Wednesday, September 9, 2015

berhabuk...

Alhamdulillah dapat juga jari ini memetik keyboard...

Agak usang rasanya bila lama dah meninggalkan blog ni. Seolah rumah yang bertuan tapi tidak dijengok tuannya.

Berhabuk memang la berhabuk. Sebab takdak orang yang menjengok.
Kali ni mmng banyak citer abi nak kongsikkan.

24 Ogos memang tarikh keramat yang tak dapat abi lupakan. Our anniversary ...
Bila kenangkan tarikh ni, lamanya abi dah kawin dengan ummi. 17 tahun beb! Kalau budak laki memang dah akil baligh ni. Kalau pompuan pula memang cute giler aaaarr.Bersolek sana sini. pipi memutih...

Alhamdulillah abi diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama isteri dan anak-anak. Terima kasih buat isteri kerna sudi menjadi pendamping hidup ini. Tiada kata-kata indah  yang nak dilafazkan melainkan jazakumullahu khairan kathira atas layanan kpd diri ini, layanan untuk anak-anak dan sebagainya.

Seandainya abi tiada dan abi pergi dulu menghadap ilahi, abi ingin perkatakan bahawa abi halalkan atas apa yang berlaku sepanjang hayat kita berdua. Tiada dendam,zalim menzalimi apatah lagi ingin menganiyai insan kerdil yang banyak memberi khidmat sepanjang al hayah az zaujiyyah.


5 Sept adalah my besday abi. huhu dah masuk 40 rupanya abi ni.....kalau tengok di kepala tu mmg adalah 4 5 urat anak rambut putih. kat janggut pun ada. Bila kita dah meningkat usia, percayalah umur kita semakin pendek.

Hayat kita makin singkat dan makin hampir dengan kubur. Ajal maut kian menghampiri. Entah esok entah lusa kita bakal menemui pencipta kita.

Ya Allah matikanlah kami dalam keimanan kepadaMu. Tempatkanlah kami bersama orang-orang soleh dan auliya'Mu. Amin.


gambar tahun 2010

tahun 2011


tahun 2013
 
 tahun 2014

and it's me in 2015...

alhamdulillah 'ala kulli hal....




No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.