Tapi si ibu sedikit terlupa untuk menyatakan ciri2 anaknya itu yang telah pun berkahwin dan diceraikan oleh bekas suaminya beberapa tahun yang lalu. Segala kebaikan ditonjolkan dalam FB. Dan turut menyatakan bahawa bakal menantunya nanti mestilah seorang yang berharta @bergaji besar, mempunyai pendapatan yang tetap, kaki masjid@elok budi pekerti.
Hebat betul dunia sekarang ni. Anak pun boleh dilelong melalui internet. Begitu juga nak cari jodoh bolehlah iklankan kat ruangan mencari jodoh. Abi masih teringat suatu ketika dulu, masa zaman budak2 suka sangat baca sebuah majalah dan pada ruangan majalah tersebut disiarkan gambar2 foto ahli kelab majalah tersebut beserta dengan butiran dirinya.
Ohhh!berbalik kpd citer siibu tadi,kalaulah calon menantunya mempunyai ciri2 yang seperti dikehendaki maka di pihak perempuan pula pun seperti yang demikian rupa. Jangan cuba untuk menipu walaupun sedikit kerana natijahnya cukup besar. Apa yang diharapkan oleh si suami adalah seperti yang diiklankan. Jika tiada ciri2 sedemikian slps perkahwinan, ada kemungkinannya rumah tangga akan retak dan boleh membawa kepada perceraian.
Berhati2 lah dalam "mempromosikan diri@seseorang" dengan kebaikan yang ada. Ditakuti ia tak sama seperti yang diharapkan. Sama lah juga jika kita membeli sebuah kereta yang mewah, BMW misalnya.Body luarannya nampak cantik dan gah. Tapi part dalamannya hancussss.! sistem audionya rosak, brek tak makan, signal tak menyala dan banyak lagi. Apa guna pada nama yang gah tapi tidak memberi kepuasan kpd pengguna!
gambar ihsan dr Encik Google
No comments:
Post a Comment