Sunday, April 3, 2016

Hamba Dunia



Sedih bila mana melihat manusia yang tak sedar diri bahawa dia telah menjadi hamba dunia. Apa tidaknya? Ye la dengan handphonenya yang canggih manggih itulah yang dia bawa ke hulu ke hilir dalam poketnya. Tak sampai 5 minit diambilnya HP tersebut. Dibuka skrinnya.

Ke mana saja dia pergi pasti HP di tangannya. hatta kalau bersama kawan2 sekalipun HP adalah kawan utamanya. Tak dilayan kawan yang ada bersamanya sebaliknya HP yg dilayannya.Oh hamba dunia!!!!

Waktu berjalan2 nak ke sesuatu tempat pasti dibuka HP. Macam nak cari peta lokasi guna GPS.Melihat di skrin HP adalah lebih bamyak daripada melihat di hadapan jalan. Tak heran lah kalau dulu kedengaran citer seorang misi terjatuh dalam longkang gara2 melihat HP sambil berjalan.

HP tak salah. Yang salah adalah tuannya. HP banyak kebaikannya.

Musuh Allah bersorak kerana perencanaannya menjadi untuk melalaikan umat Islam.Tak dapat untuk membunuh muslim, melalaikannya pun jadilah.Melalaikan daripada mengingati Allah setiap masa. Sepatutnya mereka fokus untuk melakukan kerja dengan sepenuh hati tapi tidak. Setiap 2 -3 minit sekali pasti dibuka HPnya. Berwasap lah, balas komen dari FB lah, upload gambar ke instagram lah, berweechat lah sambil menunjukkan tudung baru,baju baru, fesyen baru.....bla....bla....bla....Oh hamba dunia!!

Memang betul la kita berada di penghujung dunia. Dunia hampir2 nak kiamat. Amat beruntung mereka yang diberi petunjuk oleh Allah SWT agar tidak mudah tertipu oleh dunia.Amat beruntung juga 'generasi X' yang mana pada zaman mereka ini tiada benda2 sebegitu. Dan tidak dilalaikan dengan alat2 penDAJALan ini.

Bertaubatlah wahai hamba Allah. Masih ada lagi ruang lingkup untuk kita lakukan sebagai hamba Allah. Banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan.Usah jadi hamba dunia dan pengikut DAJAL.

5.30 pagi.
hamba yang faqir kpd Allah.


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.