Sihir anak sendiri, rebut hak penjagaan anak selepas penceraian suami isteri...
Menggunakan sihir dalam kes2 perebutan hak penjagaan anak2 kerana penceraian ibu bapa adalah sangat zalim...
Bayangkan.. anak2 yang masih kecil dikenakan sihir dengan tujuan supaya anak2 tersebut cenderung utk memilih samada untuk tinggal dengan ibu atau bapanya...
Perkara keji ini dilakukan oleh ibu bapa kepada anak itu sendiri atau nenek atau datuk kepada kanak2 tersebut. Mungkin mereka tidak berniat sebegitu, mungkin niat asal kononnya ingin "berubat", lalu mereka bertemu dengan perawat2 atau bomoh2 yang menggunakan kaedah2 yang tidak diredhai Allah, kaedah2 perawatan yang menggunakan pemujaan2 jin dan syaitan.
Kasihan... akibatnya, kecik2 lagi dah ada berpuluh2 jin duduk dalam badan... diantara kesan2nya, anak2 yg terkena sihir ini jadi demam / sakit yang berlarutan, degil, buas, ganas, suka bergaduh, suka mencuri, bodoh, dungu, hingga boleh akibatkan kecacatan deria / anggota... rosak masa depan budak...
diambil daripada blog guruku...Ustaz Azrin
No comments:
Post a Comment