Timun oh timun.....
Semalam pergi ke pekan Servey nak beli timun batang. Sampai di Servey terus pergi cari timun dan ambilnya serta diisi dalam plastik. Bila pergi ke kaunter penimbang dan ditimbangnya timun tadi. Mak oiiiiii! Terkejut biawak abi bila mendapati timun tadi harganya RM 5.50 untuk 3 batang sahaja. Mahal betul barang lani. So apa yang abi buat ? abi letak barang tu kat timun semula dan cabut lari, tak jadi nak beli.
Abi bergegas pula ke tapak gerai berdekatan dan membeli 2 batang timun dengan harga RM3.50. Harganya pun boleh tahan gak la. Pendek kata kempunanlah abi dan isteri jika takdak timun ni. Memang timun antara sayur favourite kami untuk dimakan bersama budu. Nampaknya mulai hari ini kami kena tanam timun belakang rumah. Harga timun kat sini agak mahal macam pepatah Kelantan ada mengatakan "mahal macam peluru bedil".
9 hours ago
No comments:
Post a Comment