kalau kedua2nya tak padan n ketat. Memang bolot @ ssumbat (kata ore kelate/Ganu). Macam2 benda pelik akan berlaku dalam keluarga memandangkan ummi tiada di sisi. Memang hancur sikit pengurusan rumah tangga kalau isteri tiada di sisi. Tak boleh abi nak bayangkan camner kalau si duda membesarkan anak tanpa isteri atau si janda membesarkan anak tanpa suami.

Fikir-fikirkan.....

Sunday, January 1, 2012

cerita awal tahun baru 2012

Saja nak cerita pada hari awal tahun baru ni. Seperti biasa abi akan pergi bekerja ke Setiu seawal jam 530 pagi. Tapi hari ni abi tak turun awal sebab meeting mula jam 830 am. Abi turun jam 630 am.

Dalam perjalanan hujan masih renyai2 lagi. Terus dibuka siaran radio Kelantan FM. Layan berita sekejap sambil fikiran mengelamun....Tiba di Machang, abi singgah sekejap untuk beli nasi lemak rm 0.80 sen. Huh! ada lagi nasi lemak harga serendah tu pada zaman ni. Beli 2 bungkus untuk makanan tengahari dan RM1.00 kuih cekmek dan roti goreng. Kuih tu abi belasah dalam kereta semasa drive ke Setiu. Buat alas perut.

Di pertengahan jalan, abi terlihat kelapa2 bertaburan atas jalan. Abi tak pikir @ syak apa2. Abi teruskan perjalanan lagi dan ternampak semua kereta berjujuk (bhs Kelate: berbaris) atas jalan. Oh rupa2nya air naik dan banjir. Tempat tu namanya Tok Dor.

Teruskan perjalanan lagi dan tiba di Mukim Guntong, jalan sesak. Tak boleh lalu sebab air banjir melintas jalan.laju pulak tu. Habislah keta Atos abi ni. Tunggu lebih kurang sejam, so abi memberanikan diri meredah air banjir tu. Syukur selamat.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.