Thursday, January 8, 2009
Tanggungjawab itu amanah
Pendek kata setiap kali ada meeting ada je kerja yang perlu dibuat...Ya kerja itu adalah tanggungjawab seorang penjawat awam macam abi terhadap organisasinya. Tanggungjawab adalah amanah dan akan dipersoaalkan di akhirat kelak.
Suka nak kongsikan beberapa tanggungjawab (skop kerja) abi terhadap sekolah pada tahun ini. Maaf bukan nak menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi dan tatapan generasi abi yang mendatang.
1) Ketua panitia Bahasa Arab
2) Warden asrama
3) Pengerusi Pembangunan Pelajar Islam
4) AJK Dokumentasi
5) AJK Teknikal
6) AJK Bilik-bilik khas
7) AJK RIMUP
8) AJK Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah
9) AJK Pelaksanaan Kualiti Makanan Asrama
10) Penasihat Persatuan Bahasa Arab
11)Penasihat Sukan Memanah
Sekadar itulah yang nak kongsikan. Tolong doakan abi agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna
Monday, January 5, 2009
Maafkan aku wahai ayah dan ibu
Maafkan aku ayah
maafkan aku ibu
sesungguhnya aku tidak dapat lama bersamamu
tidak dapat lama bercerita denganmu
bercerita pasal bumi kenyalang
perangai orang Sarawak .....
Masa yang diberikan
satu bulan 5 hari
dirasakan begitu singkat sekali buatmu
aku faham dirimu belum puas lagi
bermain dengan cucu-cucumu "Wildan dan Jazlan"
Tapi ....
apakan daya
tugas dan tanggungjawab yang memisahkan kita
InsyaAllah suatu masa nanti
akan ku kembali ke pangkuanmu
Sunday, January 4, 2009
Kalam Iftitah Sanah 2009
Sempena tahun baru Hijri dan Masehi ini abi nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung semua atas kesudiaan menziarahi blog abi ni walaupun hanya seminit dua. Sebarang teguran daripada antum semua amatlah dialu-alukan. Kini rasanya dah masuk tahun ketiga abi berblog. Alhamdulillah dapat mengenali ramai sahabat-sahabat melalui alam cyber ni. Dapat juga bertukar-tukar fikrah. Tak rugi rasanya bayar pd celcom RM 68 sebulan.
Sama-samalah kita meningkatkan keazaman yang penuh daripada yang baik kepada yang lebih baik kerana yang lebih baik itu dapat pahala banyak ! ye tak ? Macam solat sendirian itu baik tetapi solat jemaah itu lebih baik (lebih afdal).
Ya Allah engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui....
Ampunilah dosa-dosaku yang lepas
Ampunilah dosa kedua ibubapaku
Ampunilah dosa guru-guruku
Ampunilah dosa sahabat-sahabatku yang berjuang atas namaMu
Ampunilah dosa mereka yang berjuang dengan keikhlasan....amin
Ya Allah...
Berilah aku kekuatan
untuk mengharungi cabaran dan dugaan tahun 2009 ini
tabahkanlah aku
sabarkanlah aku
aku tahu bahawa tahun ini amat berat sekali
tugas dan amanah yang engkau berikan padaku...
Ya Allah ....
terimalah amalanku dan ibadatku....amin
Monday, December 8, 2008
Selamat Hari Raya Aidiladha
Jemputlah ke rumah abi di hari raya ke empat ataupun bila ada kelapangan. Contact dulu sebelum datang,Ok ?
Rasa kegembiraan turut dirasai kali ini kerana kami sekeluarga dapat beraya bersama ayah dan ibu tercinta. Walaupun tidak dapat beraya pada Aidilfitri yg lepas tapi sekurang-kurangnya Aidiladha kali ini jadi pengubat hati.
Saturday, December 6, 2008
Puasa Sunat
Jumaat lepas khatib berpesan kepada para jemaahnya supaya meningkatkan pengorbanan termasuklah harta benda, jiwa dan raga ke jalan Allah SWT. Salah satu daripada pengorbanan kita ialah berpuasa sunat hari Arafah. Hari ini jemaah sedang wukuf di Arafah dan esok kita akan merayakan hari raya Aidiladha. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….
So, sama-samalah kita beramal demi kepentingan akhirat. Lagipun puasa pada musim-musim tengkujuh ni bukannya panas dan letih sangat pun! Daripada dok isi perut masa musim hujan tu, eloklah kita berpuasa.
Thursday, December 4, 2008
Jauhi 3 sifat tercela
" Dan kami telah jadikan neraka jahanam itu adalah untuk kebanyakan jin dan manusia, mereka ada hati (fikiran) tetapi tidak dapat berfikir, mereka ada mata tetapi tidak melihat (kebenaran),mereka ada telinga tetapi tidak mendengar (kebenaran), mereka itu seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat daripada itu, mereka itu adalah orang -orang yang lalai ".
Surah Al an'am:179.
Allah Ta'ala telah menciptakan neraka itu adalah untuk dua makhluknya sahaja iaitulah jin dan manusia. Tidak termasuk binatang. Disebut oleh pengarang kitab "Al Futuhat" (Al Jamal), dimulakan ayat tersebut dengan jin dahulu, kemudian diikuti dengan manusia adalah kerana penciptaan jin yang mula-mula sekali dijadikan daripada manusia. Diceritakan jin diciptakan 60,000 tahun lebih awal daripada manusia. Oleh kerana itulah bilangan jin lebih ramai daripada manusia. wallahu'alam.
Dalam ayat ini Allah Ta'ala menyatakan bahawa penghuni neraka itu antaranya bersifat :
1) Ada otak/fikiran tetapi tidak mahu fikir tentang kebenaran. Mereka ini adalah golongan yag mana boleh diertikan melihat kekuasaan dan kemaha perkasaan Allah Ta'ala tetapi enggan beriman dengan Allah. Mereka adalah orang-orang kafir. Termasuk juga dalam ayat ini mereka yang membaca kalam Allah dan mentadbur ayatNya tetapi tidak beramal apatah lagi enggan mengikuti segala ajaran yang terdapat dalam Al Quran.
2) Ada mata tetapi tidak dapat melihat. Mereka ini dianugerahi oleh Allah Ta'ala mata yang elok tetapi mereka tidak melihat kebesaran Allah Ta'ala didepan mata mereka. Kejadian langit dan bumi yang begitu hebat langsung tidak memberi sebarang erti kepada mereka. Begitu juga bagi yang beriman, bala dan musibah yang menimpa adalah datangnya daripada Allah yang mana harus dijadikan iktibar hidup.
3) Ada telinga tetapi tidak mendengar. Mereka ini adalah yang salah menggunakan nikmat Allah Ta'ala. Telinga adalah digunakan untuk mendengar segala nasihat dan mau'izah untuk dijadikan panduan hidup tetapi sebaliknya apabila mereka ini didengarkan dengan perkara sebegitu rupa mereka enggan mendengar. Lihatlah kemusnahan umat-umat terdahulu dek kerana enggan mendengar nasihat daripada utusan Allah.
Tuesday, December 2, 2008
Demam + Batuk
Alhamdulillah dah seminggu abi batuk dan demam. Kini dahhampir lega sikit. Nak main internet pun tak dapat sebab line 3G takde kat sini. Terpaksalah guna line celcom yang lambat dan betak !
Sekarang ni pun musim tengkujuh dah tiba, tiap-tiap hari hujan turun kat Kelantan. Nak pergi jalan-jalan pun susah. Di daerah Tanah Merah, Jeli, Tumpat dan Machang dah ada yang kena pindah.
ok bye, jumpa lagi....abi nak makan nasi berlauk dulu...ayah dah panggil...nanti bising pulak orang tua tu kalu tak pergi..wassalam




4 Golongan manusia akhir zaman