Sunday, October 13, 2013

lagi lagi cerita han...

Syukur alhamdulillah abi baru habis jer balik daripada duty warden malam ni. Mata masih lagi belum mengantuk. So, abi gagahkan diri untuk bercerita dalam blog sekadar perkongsian untuk semua. 

Tiba saja abi ke kelas (dalam sesi rondaan), tetiba ada beberapa orang pelajar datang menerpa abi dan menceritakan apa yang telah berlaku sehari dua di dorm mereka. Salah seorang daripada mereka menceritakan kepada abi bahawa mereka telah ternampak satu lembaga berambut panjang dalam loker yang tidak digunakan. 

Pelajar tersebut pada asalnya cuba mensnap gambar2 dalam dormnya dan apabila diteliti gambar yang diambilnya terpapar di skrin kamera tersebut satu lembaga. Kejadian berlaku lebih kurang jam 11 malam lebih. Terus ia menangis ketakutan dan memberitau kepada rakan2nya yang lain. Semenjak peristiwa tersebut penghuni ddorm tersebut dalam ketakutan dan telah membuat bacaan yasin untuk meredakan keadaan. Alhamdulillah keadaan kembali tenang dan dapat tidur dengan nyenyak! Syukur....

Persoalannya boleh percaya atau tidak benda2 sebegini. Bagi abi ianya mungkin boleh berlaku dengan izin Allah dan tidak mustahil ia boleh dlihat dengan alat yang canggih pada zaman moden ini seperti kamera. Banyak dah cerita ceriti yang abi dengar bahawa makhluk itu boleh dilihat melalui kamera.

Dulu keadaan di asrama dah aman (tiada kedengaran desas desus cerita pelik2) selepas team Darul Syifa' datang dan mereka ini telah mempagari dengan ayat suci al quran dan zikirullah.

Timbul pula kekacauan sehari dua ni oleh makhluk tersebut di asrama. Mungkin selepas sebahagian daripada bukit tersebut telah ditarah oleh case dan sodok. Mungkin mereka marah sebab tempat mereka diterokai!

Nak buat camner ekkk? pesan abi buat macam biasa jer. Mereka ni juga adalah makhluk Allah dan tiada kekuatan melainkan dengan izinNya.
Tambahkan amal ibadat berupa zikir dan kurangkan@SLOW sikit tahap kebisingan anda di asrama.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.