2 days ago
Wednesday, March 25, 2009
Tak semua orang berbakat
"Tak semua orang berbakat".Itulah yang dapat abi katakan pada diri abi yang tiada bakat bercakap di khalayak ramai apatah lagi berpidato, berceramah, berforum, berkhutbah dan lain lain lagi. Masih ingat lagi tatkala abi berada di tingkatan satu telah dipilih untuk menyertai satu kumpulan PRS untuk dipersembahkan pada ramai. Terkedu lidah abi. Kelu tak terkata apabila berada di hadapan orang ramai.
Memang tidak dapat dinafikan sejak dari form 1 hingga form 6 abi adalah seorang yang pemalu dan pendiam. Tapi segala-galanya telah berubah apabila telah melanjutkan pengajian ke Timur Tengah. Aktiviti berusrah yang diadakan setiap bulan semasa di sana cukup memberi makna pada abi. Kita didedahkan untuk present sesuatu bahan/ilmu untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Secara tidak langsung ia akan melatih kita untuk bercakap di khalayak ramai. Ya! abi percaya pada usrah amat berkesan dalam membentuk peribadi seseorang.
Hingga kini alhamdulillah abi mampu bercakap di khalayak ramai walaupun tidak sehebat orang ternama seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi, TGNik Abdul Aziz, Mahfuz Omar, Ust Zawawi, Ust Shukri dan lain-lain lagi.Sekadar memberi tazkirah pada ramai dah cukup bagi abi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment