Monday, June 8, 2015

tazkirahkan mereka!

Musim cuti sekolah dua minggu abi rasakan begitu singkat sekali. Segala perancangan ada yang dapat dilaksanakan dan ada yang tidak dapat dilaksanakan. Ya, kita yang merancang Dia yang menentukan! 

Masa bersama dengan anak2 di waktu cuti ini amat bermakna sekali buat abi. Sedari celik mata bangun tidur hinggalah melelapkan mata pada malamnya. Rutin harian mereka diperhatikan abi dan ummi. Apa yang mereka buat pasti akan abi tahu. Setidak2nya mereka bermain dan dengan siapa mereka bermain, apa yang mereka main akan diambil tahu. Saat umur sebegini haruslah kita awasi pergerakan mereka. 

Along dah terpilih untuk mengikuti Korobori Pengakap peringkat kebangsaan di Kem Telaga Batin selama seminggu. Alhamdulillah ada juga masa dan pengalaman berharga buat along.Namun kepulangannya sebaik sahaja habis kem dengan suara yang serak dan sengau. Semacam dah terkena selsema. Bila ditanya bagaimana dengan kem, seronok atau tidak. Dijawabnya tidak seronok. Macam2 kedengaran cerita2 yang tidak best sepanjang kem. Tidur lewat la, tandas rosak, kem komandan yang bengis la.....Sebagai seorang ayah abi bangga kerana anakk dah melalui saat2 sebegitu. Sekurang2nya itulah pengalaman bagi dia yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. 


Along, salah seorang peserta pengakap dari SK Kpg Buloh, Bandar Permaisuri

Angah pula, mengikuti Kem Anak Soleh anjuran Masjid Permaisuri di bawah kelolaan Imam Muda Us Ahmad Solihin. Pergi ke tempat kem awal pagi dan pukul 6 petang menjemputnya semula untuk pulang. Bila ditanya angah tentang kem, seronok katanya. lagipun kat situ ada kawan2nya satu sekolah.


Itu program luar. Program dalaman pula tak dilupakan. Sebaik habis solat Maghrib secara berjemaah, abi menyampaikan sedikit cerita yang penuh dengan iktibar. Ada cerita orang2 soleh dan juga kisah para nabi.Biar lah sedikit pun asalkan menjadi. Syukur angah begitu bersemangat untuk menjadi pendengar setia cerita abi setiap kali lepas solat maghrib. Tak sabar pula dia nak tau apa pula cerita keesokan harinya! 

Yang penting, tazkirahkan mereka! Berilah masa kita kepada mereka. Kalau kita dapat berikan masa kepada kawan2 kita dengan bersembang @ chitchat @whatsapp, mengapa tidak untuk anak2 kita...

Fikir2 kan.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.