Time duk wat ikan kicap ni, teringat masa belajar kat Jordan dulu. Antara feveret menu bila masak di umah sewa adalah masak kicap. Ayam masak kicap. Tapi tak selalu la buat ayam masak kicap sebab kicap susah nok cari kat Jordan. Time g umrah baru la dapat beli kicap. Tu pun kicap Indon.
Anak2 memang suka masakan kicap ni. Kalau buat ayam masak kicap tentu diorang suka lagi. Tapi abi xsyorkan sangat la buat ayam selalu. Kekadang tu kena tukar jugak. Asyik ayam jer. Tebal la lemak nanti. Lagipun tak elok kan makan ayam selalu kan?
Tapi masakan kicap ummi lagi sedap la berbanding masakan abi. Abi hanya tukang masak "relief" jer. Time ummi tak masak abi yang akan ambik alih. Ari ni pun sama gak. Abi kena relief masak utk anak2.
Diorang kasi jari best juga la kat abi. Kata mereka mmng sedap juga...huhu...kalu tak puji gak silap ari bulan xmakan la diorang.hahaha
camner nak buatnya???
ala...senang jer...very simple jer.menu orang bujang...
tumiskan bawang besar n putih.pastu masukkan kicap. Nak kasi kuah banyak letak kan air banyak sikit. Bubuh la gula n garam secukupnya. InsyaAllah sedap la macam kat restoran...
Anak2 ni tak perlu makanan yang hebat2 macam kat hotel tu.Cukup la buatkan masakan kicap ke...masak merah ke...tumis ke...dll.
InsyaAllah apa yg disediakan oleh ibubapa untuk anak2, itulah yang berkat namanya.Rezeki pun berkat!
tapi kalau korang nak tau masakan yang sebenarnya,korang boleh klik link di bawah ni. Kalau tetamu datang masaklah ikut cara ni. Jangan ikut cara abi, nanti diorang kata ni budak darjah 4 boleh buat.hahaha
http://www.blogopsi.com/2015/12/resepi-ikan-kembung-masak-kicap.html
memang iras macam ni la abi buat. cuma tak letak lada jer sebab takut pedas anak tak boleh makan. Gambar tu ihsan drp Mr Google
#masak itu seronok.menghilangkan stress!
wallahu'alam.
1 day ago
No comments:
Post a Comment