Wednesday, September 30, 2015

Kenapa hidup susah ?

Adakalanya apa yang menimpa kita ini adalah berpunca daripada diri kita juga. Pernah tak kita terfikir apa yang kita buat selama ini semuanya betul? Pernah terdetikkah dalam hati kita apa yang pernah kita buat selama ini adakalanya salah dan  tersilap. 

Allah turunkan ujian dan bala kepada hambnya adalah untuk  mengajar hambanya. Ada juga Allah turunkan ujian adalah sebagai kifarah ke atasnya. Bukankah Allah telah menurunkan bala ke atas umat nabi-nabi terdahulu adalah untuk mengajar dan memberi pengajaran???Kaum 'Ad , kaum Thamud, kaum Lut dan banyak lagi, mereka ini semuanya telah dibinasakan. Kita yang hidup terkemudian ini ambillah pengajaran daripadanya. 

Melalui pengamatan mata kecil abi, hal ini bisa kita lihat di sekeliling kita. Ada orang yang hidupnya susah. Susah dalam mencari rezeki. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada anak yang ramai dan terbiar. Akibatnya anak-anak tidak mengenali dan mendekatkan diri dengan yang Esa. Soal ibadat dipandang enteng dan remeh. 

Ada orang yang rezekinya melimpah ruah. Nak makan tujuh keturunan pun tak habis. Boleh enjoi sana sini. Makan yang sedap-sedap belaka. Tapi satu saja yang tidak  mencukupinya.......hatinya tidak tenang. Pabila kita melihatnya, kita nampak dia adalah orang yang bahagia, tapi sebenarnya tidak.
"Memiliki kemewahan dunia itu tidak semestinya memiliki hati yang tenang."
Cubalah jangan berburuk sangka sesama sendiri. Kelak hancur kita. Hati kita takkan tenang selamanya. Bila nak bekerja hati kita akan rasa resah dan gelisah. Nak buat itu dan ini semuanya akan susah.Fikiran berkecamuk. Tidak fokus.

Hal ini kembali kepada apa yang telah kita lakukan.Mungkin kita ada iri hati dan dengki kepada kawan kita, Allah akan balas ke atas diri kita atau ahli keluarga. Kalau kita suka aniayai orang lain, tidak mustahil suatu masa nanti Allah akan aniyai kita atau ahli keluarga kita pula.

Betullah kata pepatah "Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali" 

Renung-renungkan. 


Tuesday, September 22, 2015

Naratiwat@Ziarah Sedara

Naratiwat, Kpg Berape, jalan Kowa

Sempena cuti2 Malaysia







Saturday, September 12, 2015

Wednesday, September 9, 2015

berhabuk...

Alhamdulillah dapat juga jari ini memetik keyboard...

Agak usang rasanya bila lama dah meninggalkan blog ni. Seolah rumah yang bertuan tapi tidak dijengok tuannya.

Berhabuk memang la berhabuk. Sebab takdak orang yang menjengok.
Kali ni mmng banyak citer abi nak kongsikkan.

24 Ogos memang tarikh keramat yang tak dapat abi lupakan. Our anniversary ...
Bila kenangkan tarikh ni, lamanya abi dah kawin dengan ummi. 17 tahun beb! Kalau budak laki memang dah akil baligh ni. Kalau pompuan pula memang cute giler aaaarr.Bersolek sana sini. pipi memutih...

Alhamdulillah abi diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama isteri dan anak-anak. Terima kasih buat isteri kerna sudi menjadi pendamping hidup ini. Tiada kata-kata indah  yang nak dilafazkan melainkan jazakumullahu khairan kathira atas layanan kpd diri ini, layanan untuk anak-anak dan sebagainya.

Seandainya abi tiada dan abi pergi dulu menghadap ilahi, abi ingin perkatakan bahawa abi halalkan atas apa yang berlaku sepanjang hayat kita berdua. Tiada dendam,zalim menzalimi apatah lagi ingin menganiyai insan kerdil yang banyak memberi khidmat sepanjang al hayah az zaujiyyah.


5 Sept adalah my besday abi. huhu dah masuk 40 rupanya abi ni.....kalau tengok di kepala tu mmg adalah 4 5 urat anak rambut putih. kat janggut pun ada. Bila kita dah meningkat usia, percayalah umur kita semakin pendek.

Hayat kita makin singkat dan makin hampir dengan kubur. Ajal maut kian menghampiri. Entah esok entah lusa kita bakal menemui pencipta kita.

Ya Allah matikanlah kami dalam keimanan kepadaMu. Tempatkanlah kami bersama orang-orang soleh dan auliya'Mu. Amin.


gambar tahun 2010

tahun 2011


tahun 2013
 
 tahun 2014

and it's me in 2015...

alhamdulillah 'ala kulli hal....




 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.