Tuesday, July 15, 2014

bayi menangis malam


Seorang ibu mengadu kepada abi akan hal bayinya yang sering menangis pada waktu malam terutamanya jam 12 tengah malam ke atas. Abi memberikannya beberapa tips untuk menangani masalah ini. Alhamdulillah tips yang abi berikan ini berhasil dan berjaya.

Dikongsikan beberapa tips ini untuk manfaat bersama.

1) Ambilkan air dan bacakan ke atasnya surah Al Fatihah dan ayat Al Kursi. Siibu atau si ayah boleh lah membacanya dan tidak perlulah menyusahkan orang lain untuk membacanya. Tapi jika ada oran yang warak agamanya di sekeliling kita eloklah menyuruhnya baca.

2) Ambil air tadi dan renjiskan di sekeliling tempat tidurnya. Boleh juga menggunakan spray air untuk menyemburnya. Amalan ini dilakukan sebelum masuknya waktu maghrib.

3) Air itu juga bolehlah disapu pada kepala si bayi tadi sebelum waktu maghrib atau pada waktu malamnya.

4) Apabila si anak mula menjerit pada waktu tengah malam, azankan d telinganya dengan kadar sederhana kuat. Boleh dilakukan oleh sesiapa dan seeloknya bapa bayi tersebut. Selepas azan bacakan al fatihah sambil mendukung bayi tersebut. InsyaAllah bayi akan berhenti menangis.

5) Jika bayi tidak berhenti juga menangis, ulangi azan dan al fatihah sekali lagi.

6) Jika tidak berhenti juga.....cuba check tahap kesihatannya, lampinnya, tempat tidurnya kot2 ada semut dan sebagainya...

InsyaAllah kita hanya mampu berikhtiar Allah sahaja lah Penyembuhnya...

wallahu 'alam.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.