Menurutnya ramai orang yang lalu lalang dan berhenti di situ pada malam tersebut. Keesokkannya bila dia beritahu ttg tempat tersebut barulah disedari bahawa tempat tersebut sememangnya tidak wujud sebelum ini. Memang abi akui dan sahkan bahawa tiada aktiviti jualan dijalankan semenjak 3 tahun kebelakangan ini.
Kali terakhir seingat abi pernah sebuah gerai dibuka pada sebelah pagi berhampiran JPJ Air Sejuk dan abi sempat bersarapan 2 3 pagi bersama kawan-kawan. Tidak berapa lama kemudian gerai tu ditutup. Memang kawasan tersebut hanyalah tempat yang sunyi dan tiada rumah berdekatan JPJ tu. Ermmm...apa benda ye??
So, berhati-hatilah bagi mereka yang selalu bermusafir jauh dan ingin "mencerahkan" mata dengan seteguk kopi panas di Kg Air Sejuk. Tapi yang nyata dan pasti ada satu tempat gerai makanan selepas sekolah sains (menuju ke Jerteh) yang terletak di selekoh. Itu yang PASTI !
JPJ sedang membuat pemeriksaan di Kg Air Sejuk
No comments:
Post a Comment