Terkadang rasa boring bila pikir pasal kerja yang tak habis2. Semakin hari semakin banyak kerja. Kerja lama pun tak habis2 lagi. Mari pula kerja yang lain. Siapa kata jadi cikgu ni duk rileks dan goyang kaki??
Kalu nak dibandingkan dengan zaman dulu boleh la....cikgu duk ccaro ko ngajar bebudak jah.Tak perlu isi gotu goni, borang itu ini, e itu e ini...loni semo keno isi...kena atas ppalo cikgu belako.
Bukan setakat tu saja, program sekolah pun adakalanya turut memeningkan kepala cikgu cikgi. Maaf cakap la....ada juga program yang entah apa2 yang dibuat kononnya untuk kebaikan murid2. Lebih jauh lagi biar orang kenal nama sekolah. Kiro nak wat naik nama sekolah lah! Nok suruh ssohor katakan.
saya setuju la ada beberapa sahabat mengatakan bhw pendidikan di sekolah hari ini makin jauh tersasar dari landasan yang sebenar.Bahkan sudah lari daripada objektif yg sebenar. Banyak sangat program itu ini tapi ianya tidak memberikan impak yang banyak pd pelajar. Hanya penat dan memenatkan guru serta beberapa pihak yang lain.
Pendidikan hari ini kerap berubah pabila berubahnya pak2 menteri kabinet, khususnya pak menteri pendidikan. Ada saja sesuatu yang baru dalam pendidikan jika pak menteri bertukar. Tanya lah cikgu2 jika tak percaya!
Hari ni cuti Isra' Mi'raj, tak kerja. Malas nak pikir pasal kerja walaupun banyak kerja yang tak setel.Sepagi hari ni duk sibuk nga berkebun jer dan mengecat pagar rumah. Kepala ringan sekejap sebab tak perlu pikir.
Jika difikir lama2 tak buat benda lain la kita ni. So, bagus jangan fikir.
36 minutes ago
No comments:
Post a Comment