Saturday, January 30, 2016

ceramah Denggi

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung satu ceramah ringkas pada waktu asembly tadi. Ceramah yang diundang khas daripada Pejabat Kesihatan Daerah Setiu. Encik Arif. Katanya kini negeri Terengganu sedang dilanda wabak denggi. Daerah yang paling kritikal wabak denggi adalah Kuala Terengganu. 

Di Setiu pula, terdapat beberapa kes antaranya di Penarek Baru. 

Terdapat beberapa fakta yang menarik tentang nyamuk aedes: 
- boleh hidup sekitar 3 bulan sahaja
- nyamuk betina yang menggigit mangsa
- nyamuk jantan akan mengawan sebanyak 2 kali seminggu dan akan mati selepas mengawan
- nyamuk betina akan mengeluarkan telor yang banyak sehingga 10 ribu telur 
- akan menggigit mangsa sekitar jam 7 pagi dan lewat senja pukul 6 - 7 petang
- tidak semua nyamuk aedes ada virus denggi, hanya yg ada virus itu sahaja yg akan memberi kesan kpd mangsa




Setakat ini kes denggi adalah banyak di kalangan para pelajar sekolah. Harap ceramah seperti ini mampu memberi kesedaran kepada kita semua. 

Sikap kita yang penting sekali dalam penjagaan kebersihan diri mahupun tempat tinggal.Islam amat menitik beratkan soal kebersihan. Jika diabaikan kebersihan, natijahnya akan kembali kita juga. 

DENGGI membawa maut! 

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.