Paling ketara terasa sunyinya apabila bebudak SPM dah mula tamat exam pada rabu yang lepas. Kertas 3 Fizik adalah kertas terakhir buat diorang. Tamat lebih kurang jam 330 petang. Merdeka lah mereka dari belenggu SPM! Tapi harus ingat, result belum keluar lagi. Kebergantungan kepada Yang Maha Esa harus dipertingkatkan kerana pemeriksa sedang memeriksa kertas anda.
Hanya seorang sahaja lagi yang setia di bilik guru walaupun semua guru dah chow belako. Cikgu Norazura Awang masih setia dengan laptopnya di bilik guru. Ditemani sepupunya setiap hari. Agaknya menyiapkan saki baki yang tertinggal.... Fuhhhh! itulah dia kehidupan seorang guru.
cikgu 'Zura' nama glamour yg selalu dipanggil oleh cikgu cikgi
Abi ??? masih lagi dihantui dan diserabuti dengan majalah sekolah yang tak sudah2. Kerja2 terakhir sebelum dihantar ke percetakan. Yang menjadi masalah besar lagi bila kertas projek hilang dalam bilik majalah. Sibedebah mana lah yang kebas abi punya projek dan rujukan utama dalam pembuatan majalah. Penat abi memerah otak sebelum cuti hari tu dan hilang dalam sekelip mata..... Ya Allah ujian apakah ini ke atas diriku....terpaksa abi mulakan semula dari nombor 1.
suasana bilik guru lelaki yang sunyi
bilik guru perempuan
1 comment:
errr. Ustaz.. *kertas tiga Biologi laaa ^-^ . huhuu
Post a Comment