Pernahkah anda mengalami rasa ingin terkentut hilang secara
tiba-tiba dan tidak dipastikan sama ada angin tersebut sudah keluar atau
tidak? Entri ini boleh membantu anda yang ragu-ragu untuk memastikan
solat sah dan adakah benar terkentut.
Seringkali ragu-ragu mendatangkan kesulitan kerana ia terikat pada keadaan sah atau tidak sesuatu ibadah khususnya solat. Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian merasai sesuatu di perutnya, lalu ia ragu-ragu apakah keluar sesuatu ataukah tidak, maka janganlah ia keluar dari masjid hingga ia mendengar suara atau menghidu bau." (Riwayar Muslim no.362).
Melalui hadis ini dapat diambil satu kaedah fiqh yang mengatakan “Keyakinan tidak akan hilang dengan raguragu”, iaitu ragu-ragu tidak sekali-kali akan wujud dalam suatu keyakinan. Dalam erti kata lain, kita yang berwuduk akan kekal berwuduk sehinggalah kita benar-benar yakin berlaku hadas dan sekiranya kita berhadas maka kita akan kekal berhadas sehingga berwuduk kembali.
Dalam hadis lain, Baginda s.a.w bersabda “Janganlah berpaling hingga dia mendengar suara atau mendapati bau.”(Riwayat Bukhari no. 177 dan Muslim no. 361). Maka bagi kita yang ragu-ragu tentang hadas, tidak harus untuk kita berwuduk bahkan kita perlu tetap meneruskan solat. Namun, jika telah yakin berlakunya hadas samada dengan mendengar atau menghidu bau maka hendaklah kita
berwuduk.
sumber: Majalah i karangkraf

No comments:
Post a Comment