Sunday, January 18, 2009

Bersama sanak saudara dari Selatan Thai




Ini adalah gambar kaum kerabat di sebelah isteriku yang berasal dari selatan Thai. Memang isteri abi asalnya orang Selatan Thai dan dibesarkan di Malaysia dan bersekolah di M'sia. Tapi awas!jangan main tau...dia pandai cakap Thai!

sebelah kanan adalah abangnya (Mohd Fauzi). Umur dalam 40 -an. kerja sendiri. Otak ligat dalam mencari rezeki. La ni dok buat projek kubah masjid menggunakan fiber. Satu-satunya orang Islam (pembuat & pengedar tunggal) dalam pembinaan kubah fiber di Thailand. Isterinya abi panngil Kak Sah aje.Tak tau nama penuhnya. Bekerja kat kedai pam minyak. Anak perempuannya yang besar dan comel lote tu namanya Suraiya. Kini dah jadi jururawat di Hospital Besar Pattani. Lulusan dari Kolej kejururawatan di Hatyai. Anak lelakinya yang kecil tu adalah Abd Hakim. Umur 13 tahun.

Malam Bersamamu Palestin

Malam tadi abi menghadiri Malam Bersamamu Palestin di SMKA Miri. Program di bawah anjuran Yayasan Amal Malaysia terpanggil aku untuk menghadirinya sama kerana abi adalah ahli YAM juga (Yay. Amal M'sia). Suasana program dan penceramah jemputan (Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Syazmizi Nik Sin) cukup menyentuh perasaan abi bila mana dia berbicara tentang isu-isu dan suasana yang melanda Palestin.

Antara kata-katanya yang menyentuh hati:
** apakah perasaan kita jika sekiranya saudara kita yg terdekat dibunuh dengan kejam ?
** apakah perasaan kita jika adik kita sendiri yang dibunuh depan mata kita?
** apakah perasaan kita jika anak-anak kecil yang dibunuh itu adalah anak kita?
** apakah perasaan kita jika ibu yang mengandung adalah isteri kita ?

Ayat -ayat di atas cukup menyayat hati walaupun tidak melihatnya dengan mata kepala sendiri. Apabila berbicara tentang anak-anak mati dibunuh, abi terlihat kepada anak-anak abi yang tertidur di pangkuan abi tika itu. Apabila berbicara tentang isteri teringat abi isteri kat rumah yang sedang sarat mengandung anak ke 3. Cukuplah bayangan begitu sahaja dah cukup menyatakan dan membangkitkan kemarahan kepada Yahudi La'natullah. Allahumma "binasakan lah Yahudi dan kuncu-kuncunya" amin.

Thursday, January 15, 2009

Jom menderma untuk mangsa Palestin




Hari ini PPI SM Sains Miri telah melancarkan tabung Aman Palestin untuk mangsa-mangsa di Palestin. Tabung ini akan diadakan bermula hari ini sehingga 21 Januari dan akan diserahkan kepada wakil Aman Palestin melalui Yayasan Aman Malaysia (cawangan Miri).




Kepada mereka yang ingin menyumbang dan menderma bolehlah datang ke SM Sains Miri ini. Dimaklumkan juga pada 21 Januari nanti bertempat Surau As Syakirin, road show palestin akan diadakan selepas menunaikan solat Maghrib. Selepas itu akan diadakan majlis penyerahan sumbangan tabung Aman Palestin. Jemputlah ke SM Sains Miri.

Wednesday, January 14, 2009

Sederap Memburu Kegemilangan



"Sederap Memburu Kegemilangan" adalah satu program untuk pelajar tingkatan 3 & 5 yang akan mengambil exam PMR & SPM pada tahun ini. Program yang memakan masa selama 1 hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang banyak memberi input kepada pelajar-pelajar dari segi motivasi dan tips belajar.

Wildan & Jazlan di PASTI


Dah hampir 2 minggu Wildan dan adiknya Jazlan masuk ke PASTI. Nasib baiklah mereka ninak sekolah juga. Pelbagai cara dah dibuat supaya pergi ke sekolah. Hari pertama mereka ni bersyarat nak mainan kalau pi sekolah. Habis melayan duit abi RM 10 seorang bagi membeli mainan buat mereka....nasib baiklah mereka ni tak melarat nak mainan tiap-tiap hari...kalau tidak bankrap abi dibuatnya !!

Monday, January 12, 2009

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu

Semalam telah diadakan program pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan satu. Kalau ikutkan nama yang ada kat kertas tu seramai 90 orang pelajar lebih yang akan melapor. Tapi cuma 66 orang sahaja yang datang melapor. Mana yang lain ? abi fikir mungkin tak dapat datang sebab terkandas dek banjir ...ataupun tak jadi nak masuk ke sekolah ni...Mungkin nak masuk Sains Mara...

Apapun yang terjadi nak kongsikan apa yang terjadi semalam( waktu mendaftar ). Ada mak bapak tu jumpa abi dan bagitau abi supaya tolong jaga anaknya baik-baik. Jangan disembunyikan segala kejahatan yang anaknya buat walaupun sekecil-kecil kesalahan. Part ni abi setuju sangat dengan ibubapa macam ni...abi suka diorang ni..ni abi puji sebab dia bagi harapan pada guru supaya ajar anaknya betul-betul. Mana pergi ibu bapa yang lain ??ada tak dia cakap macam parent tadi...tak ada. Cuma sepasang laki bini tu saja yang cakap...selebihnya...sibuk dok mengemas kain baju dan loker anak.

Cerita yang satu lagi tu, ada sikit lucu hinggakan habis duitnya datang untuk mendaftar anaknya. Dengar kabar datang dari "song"(daerah Sibu) . song mana abi tak pasti..yang pasti tempatnya ada hulu sikit..Dia kehabisan duit dan minta pihak sekolah untuk hantarnya ke stesen bas. Isy! belum pernah terjadi dalam sejarah SMSM ibubapa habis duit sampai tak boleh nak balik. Dipendekkan cerita mujurlah ada sorang cikgu laki yang baik hati nak hantar dia stesen bas. Mungkin cikgu tu kesian kat dia lagipun cikgu tu pun orang Sibu gak!

Sunday, January 11, 2009

Demonstrasi...







bacalah doa ini setiap kali lepas solat.






 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.