Sememangnya umur 40 adalah umur yg boleh dikatakan mematangkan seseorang baik dari segi tutur katanya mahupun peil perangainya.
Namun bukan bermakna ianya satu tempoh umur untuk ber "ggalok" dengan keseronokan dunia tapi ianya adalah tempoh untuk Kita menghampirkan diri kepada Al Khaliq. Kerana dalam tempoh inilah manusia sering diuji dengan pelbagai ujian. Ada yang diuji dengan penyakit hingga membawanya kepada kematian. Ada juga yg diuji hingga menyukarkannya untuk beribadah lima waktu.sakit lutut,sakit pinggang,mata kabur disebabkan diabetis, gemuk yg teramat sangat hingga semut² kaki dan tangan dan bermacam² lagi. Semuanya itu membantutkan amal ibadat.
Jadi, sempena Ramadhan Al Mubarak ini, ayuhlah kita memuhasabahkan diri sejauh mana ikatan ubudiyah diri kita dengan Allah SWT. Guruku pernah berpesan, katanya: tatkala memasuki umur 40 tahun atau melewati usia tersebut,rajin² lah bangun awal sblm masuknya waktu Subuh. Bacalah Al Quran pd masa itu. Di alam kubur nanti Al Quran yg Kita baca itulah yg akan menyelamatkan Kita.
Tidak takut kah kita dengan azab kubur nanti ? Atau mungkin Kita rasa diri kita terselamat drp azab kubur ?
Ketahuilah ! Berapa ramai yg telah mati rasa menyesal di akhirat sana dan ingin dikembalikan semula ke dunia walau sekejap semata² untuk membuat amal.
Waktu sahur di bulan Ramadhan ini seharusnya dijadikan tamrin@latihan untuk kita beramal apabila perginya Ramadhan. 30 Hari kita berlatih dan bertamrin sudah tentu ianya memberikan suntikan semangat utk kita beramal nanti.
Jadilah sepertimana sabda Baginda SAW ORANG CERDIKiaitulah mereka yang beribadah dan mencari bekalan untuk dirinya semata² untuk akhiratnya.
Life begin at 40, itulah Jalan menuju keredhaan Allah bukan nya jalan menuju kemurkaan Allah. Usah dilalaikan dan dihanyutkan dgn kehidupan Dajjal yg sentiasa memerangkap manusia. *Kemewahan,pangkat,duitan,seks,hiburan,sukan,media sosial* dan lain² lagi itulah manifesto dakwah Dajjal di abad ini.
Hanya yang celik dengan mata hati Dan beramal dengan Surah Al Kahfi sahaja inshaAllah akan terselamat drp fitnah ini.
14 hours ago
No comments:
Post a Comment