1 day ago
Sunday, March 22, 2015
peluang sekali ke dua kali ?
Ada orang kata "peluang hanya datang sekali sahaja"....Betul ke?
Cuba kita perhatikan dalam realiti kehidupan,betul ke tidak kata2 sedemikian.
Memang ya ada kebenarannya juga peluang itu hanya datang sekali dan tidak mungkin akan datang lagi.
Dan ada kemungkinannya peluang yang pertama itu akan datang semula kepada kita pada peluang yang kedua. Tapi mungkin dalam bentuk yang berlainan.
Adapun peluang hanya datang sekali sahaja dalam hidup kita adalah "peluang hidup". Setiap orang hanya akan hidup sekali sahaja di dunia ini. Tiada orang yang hidup kemudian mati dan dihidupkan semula di dunia yang sama.
Peluang untuk si pulan bercucuk tanam@beramal di dunia ini hanya sekali sahaja untuk bekalan akhiratnya. Kalau banyak hasil yang ditanam, maka cemerlang lah akhiratnya. Kalau sedikit hasil tanamannya maka kedudukannya untuk menikmati syurga Allah amat tipis baginya. Dan mustahil lagi baginya diberi peluang yang kedua untuk bercucuk tanam@beramal di dunia yang fana ini.
Inilah salah satu rakaman antara penghuni neraka yang mana mereka ini mengadu kepada tuhannya agar dikembalikan mereka ke dunia ini adalah semata2 untuk beramal walau sesaat cuma! Peluang yang kedua tidak mungkin baginya.
Namun begitu,peluang yang kedua adakalanya menemui seseorang itu. Sebagai contohnya peluang untuk seseorang itu bertaubat setelah menyesali atas perbuatannya yang lampau. Begitu juga peluang untuk seorang ahli bisnes yang jatuh tersungkur untuk bangkit semula daripada kegagalannya. Sama juga lah seperti seorang suami yang ingin merujuk kembali isterinya setelah diceraikan.
Itu semua adalah contoh peluang kedua untuk seseorang mengkoreksi semula dirinya setelah melalui peluang yang pertama.
Sebagai orang Islam kita haruslah bersyukur kepada Ilahi kerna masih lagi diberi peluang kedua. Mungkin peluang yang pertama dahulunya kita telah tersalah langkah, terlalu ikutkan emosi, tidak mengambil pandangan cerdik pandai@orang2 tua, bahkan jauh daripada itu kita tidak meminta petunjuk Ilahi. Petunjuk Ilahi adalah yang paling penting sekali!
wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment