1 day ago
Friday, February 23, 2018
FB tu Dadah
Hari ni ramai yang tak celik dengan mata hati , apabila berleluasanya FB di kalangan muda mudi, tak kurang juga yang berumur dan berusia. FB telah masuk dalam kehidupan mereka secara tak langsung. Pendek kata tak buka FB satu hari rasa gelisah. Tak seronok kalau tak buka sebab tak tau berita apa yang orang lain buat....lebih dahsyat lagi, rasa tak puas hidup sebab tak dapat bagi 'sesuatu' pada orang lain tentang apa yang kita ada. Kononnya nak 'share' lah.
Ketahuilah olehmu bahwa FB itu jarum Yahudi yang ingin melalaikan Umat Islam. Sedaya upaya mereka cuba untuk menjauhkan orang Islam daripada Allah SWT. Dan cara yang mereka bawa adalah dengan mengasyikkan manusia dengan FB. Seseorang akan berseronok dengan FB. Seronok untuk posting apa yang dia buat. Rasa seronok bila ada kawan2 komen.Rasa seronok bila dapat banyak LIKE darpada kawan2....huhu ...itu lah namanya dadah FB. Kita akan khayal dalam dunia FB. Lebih malang lagi banyak masa dihabiskan dengan FB.
betulkah begitu??? orang yang ketagih dadah @ ganja macam tu lah kan? Mereka akan sentiasa mencari dadah setiap masa untuk kepuasan diri mereka. Kalau tak dapat satu hari mereka gelisah. Bila dah dapat mereka akan khayal dalam dunia dadah.
Begitulah juga halnya bagi mereka yang dah gian dengan FB ni. Mereka akan bukanya setiap masa. Terasa nak tau berapa LIKE dapat daripada kawan2. Terasa nak tau apa kawan2 kata tentang posting kita tu.
Kita tak sedar kita asyik membaca jer posting orang yang entah apa2 tu. Lepas habis satu posting, pindah pulak ke posting orang lain pulak....memang tak habis la. Tapi terkecuali la jika membaca posting yang ilmiah atau sesuatu info.
FB ini akan menggari kita sehingga kita tak boleh buat benda lain. Bila nak buat benda lain kita akan terikat dengan FB. Contohnya, kalau berada kat mana2 tempat, mesti akan dimasukkan posting dia dalam FB. Kalau ada minum atau makan sesuatu, mesti akan posting tentang makan minum. Pendek kata semua pergerakan nya akan tertakluk kepada FB.
Mahukah kita menjadi hamba FB sebegitu ??? Hanya mereka yang celik dengan mata hati saja yang akan berkaitan demikian. Selebihnya akan mengatakan .....
alaaa....sekali sekala share dengan kengkawan apa salahnya.
alaaaaa.....takkkan share begitu pun tak boleh.
nak kongsi dengan kawan,takkan tak boleh???dia pun kongsi dgn kite jugak!
Ketahuilah sahabatku, musuh Islam takkan senang dan duduk diam melainkan kita dah masuk perangkapnya. Mereka akan bertepuk tangan sebab kita dah jauh daripada ajaran agama Islam sebenar.
HELLO BRO!LUANGKAN MASAMU
Selepas bilal selesai mengalunkan azan pertama, aku lihat jari jemarinya masih seronok lagi untuk memetik handphone.Ya,, seronok.sehinggakan tak pandang kiri dan kanan hadirin di saf solat. Sungguh aku tak bohong dan aku rasa sikit terkilan dgn perangainya yg masih sedemikian walaupun hanya beberapa minit saja lagi khatib akan menaiki mimbar untuk berkhutbah.
Betullah kata alim ulamak, teknologi itu memberikan impak yg besar dalam kehidupan seharian seorang hamba Allah. Teknologi itu ada baik dan buruknya.Terpulang kepada si penggunanya.
Bila hal sedemikian terjadi kpd 'bro' seorang ni, aku rasa ada eloknya aku berpesan khasnya kpd diriku dan juga fbians yg lain agar tak tersasar sepertinya.
Masa yg mana lagi kita nak luangkan masa dengan Allah SWT???itulah saat² yang berbaki yg ada untuk seorang hamba bermunajat,berzikir, bertafakur, bermuhasabah dll....tapi kalau jari kita masih asyik lg dgn hp....entahlah tak tau nak kata apa.
Penampilannya tak ubah mcm seorang 'ustaz', berjanggut panjang dan berjubah lg...cukup untuk dikatakan persis ahli agama. MasyaAllah, boleh menimbulkan fitnah hal sedemikian.Aku tau dia adalah seorang pegawai di salah sebuah jabatan kerajaan. Tapi itulah......sesibuk mana kita pun dgn dunia kerja kita,,,,,LUANGKAN MASAMU UNTUK ALLAH. Masih byk lg masa yg Allah berikan untuk kita, takkan lah masa itu yg bro pilih. Simpanlah hp tu, perkemaskan qasad dan nawaitu untuk berjumaat.Berzikirlah...bermunajatlah...moga² itu lah saat mustajab doa.
Aku yg fakir di sisiMu
Subscribe to:
Posts (Atom)