Sunday, May 12, 2013

sesekali biarlah qalbu berbicara...

Sesekali biarlah qalbu berbicara
sekadar menghilangkan penat lelah seketika
manakan tidak aktiviti bulan ni tak terkira
sampaikan  tak sempat untuk berjenaka

Sesekali biarlah qalbu berbicara
kerna mulut dah letih berbicara
makan dan minum pun tiada selera
apatah lagi ziarahi sanak saudara

Sesekali biarlah qalbu berbicara
biar oghe kata  hingga jelira
walaupun lidah tak dapat merasa
kerna itulah lumrah alam yang fana

Sesekali biarlah qalbu berbicara
tiada pautan hanya Allah jua
untuk mengembalikan sinergi tenaga
agar kerjaya mendapat pahala


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.