Cuti sekolah dah pun bermula. Errrmmm, masih tak plan lagi nak ke mana. Yang ada di benak fikiran hanyalah ingin ke Kuantan. Nak gi jengok sedara mara di Kg. Kurnia, Batu 3, Jalan Gambang, Kuantan. Tapi, tak tahu pulak jalan ke sana.
Sudah hampir 14 tahun abi meninggalkan sebuah kampung kecil yang digelar Kg. Kurnia. Kali terakhir sewaktu abi masih menuntut diploma pendidikan di UIAM pada tahun 2000. Selepas itu tak sempat2 jengok lagi apa yang berlaku setelah dipostingkan oleh KPM ke Miri, Sarawak pada tahun 2001, bulan 8.
Kg. Kurnia jugalah merupakan arwah bapa mertua abi mencari secebis rezeki. Hanya beberapa tahun sahaja di sana. Dan selepas itu pulang semula ke Selatan Thai.
Bertemankan abang ipar alhamdulillah abi sekeluarga sampai jua akhirnya di sana.Nasib baiklah dia bawa juga GPS (Sygic)...
Inilah rumah peninggalan arwah. Telah roboh dan tidak dipedulikan oleh anak2. Semua anak duduk jauh belako termasuklah kami.
Maafkan kami wahai ayah...wahai ibu...keadaan memaksa kami untuk tidak sempat menjengok rumah ayah.
ziarah tapak rumah yang semakin hari semakin dihakis oleh Sungai Kuantan. Dahulunya kawasan tapak rumah ini adalah hutan paya pokok nipah dan ianya telah pun ditambun dengan tanah dan pasir oleh arwah.
Haji Eil (Ismail) adalah sedara kami dan merupakan jiran terdekat dengan rumah arwah. Nombor rumahnya PTK 94 manakala rumah arwah PTK 96. Selang satu rumah saja. Haji Eil dahulunya pernah bekerja dengan arwah sebelum bertugas sebagai Jaga di sebuah hotel.
Lebih mesra dipanggil Pakcik Zaki adalah merupakan jiran arwah juga. Pernah juga bertugas dengan arwah sebelum bekerja sebagai pemandu teksi.Suami isteri ini adalah berasal dari seberang juga!
InsyaAllah jika diizinkan akan abi post kan pula siri CCM 2014 pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment