Abi nak kongsikan beberapa doa yang abi amalkan ketika isteri berada di bilik bersalin. Doa ni telah diberikan oleh arwah emak mertua abi kepada anaknya untuk memudahkannya bersalin. Doa ini juga dia ambil daripada orang2 pondok di Thailand suatu tika dulu untuk tujuannya bersalin.
Doanya adalah doa Nabi Yunus tatkala berada dalam perut ikan yu@paus:
lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin (ayat Al Quran ni, boleh rujuk AQ untuk lebih lanjut lagi)
Doa ni elok dibaca oleh isteri tatkala rasa sakit nak bersalin. Ulang doa ini berulang kali. Bagi suami pula bacalah juga doa ini berulang kali semasa sedang menunggu isteri hendak bersalin.Diniatkan supaya Allah mempermudahkan jalan keluar bagi kandungan tersebut.
Selain daripada itu abi ada juga membaca surah Al Fatihah berulang kali. Diselangi dengan doa Nabi Yunus tadi. Maksud Al fatihah itu sendiri pun "pembukaan". Moga2 Allah membuka jalan keluar bagi bayi tersebut.
Alhamdulillah keempat2 orang anak abi doa itulah yang abi baca sebelum mereka lahir ke dunia.Tak pernah abi buatkan kepada ummi air selusuh. Dan bila ditanya ummi tentang waktu nak "nerang", dia berasa tidak lah sukar sangat untuk berbuat demikian!
Walaubagaimanapun ini adalah antara amalan@doa yang abi amalkan dan terpulang kepada pembaca semua nak amalkan atau tidak. Pesan abi carilah doa2 yang warid @ ma'thur daripada Nabi SAW agar kita tak terpesong daripada jalannya.
1 day ago
No comments:
Post a Comment