Friday, February 23, 2018

HELLO BRO!LUANGKAN MASAMU


Selepas bilal selesai mengalunkan azan pertama, aku lihat jari jemarinya masih seronok lagi untuk memetik handphone.Ya,, seronok.sehinggakan tak pandang kiri dan kanan hadirin di saf solat. Sungguh aku tak bohong dan aku rasa sikit terkilan dgn perangainya yg masih sedemikian walaupun hanya beberapa minit saja lagi khatib akan menaiki mimbar untuk berkhutbah.
Betullah kata alim ulamak, teknologi itu memberikan impak yg besar dalam kehidupan seharian seorang hamba Allah. Teknologi itu ada baik dan buruknya.Terpulang kepada si penggunanya.
Bila hal sedemikian terjadi kpd 'bro' seorang ni, aku rasa ada eloknya aku berpesan khasnya kpd diriku dan juga fbians yg lain agar tak tersasar sepertinya.
Masa yg mana lagi kita nak luangkan masa dengan Allah SWT???itulah saat² yang berbaki yg ada untuk seorang hamba bermunajat,berzikir, bertafakur, bermuhasabah dll....tapi kalau jari kita masih asyik lg dgn hp....entahlah tak tau nak kata apa.
Penampilannya tak ubah mcm seorang 'ustaz', berjanggut panjang dan berjubah lg...cukup untuk dikatakan persis ahli agama. MasyaAllah, boleh menimbulkan fitnah hal sedemikian.Aku tau dia adalah seorang pegawai di salah sebuah jabatan kerajaan. Tapi itulah......sesibuk mana kita pun dgn dunia kerja kita,,,,,LUANGKAN MASAMU UNTUK ALLAH. Masih byk lg masa yg Allah berikan untuk kita, takkan lah masa itu yg bro pilih. Simpanlah hp tu, perkemaskan qasad dan nawaitu untuk berjumaat.Berzikirlah...bermunajatlah...moga² itu lah saat mustajab doa.
Aku yg fakir di sisiMu

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.