Malam tadi abi bersama Wildan menghadiri satu ceramah dalam program "Semarak Wahyu" yang disampaikan oleh Ust Wan Shohor di Masjid At Taqwa. Ceramah bermula selepas habis solat terawih 8 rekaat dan witirnya. Banyak input menarik yg telah disampaika oleh al ustaz dalam masa 1 jam setengah. Rasanya tak sedar masa berlalu kerana asyik dengar ustaz berceramah walaupun dalam nada yang selamba dan mendatar. Bak kata orang Kelate macam dok "baghi"-bercerita.
Saper -saper yang tak pergi memang rugi....itu yg dapat abi katakan kerana banyak diceritakan benda-benda yg kita tak tau! Turut disampaikan juga ialah penyampaian cek kpd Tabung Baitulmal cawangan Miri oleh pengerusi Yayasan Amal Miri,akhi Muhtar Suhaili.
21 hours ago







Open house dan raya
No comments:
Post a Comment