9 hours ago
Tuesday, December 30, 2014
Pesawat QZ8501 ditemui
Jakarta: Sekurang-kurangnya tiga mayat dari pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang hilang sejak Ahad lalu ditemui sehingga malam tadi.
Selain itu, pelbagai objek termasuk serpihan dan rangka pesawat dilihat di lokasi mencari dan menyelamat, turut dibawa ke pusat gerakan.
"Kami melihat seorang lelaki dilambung ombak seperti melambai-lambai. Namun, selepas meneliti, saya sedar ia adalah mayat manusia," kata seorang leftenan Tentera Udara Indonesia kepada media tempatan.
sumber: Berita Harian Online
Monday, December 29, 2014
Sunday, December 28, 2014
Pesawat Air Asia hilang pulak
Pesawat Air Asia QZ8501 yangdikatakan hilang daripada radar
Macam2 citer kedengaran untuk menutup tahun 2014 ni. Ada laki nak pakai pakaian wanita lah, ada pihak yang nak halalkan sentuh anjing lah, isu banjir lah dan banyak lagi.... itu semua adalah rencah peristiwa 2014...
Hari ini terbaru pula, sebuah pesawat Airbus Air Asia Indonesia, yang berlepas dari Surabaya menuju ke Singapura hilang perhubungannya. Indonesia kata hilang kontaknya.Huhu....macam citer pesawat MAS dulu la....MH371 yang hilang entah ke mana. Pelbagai spekulasi dan konspirasi tentang pesawat tu. Akhirnya hilang dan senyap begitu sahaja walaupun dah dikerahkan SAR.
Indonesia pun senasib dengan Malaysia juga! Apahal ni dalam tahun yang sama dua pesawat boleh hilang!@#$%^ Adakah ini perencanaan DAJJAL dalam episodnya membuat huru hara di sebelah negara2 Asia pula.
Bos DAJJAL baru2 ni pun ada pergi main golf di Phuket. Sempat gak pemimpin negara kita join sama main golf dengan sidajjal tu. Tatkala negara dalam situasi runcing akibat banjir.
Apa2pun sebagai umat Islam kita wajib yakin dan percaya bahawa kemunculan DAJJAL dan kemusnahannya kepada alam ini amat dekat sekali.
maklumat tentang dajjal boleh klik link di bawah:
link dajjal
Ayuhlah wahai saudaraku sekelian, perlengkapkan diri dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Carilah kebaikkan dan kebajikan untuk negeri akhirat yang mendatang.
link dajjal
Ayuhlah wahai saudaraku sekelian, perlengkapkan diri dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Carilah kebaikkan dan kebajikan untuk negeri akhirat yang mendatang.
Mini Tsunami di Kelantan
Boleh dikatakan dan rasanya tidak terlajak kata untuk dikatakan bahawa banjir yang menimpa negeri Serambi Mekah a.ka Cik Siti Wan Kembang seperti "Mini Tsunami" .Bila mana kita melihat dalam FB ataupun wasap maka beberapa gambar yang menyayat hati kita semua.
Berikut adalah beberapa gambar daripada wassap..
# PRAY 4 KELANTAN
Berikut adalah beberapa gambar daripada wassap..
# PRAY 4 KELANTAN
Thursday, December 25, 2014
Program Pengantarabangsaan Ke Singapura
Kali ni nak berbicara tentang Program Pengantarabangsaan Ke Singapura. SAIS telah memilih beberapa orang pelajar yang mana telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan khususnya Bahasa Inggeris
Ditemani oleh beberapa orang guru ke sana. Cikgu Hazran Rahimi adalah antara guru pengiring ke sana dan rombongan itu diketuai oleh Cikgu Saifulldin (PK1).
Ditemani oleh beberapa orang guru ke sana. Cikgu Hazran Rahimi adalah antara guru pengiring ke sana dan rombongan itu diketuai oleh Cikgu Saifulldin (PK1).
Wednesday, December 24, 2014
Banjir di Kelantan
air sungai Kelantan bagaikan lautan
air mencecah paras bumbung rumah
gambar di atas abi tak pasti kat mana tempatnya. Tapi rasa2nya sekitar area Rantau Panjang. Memang banyak kemusnahan harta benda akibat daripada banjir ni.
Harap2 mereka yang dilanda banjir ni agar bersabar dengan musibah ini. Semuanya ini adalah daripada Allah SWT semata2 untuk menguji keimanan hamba2Nya yang taat kepadaNya.
Doa ketika banjir:
Ya Tuhan kami
kami merayu dan memohon kepadaMu
agar engkau menghentikan musibah yang melanda kami
Sesungguhnya kami tak sanggup lagi
untuk menanggung ujian dan musibah ini
Ya Rahman
Kasihanilah kami
kasihanilah anak2 kecil kami
kasihanilah orang2 tua kami
kasihanilah perempuan2 kami
sesungguhnya mereka ini
tak berdaya untuk menanggung penderitaan ini
Tabahkan hati mereka
cekalkanlah iman mereka
Tuesday, December 23, 2014
Thursday, December 18, 2014
Pantai Telok Chempedok
bedil belon yang dibeli dengan harga RM10
Mat Romeo pun ada kat sini. Macam2 lagu yang dia nyanyi. Sapa2 nak hulurkan bantuan duit kat dia, disediakan bekas di hadapannya.
memilih cenderamata
di dataran belon. Abi namakannya sebegitu sebab ramai orang main belon di situ.
PTC terkenal dengan pasirnya yang bersih dan putih
Wednesday, December 17, 2014
Air bah di Setiu
Masa nak gi hantar along ke SK Kpg Buloh untuk kelas tambahan, hujan turun renyai2. Kekadang lebat juga. Dalam hati abi mungkin beberapa jalan di Setiu ni dah naik air memandangkan hujan tak henti2 dari semalam lagi.
Memang tepat jangkaan abi,sampai saja dekat Masjid Permaisuri kelihatan deretan kenderaan parking di bahu jalan. Air melintasi jalan raya. Kiri dan kanan dipenuhi air yang abi jangkakan sedalam paras dada orang dewasa.
Beberapa kenderaan ringan mahupun berat masih lagi melintasi jalan tersebut biarpun airnya deras. Abi teruskan perjalanan juga hanya sekadar untuk melihat panorama air bah di Setiu.

Jalan utama menuju ke Jerteh-Kelantan
Kampung Buruk yg berhampiran dengan Bandar Permaisuri turut terjejas akibat banjir
Kg Pelong, kanak2 bermain air bah di hadapan rumah - drp FB Nurul Suraya
depan rumah. Berpindah ke tempat lebih selamat - FB Nurul Suraya
Tuesday, December 16, 2014
Gambang Water Park
Alhamdulillah berjaya juga menjejaki kaki ke sana setelah beberapa tahun plan. Untuk anak2 abi katakan. Mungkin inilah yang dikatakan kemuncak kepada cuti2 sekolah 2014 kali ini. Jom layan gambar2 kat sana.
setiap orang akan dibekalkan gelang @kupon kertas masuk. Takde gelang ni bermakna tak boleh masuk lah.
naik pelampung yang disewa. kalau datang awal boleh la sewa, kalau lewat gak, sengeh je la
bersambung next time pulakkk...
wassalam..
setiap orang akan dibekalkan gelang @kupon kertas masuk. Takde gelang ni bermakna tak boleh masuk lah.
berselfie dahulu sebelum masuk mandi manda
saat yang menyeronokkan di coco beach ni apabila tibanya ombak. Ombak ni tiba setiap 20 minit.Lepas tu off kejap.
ternganga keriangan si Furqan tuh. Dulu gak memang fobia sangat ngan kolam air
gelongsor air ...yeaaaahhhh
wassalam..
Majalah Oh Majalah
Sebahagian musim cuti ni dihabiskan untuk mengedit majalah sekolah. Bahan-bahan semua dah ada cuma baki yang tinggal adalah untuk susun semula supaya teratur. Susun ikut folder masing-masing.
Nak disetelkan sebelum cuti sekolah ari tu memang tak sempat memandang keje2 lain pun banyak juga yang belum beres. So, terpaksa diutamakan apa2 yang patut didahulu.
Minggu pertama dan kedua cuti memang tak sentuh apa2 tentang majalah. Pergi jalan sana sini. Buat urusan untuk ummi dan anak2. Tak pikir pasal urusan sekolah @ keje lagi. Bagi otak fresh sikit sebab dah banyak fikir sebelum cuti ari tu. Alhamdulillah sempat juga pergi jalan sampai ke Kuantan.
Masuk minggu ketiga abi dah bersiap sedia untuk bertempur semula dengan majalah sekolah. Huhu..cuti terganggu sedikit. Takpolah niat beribadah, InsyaAllah dapat pahala :)

sebahagian daripada koleksi peribadi majalah sekolah lama
Monday, December 15, 2014
4 cara mendidik@mentarbiah anak cara Saidina Umar r.a
1. ANAK 7 TAHUN KEBAWAH
- Anggap mereka seperti BUNGA, iaitu sentiasa dibelai, dimanja, disayangi walaupun mereka melakukan kesalahan.. anggap sahaja kesalahan yang dia lakukan itu kerana mereka belum faham apa-apa
2. ANAK DARI 8 TAHUN HINGGA 14 TAHUN
-Jadikan mereka sebagai HAMBA iaitu mengarah mereka untuk melakukan kerja, Tujuannya agar anak tersebut pandai berdikari dan pandai melakukan kerja tanpa disuruh (memberi pengetahuan dan pengalaman)
3. ANAK DARI 15 TAHUN HINGGA 21 TAHUN
-Jadikan mereka sebagai MUSUH iaitu jangan mudah memberi kepercayaan kepada setiap apa yang mereka cakap. Ibu bapa harus selidik dahulu dan memerhati anak dengan teliti ( Anak-anak zaman sekarang mudah terdedah dengan pelbagai cabaran IT dan teknologi serta pergaulan bebas)
4. ANAK DARI 22 TAHUN KEATAS
- Jadikan mereka sebagai SAHABAT iaitu selalu bercakap serta berkongsi pandangan dan menerima pandangan mereka selagi tidak salah dari segi agama. Tujuanna agar anak-anak tersebut merasakan dekat dengan ibu bapa mereka melebihi kawan-kawanya dan tidak takut untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi
dipetik dari: http://is-atika.blogspot.com
Sunday, December 14, 2014
GPS @ Sygic
Zaman sekarang ni amat mudah sekali bagi mereka yang suka sangat jalan2 ke merata tempat. Dengan perisian GPS dalam telefon anda@android anda mampu pergi ke mana sahaja. Nak ke mana??? cakap jer kat tepon anda tu.
Perisian yang selalunya dah ada dalam tepon android anda ialah google maps. Anda boleh taip nama lokasi yang anda ingin pergi. Dengan syarat tepon anda tu ada internet. Kalau takde internet memang tak menjadi lah!
Satu lagi perisian yang menarik untuk diguna pakai adalah Sygic. Sygic memang menarik dan mesra pengguna. Setakat yang abi pakai ni takde masalah. Begitu juga dengan google maps pun takde masalah. Cuma satu jer pasal google maps tu, masa abi melalui LPT boleh terputus hubungan dengan nya. Tak tau kenapa. Dari jalan Kuantan menuju ke Setiu.
Oh yer, citer pasal Sygic abi ada downloadnya melalui playstore tapi tak menjadi. Cakap jer free, tapi bila kita nak download, dimintanya pula password. Hampeh betoi!!!
So, bila abi search dalam internet, ada hamba Allah yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Kepada sesiapa yang nak download Sygic boleh pergi ke laman ni...
sila klik sini untuk guna GPS Sygic
ataupun anda boleh cuba juga yang ini...
sila klik sini untuk cara memasang Sygic
cara2nya dah ditunjukkan di situ. Silakan kalau berminat....

google maps

perisian sygic
Kg. Kurnia Bt 3 menggamit memori
Bismillahirrahmanirrahim...
Cuti sekolah dah pun bermula. Errrmmm, masih tak plan lagi nak ke mana. Yang ada di benak fikiran hanyalah ingin ke Kuantan. Nak gi jengok sedara mara di Kg. Kurnia, Batu 3, Jalan Gambang, Kuantan. Tapi, tak tahu pulak jalan ke sana.
Sudah hampir 14 tahun abi meninggalkan sebuah kampung kecil yang digelar Kg. Kurnia. Kali terakhir sewaktu abi masih menuntut diploma pendidikan di UIAM pada tahun 2000. Selepas itu tak sempat2 jengok lagi apa yang berlaku setelah dipostingkan oleh KPM ke Miri, Sarawak pada tahun 2001, bulan 8.
Kg. Kurnia jugalah merupakan arwah bapa mertua abi mencari secebis rezeki. Hanya beberapa tahun sahaja di sana. Dan selepas itu pulang semula ke Selatan Thai.
Bertemankan abang ipar alhamdulillah abi sekeluarga sampai jua akhirnya di sana.Nasib baiklah dia bawa juga GPS (Sygic)...
Inilah rumah peninggalan arwah. Telah roboh dan tidak dipedulikan oleh anak2. Semua anak duduk jauh belako termasuklah kami.
Maafkan kami wahai ayah...wahai ibu...keadaan memaksa kami untuk tidak sempat menjengok rumah ayah.
ziarah tapak rumah yang semakin hari semakin dihakis oleh Sungai Kuantan. Dahulunya kawasan tapak rumah ini adalah hutan paya pokok nipah dan ianya telah pun ditambun dengan tanah dan pasir oleh arwah.
Haji Eil (Ismail) adalah sedara kami dan merupakan jiran terdekat dengan rumah arwah. Nombor rumahnya PTK 94 manakala rumah arwah PTK 96. Selang satu rumah saja. Haji Eil dahulunya pernah bekerja dengan arwah sebelum bertugas sebagai Jaga di sebuah hotel.

Lebih mesra dipanggil Pakcik Zaki adalah merupakan jiran arwah juga. Pernah juga bertugas dengan arwah sebelum bekerja sebagai pemandu teksi.Suami isteri ini adalah berasal dari seberang juga!
InsyaAllah jika diizinkan akan abi post kan pula siri CCM 2014 pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)