Thursday, January 29, 2009

Observe

kelas tilmiz 6 tahun

sebelum makan baca doa dulu

Usrah PASTI 2009

Awal -awal pagi lagi abi dah pergi ke PASTI. Sambil gi hantar anak sekolah nak juga tengok guru-guru PASTI tu mengajar. Niat abi cuma satu nak kongsikan ilmu pendidikan dengan semua orang. Abi taklah tinggi sangat belajar tentang ilmu pendidikan tu. Adalah sikit-sikit masa belajar kat U dulu- Ilmu nafsi at tarbawi. Markah dapat pun taklah tinggi mana pun ...cukup makan. Lepas tu belajar pula tentang ilmu pendidikan ni kat UIAM. Bolehlah cikit-cikit untuk kongsikan!

Setinggi mana pun ilmu kalau takde diploma pendidikan atau KPLI abi gerenti seseorang tu tak pandai nak ajar pelajar. Pendek kata "benda" tu adalah sebagai lesen untuk kita mengajar. Kalau lulus kita dalam KPLI tu maka layaklah kita untuk mengajar. Tapi tak semestinya yg takde KPLI tu takleh ngajar...boleh dia ngajar. Kemungkinan skill kurang. Sama juga bg orang yang pandai bawa kereta tapi dia takde lesen. Dia boleh memandu tapi skillnya tiada.

Alhamdulillah seronok rasanya bila dapat kongsikan ilmu dengan mereka yang betul-betul tak tau..

Wednesday, January 28, 2009

Kisah Jiran 1

Entri kali ini sengaja abi nak ceritakan kisah yang berdekatan dengan rumah abi untuk tatapan semua. Moga ianya menjadi pengajaran dan iktibar.

Sang suami berkahwin 2. Dengan isteri pertamanya dia mendapat 5 anak (kalau tak silap abi). Anaknya yang kecil berumur 3. Si suami selalu keluar atas urusan kerja dakwahnya dengan geng tablighnya. Kekadang berminggu-minggu tiada di rumah. Mungkin juga di rumah bini keduanya. Isteri pertamanya pula bekerja di ladang sawit dengan mengambil upah. Kekadang isterinya bekerja sebagai tukang cuci pinggan mangkuk di salah sebuah restoran.

Apa yang menyedihkan abi tatkala suami dan isteri tiada di rumah, anak-anaknya terbiar di rumah. Si anak kecil menangis. Abang dan kakak tak menghiraukan adik-adik. Lagu dangdut dan dikir barat di pasang dengan volume yang tinggi sekali sehingga mengganggu rumah-rumah jiran yang lain. Anak yang besar menunggang motor dengan laju sekali ke hulu dan ke hilir. Lagaknya tak ubah seperti mat rempit.

Apakah kita sanggup menjadi seperti mereka ? Mungkin kita katakan akibat desakan hidup dan ekonomi yang tidak menentu mereka menjadi sedemikian rupa ? Perlulah ada di sana tanggungjawab mendidik dan menjaga anak. Janganlah dibiarkan anak-anak hidup tidak menentu. Tiada arah tuju. Tunggang motor tanpa arah tuju. Anak-anak perlukan bimbingan dan kasih sayang seorang ibu dan bapa. Jika anak kita menjadi seperti mereka adakah kita sanggup untuk keluar berdakwah lagi ? wal ' iyazubillah..

Firman Allah swt yang bermaksud:

" Jagalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka jahannam ...."

Tuesday, January 27, 2009

Gahnya Guru SM Sains

Tengok jer gambar-gambar di bawah ni,,,tapi jangan komen !



Please vote ! mana satu hebat ?

Monday, January 26, 2009

Gong Xi Fa Cai II

Keesokan paginya kertas merah bertaburan atas jalan raya. Kertas mercun. Jiran abi (cina) depan rumahnya penuhnya dengan kertas merah. Memang hantu takut nak masuk rumah tu lagi!he he.
Waktu petang tengah abi dok siram bunga dia keluar dari rumahnya. Abi sapanya "hepi niu yer...malam ni ada main mercun lagi ker ? katanya ada....
"Sampai bila ?" tanya abi lagi.
"Suka hatilah" jawabnya.
Standby jelah kapas dalam telinga malam nanti fikir abi dalam hati....

Gong Xi Fa Cai


Jam 10 abi melelapkan mata bersama Jazlan. Wildan malam tu tidur dengan "bibiknya". Entah ngape mau tidur dengannya. Walaupun perut abi terasa sikit kenyang akibat baru balik daripada kenduri arwah rumah bos...Memang tak baik untuk kesihatan. Tapi disebabkan Jazlan merenget ajak abi tidur ...so abi tidurlah....

Jam 12 tengahmalam...bunyi dentuman mercun dan meriam begitu kuat sekali. Terasa ia begitu dekat dengan cuping telinga. Allahuakbar ! abi terbangun daripada daripada tidur. Ummi pun sama. Bodoh! Bangang ! apalah punya adat mengacau orang tengah tidur...Kalau ye pun nak halau hantu...panggillah bomoh ! Sejak saat dan masa itu abi dan ummi tak dapat lelapkan mata. Abi tengok si Jazlan, kedua-dua tangannya menutup telinga. Kesian....tidurnya terganggu...

Bunyi mercun dan bunga api berterusan. Bergegar tingkap rumah. Memang kuat bunyinya. Tak ubah seperti bedilan peluru di Gaza! Mungkin lebih dasyat daripada itu. Siren alarm rumah beberapa kali kedengaran akibat gegaran yang kuat pada rumah....siul! allahumma farrik jam'ahum wa zal zil aqdamahum...

Jam 12.30 malam bunyi mercun sedikit demi sedikit berkurangan...abi taksedar lagi bila mata mula tertutup semula.Sedar sedar dah azan subuh.

Saturday, January 24, 2009

Tarbiah Diniah

AHLI Umno Bahagian Raub, Junaidi Abd Hamid didakwa beri rasuah RM200 kepada dua individu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam


KETUA Umno Cawangan Panchor, Alor Gajah, Johari Ibrahim dibawa ke Mahkamah Sesyen Melaka, semalam atas tuduhan memberi sogokan RM200


NAIB Ketua Umno Bahagian Beruas, Azman Noh tidak mengaku beri rasuah RM300 di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.


Diri tidak dapat lari daripada tarbiah diniah (ruhiyyah). Jika tidak ....jadilah macam mereka ini...
Mungkin kita dapat lari daripada mahkamah dunia tapi mahkamah akhirat PASTI tak dapat lari lagi.

Wednesday, January 21, 2009

Pembebasan Palestin bukannya Gaza - Hamas


Khamis, 22/01/2009 - Gerakan Pejuang Islam Hamas menegaskan komitmennya dengan pilihan perlawanan sebagai landasan sebarang dialog Palestin. Hamas menegaskan bahawa projek mereka adalah pembebasan seluruh Palestin dan bukan hanya Gaza. Hamas melihat apa yang terjadi di Semenanjung Gaza sehingga perang berakhir adalah kemenangan pejuangan menuju jalan pengusiran penjajah dari seluruh tanah Palestin.
Pemimpin Hamas, Ismail Ridwan mengatakan, “Penjajah belum merealisasikan tujuan serangan yang pernah diumumkan sebelumnya. Mereka berundur akibat gempuran perlawanan dan semangat juang rakyat Palestin, bukan kerana tekanan antarabangsa atau resolusi PBB.” Beliau menegaskan bahawa penjajah Israel mengunakan cara pembohongan dan tipudaya terhadap dunia antarabangsa dan media untuk menyembunyikan kerugiannya.
Beliau mengatakan bahawa kemenangan Gaza tidak lain adalah jalan menuju al Quds dan Haifa dan Yafa, menuju Nagev dan Tebing Barat. Gaza bukan satu-satunya projek Hamas. Projek Hamas adalah Gaza dan seluruh Palestin. Hamas akan terus bertempur sehinggah penjajah berundur dan meninggalkan Palestin.

sumber : COMESpenterjemah : osman
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.