Jangan terkejut bila anda baca ada perkataan CINTA.
Dan jangan anda bayangkan bila mana ada kalimah CINTA ianya hanyalah dua insan yang sedang dilamun CINTA.
Setiap daripada kita pernah berCINTA kan? dan ada perasaan CINTA kan ?
Ya termasuklah abi sendiri.
Pernah tak kita lihat seorang anak kecil menangis atau merengek memanggil manggil nama ibunya? Sudah tentu anak kecil itu memanggil orang yang disukainya dan dikasihinya. Dari situlah timbulnya perasaan CINTA.
KITA pula bagaimana? Ke manakah arah nak dilontarkan CINTA itu? Maaf abi katakan bahawa CINTA itu bukan terarah kepada satu insan sahaja seperti pasangan kekasih atau sepasang suami isteri.
CINTA itu banyak arah sebenarnya.
CINTA makhluk kepada Khaliq
CINTA makhluk sesama makhluk
Bagaimana nak uruskannya? Susah ke? Tak la susah sangat jika kita tau membahagikannya.
CINTA makhluk kepada khaliqnya. Sememangnya ia tiada tolok bandingnya.wajib dicintai setiap masa dan ketikanya. Malah kita diajar agar sentiasa menguruskan CINTA kita dengan Khalik pada waktu2 yang ditentukan.Bila? Lihatlah taqwim solat di situlah CINTA anda bertaut!
Syabas kepada mereka yang berjaya menguruskan CINTAnya dengan baik. Anda bagaimana ?
Bukan setakat menepati waktu solat, tapi bagaimana pula dengan lafaz kalamullah di dalam kitab tersebut? adakah dah terbaca setiap hari? Yang mana lebih banyak dipegang? pegang Al quran ke atau pegang HP? yang mana lebih banyak dibuka, buka al quran ke atau buka HP?
Jika anda salah satu daripada mereka yang banyak memegang dan membuka HP setiap hari berbanding Al quran, maka percayalah.....anda belum menggapai CINTAnya. Itulah petunjuk awal yang senang diambil kira dan dicheck in.
bersambung ......part 2 nanti
9 hours ago
No comments:
Post a Comment