Monday, April 9, 2018

Teknologi vs jin

Rupanya dengan adanya teknologi terkini seperti gajet@ handphone dapat juga untuk bertarung dengan jin,syaitan mahupun iblis. Kalau dulu aku fikir hanya ruqyah yg dilafazkan oleh seorang perawat@mualij sahaja yg berkesan ke atas pesakit.

Kini dengan adanya hanphone,ia juga dapat bertempur dengan makhluk halus ini. Aku dulunya tak tarcaya tp kini dah mempercayainya.

Lewat malam,datang seorang hamba Allah kepadaku mengadu tentang sakit lenguh di anggota pehanya. Lepas itu mengadunya pula lenguh yg amat sangat pada anggota lengan Serta telapak tangannya....aku urut sambil membaca beberapa ruqyah...

Sehinggalah pada suatu Masa aku terasa lain macam pd hamba Allah itu. Lantas aku Mula Azan Dan ku lihat matanya meliar ke arah mukaku. Aku dah Mula syak bahawa dia dah kerasukan. Aku teruskan bacaan ruqyahku sehinggalah ke penamatnya....

Dari gerak gerinya masih lg dia kerasukan sehinggalah terpacul keluar Dr mulutnya beberapa perkataan "aku mengantuklah....nak tidur"....acapkali dia ucap begitu...aku fikir dia "jin tidur".

Selepas beberapa lama aku meneruskan bacaan ruqyahku. Kekadang dia terjaga Dan tertidur semula...beberapa Kali dia Cuba psyko aku dgn berkata " mu tak mengantuk ko? Pergi lah tidur...aku tak layan cakap dia.

Sehinggalah lah aku ketandusan idea untuk membaca ruqyah.Alhamdulillah Allah beri idea pdku supaya aku membuka ruqyah syariah melalui you tube.aku taip Maka keluarlah ruqyah drp Syeikh Misyari Rasyid Al Affasi.Aku pasang Dan letak Kat telinga dia. Berhasil Dan menjadi. Dia menangis dan gelisah. Aku running ruqyah tu hampir Satu jam lebih sehinggalah aku rasakan bhw "dia" dah keluar ikut tangan Dan mulut.

Satu ilmu baru bg diriku bhw dpt juga pasang ruqyah melalui YouTube kpd pesakit. Dan aku juga dpt rasa bhw Syeikh Al Masyari pun orang hebat Dan ada karamahnya tersendiri. Barakallahu fikum Syeikh.


Kpd yg membaca entry jgn buat spt aku ni jk kalian belum lg meceburi dunia perawatan Islam ini.kena berguru dulu utk belajar. Jika tidak,pasti anda akan ditipu setipu tipunya....Don't do like this at home!

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.