Thursday, July 9, 2009

Furqan ...Allahu Yasyfika

Dah masuk hari ketiga Furqan demam. Pening kepala abi dan ummi tentang ujian ini. Setiap anak abi yang lahir mesti Allah akan beri ujian yang berupa demam. Anak pertama, kedua dan ketiga. Semuanya demam. Tiap-tiap malam terpaksa mendukung Furqan. Itulah cubaan kami buat anak ketiga.

Hari ni ummi sekali lagi ambil CRK (cuti rehat khas). Dah masuk kali ketiga buat pengorbanan untuk Furqan. Terpaksa ummi berkorban.

Wednesday, July 8, 2009

Kejemuan dalam dakwah

Pendahuluan

Manusia diciptakan Allah Taala dengan pelbagai sifat dan tingkahlaku yang menunjukkan betapa berhajatnya mereka kepada bantuan dan pertolongan. Sifat-sifat seperti resah gelisah, takut, kecewa, bosan, malas dan sebagainya adalah gambaran kelemahan diri manusia itu sendiri yang diciptakan sebagai hamba Allah. Kelemahan dan sifat serba kekurangan ini boleh mendedahkan manusia kepada keadaan murung dan berputus asa yang akhirnya akan membawa mereka kepada hilang pergantungan dengan rahmat Allah Taala.

Sabda Rasulullah s.a.w: إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة

Maknanya: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh(cergasa) dan setiap kecergasan ada masa jemu...”. Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Tirmizi.

Suasana persekitaran, pergaulan, kejahilan, kecintaan kepada dunia dan tiadanya murabbi adalah antara faktor kemurungan dan kebosanan dalam melaksanakan perintah Allah Taala. Ia samada berkaitan dengan ibadah mahupun dalam kerja-kerja dakwah. Keadaan ini adalah perlu diberikan perhatian kerana bimbang ia akan menjadikan seseorang itu hilang rasa nikmat beribadah dan berjuang di jalan Allah. Kertas kerja ini akan memberikan fokus perbincangan kepada kebosanan di dalam amal Islami yang sering melanda amilin dalam dakwah yang akhirnya menjejaskan gagasan yang telah digariskan di dalam perjuangan.

Definisi ’Al-futur’.
Menurut Mukhtar Al-Sihhah, Al-Futur itu bererti lemah, tumpul. Manakala Al-Raghib Al-Asfahani di dalam Mufaradat Al-Quran menyatakan bahawa erti Al-Futur ialah diam selepas bergerak cergas, lembut selepas keras dan lemah selepas kuat.Ibnu Hajar rahimahullah berkata bahawa Al-futur ialah:
" الملال استثقال الشيء، ونفور الناس عنه بعد محبته، وهو داء يصيب بعض العباد والدعاة وطلاب العلم، فيضعف المرء ويتراخى ويكسل، وقد ينقطع بعد جد وهمة ونشاط. وفي القرآن الكريم قال الله تعالى مثنيا على الملائكة: [ يسبحون الليل والنهار لا يفترون ]

Maksudnya:Bosan, berat untuk melakukan sesuatu dan orang lari darinya selepas awalnya suka kepadanya. Ia adalah penyakit yang menimpa sebahagian hamba, para daie dan penuntut ilmu. Seseorang itu akan jadi lemah, bertangguh dan malas. Seterusnya meninggalkan dari melakukan sesuatu selepas awalnya ia bersungguh dan cergas. Di dalam Al-Quran Allah Taala memuji para MalaikatNya dengan berfirman: (( Mereka (para Malaikat) bertasbih malam dan siang tanpa jemu )).

Sebab-sebab Al-Futur dalam Dakwah.Bagi seseorang yang terlibat dengan gerakan dakwah ia tidak boleh lari dari sifat sebagai manusia biasa yang terdedah kepada kebosanan dan kejemuan dalam dakwah. Bahkan para sahabatpun ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w bilakah kemenangan akan tiba kerana sudah bosan dengan tentangan hebat dari golongan musyrikin. Dalam dakwah kebosanan berlaku samada akibat dari kelewatan mendapat kemenangan atau berpunca dari terjadi berbagai ujian yang berat kepada pejuang Islam.

Allah Taala berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 42:Yang Maksudnya: Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu."

Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”.Kebosanan dan kejemuan dalam dakwah adalah berpunca dari dua faktor utama iaitu faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran:

A. Faktor-faktor dalaman
1) Kejahilan yang menimbulkan keraguan kepada kesahihan tanzim.
2) Lemah amal ibadah.
3) Kurang mengamalkan sunnah dalam kehidupan harian.
4) Berlumba memperolehi populariti dalam dakwah.
5) Tidak berdisiplin dan kerja tidak tersusun.
6) Sentiasa berburuk sangka sesama ikhwah.
7) Tidak menghadiri tarbiah.
8) Tidak menghadiri aktiviti jamaah.
9) Tidak bersederhana/melakukan sesuatu secara melampau.
10) Tiadanya aktiviti Istirahah Al-Nafs.
B. Faktor-Faktor Luaran.
1) Jamaah tidak memberikan peningkatan kepada diri.
2) Ikhwah dalam jamaah tidak bersifat terbuka.
3) Tanzim yang bercelaru.
4) Aktiviti yang membosankan.
5) Kepimpinan yang tidak memberikan contoh yang baik.
6) Perpecahan dalam jamaah.
7) Serangan bertubi-tubi dari musuh.
8) Kemewahan hidup yang menamkan rasa selesa dengan apa yang ada.
9) Pengaruh wanita.
10) Pengaruh keluarga dan anak-anak.
11) Tekanan di tempat kerja.
12) Kekalahan dalam peperangan dengan musuh.

Faktor-faktor di atas adalah penyebab kepada timbulnya Al-Futur di dalam diri pejuang-pejuang Islam. Sebagai contoh ialah kekalahan, ia boleh menyebabkan hilang keyakinan untuk meneruskan perjuangan seperti berlaku di dalam perang Uhud. Apabila umat Islam ditimpa kekalahan, ramai yang mula kecewa, hilang keyakinan dan rasa bimbang dengan masadepan Islam. Lalu Allah Taala menjelaskan sendiri mengapakah kekalahan berlaku dengan firmanNya:Yang maksudnya: Dan Mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu Telah menimpakan kekalahan dua kali ganda kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, Maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah, dan agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman. Surah Ali-Imran : 165-166.Dengan turunnya ayat di atas barulah para sedar bahawa kekalahan yang berlaku adalah berpunca dari kelakaun mereka sendiri yang tidak menuruti arahan Rasulullah s.a.w. Lantas selepas daripada itu mereka tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama dan akhirnya Allah Taala kurniakan kemenangan dengan pembukaan Kota Mekah yang berlaku secara aman.

Penyelesaian.
Bagi menyelesaikan dan merawat penyakit Al-Futur yang menimpa ahli jamaah Islam maka terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan sebagai panduan iaitu:
1) Membaca Al-Quran yang mengisahkan kesusahan perjuangan Anbiya.
2) Membaca Sirah Rasulullah s.a.w.
3) Membaca sejarah pejuang Islam masa silam.
4) Solat berjamaah.
5) Tingkatkan amalan sunat.
6) Hidupkan sunnah dalam kehidupan.
7) Meninggalkan amalan makruh.
8) Kurangkan menonton TV.
9) Selalu bersama solihin.
10) Hadiri majlis ilmu.
11) Selalu berhubung dengan ahli jamaah.
12) Amalkan pengurusan diri dan berdisiplin.
13) Menjaga masa.
14) Kreatif mempelbagaikan aktiviti jamaah.
15) Mengamalkan kesatuan fikrah dan kesatuan amal.
16) Libatkan semua peringkat ahli jamaah Islam dengan tarbiah.

Kesimpulan.

Para Qiadah dalam jamaah Islam seharusnya bersifat peka terhadap perkembangan di kalangan ahli-ahli jamaah Islam yang mempunyai tingkah laku dan kecenderungan yang pelbagai. Kebijaksanaan qiadah amat perlu bagi memastikan faktor-faktor yang membawa kepada Al-futur dalam dakwah dapat ditangani dengan sebaiknya agar intima di dalam jamaah bukan sahaja kerana kebenaran yang dibawa tetapi kerana keseronokan bersama-sama memperjuangkan Islam. Qiadah yang tidak sensitif dengan perkara-perkara seumpama ini akan membawa kepada kecenderungan ahli jamaah meninggalkan perjuangan Islam.

dipetik dari blog: http://zuridanmdaud.blogspot.com

Monday, July 6, 2009

Tattoo

Apakah wajib dibuang tattoo seseorang itu jika dia telah masuk Islam ?

jawapan:

Pada masa jahiliyahnya dia telah memakai tattoo dan selepas ia diberi taufik dan hidayah Allah, maka hendaklah dia menghilang tattoo tersebut dengan syarat:

1) jika pembuangan tattoo tersebut menggunakan sesuatu alat yang boleh menyakitkan anggota badan dan mencacatkan maka tidak dibolehkan.

2) Jika pembuangan tattoo itu menggunakan alat seperti pancaran laser atau teknologi terkini yang tidak menyakitkan anggota badan maka dibolehkan. Dikatakan cara ini kosnya agak mahal dan kalau tak mampu elok dibiarkan sahaja.

3) Bagi mereka yang tidak mampu untuk menghilangkan tattoo di badan maka seelok-eloknya ditutupi tempat tersebut apatah lagi jika dibawa untuk bersolat.

wallahu'alam.

Sunday, July 5, 2009

Cuti Peristiwa

Hari ni anak anak abi buat sik mauk pegi sekolah. Bila abi dari kejut dari tido terus Wildan cakap tak nak ke sekolah. Si adiknya pula bila abang kata camtu ikut je cakap abangnya juga ibarat kentut ngan taik !

Yelah semalam diorang pun penat bersukaneka di Bungai. Lupa pulak abi nak minta kat pengurus dia pasal cuti peristiwa hari ini. So takpelah. lagipun abi tengok diorang ni asyik batuk-batuk je lepas bersukan semalam. So abi bagi diorang berehat je kat umah.

Hari Sukaneka PASTI

Antara ibu-ibu yang hadir memberi sokongan kpd program ni

Jazlan dapat hadiah daripada pengerusi PASTI..Bantal Ipin...wat tido malam ni

Wildan dapat hadiah bantal IPIN. Dia tak pakai baju sebab dok berendam dalam pantai :)

Orang kuat kami dok sibuk bakar ikan n ayam. Slot ni kita beri kpd mereka yang anak dah besar atau anak masih kecil!

permainan campak belon...abi jadi partner Wildan. daripada 8 biji satu je gugur ..kira ok lah

Sdr. Zaidin n Ust Borhan dok warm up pelajar PASTI sebelum bersukan





5 Julai 09 (ahad) Alhamdulillah Hari Sukaneka PASTI telah selamat dijalankan pada hari ini. Program ini kami buat kat Pantai Bungai, Bekenu, Miri. Program dimulakan dengan bacaan doa, dikuti dengan breakfast dan....lepas tu sukaneka bermula.

Friday, July 3, 2009

Syawarma

Masih lagi berkisar tentang cerita abi dok KL 2 3 hari lepas. Sebaik saja jalan-jalan mata terpandang kepada sebuah kedai pak arab di kaki jalan. Oh! pak arab pun ada meniaga kat sini. Tapi yang lebih menggiurkan abi adalah kerana kat kedai tu mereka ada jual syawarma. Syawarma ni, kalau anda semua nak tau gak adalah sejenis makanan arab yang mana diletakkan daging atau ayam yang dibakar dalam sekeping roti yang bulat (roti arab). Dalam roti tu diletakkan sayur-sayuran. Entah lah nak cerita lebih-lebih pun tak pandai. Nanti syawarma tadi korang faham ianya sama ngan pizza pulak! Tapi yang pentingnya ia adalah makanan kegilaan abi semasa menuntut di Jordan dulu. Kalau tak pekena syawarma dalam masa seminggu memang gelisah tak boleh nak duduk.

Dipendekkan cerita abi tanya pak arab tu dengan menggunakan kalam arab " kam si'ru ya mu'allim ? (berapa harga wahai orang mengetahui)
thamaniah ringgit ( 8 ringgit ) jawabnya....
Tanpa fikir panjang abi beli je benda tu, sebab lama dah dok mengidam nak makan hampir 8 tahun.

Selesai saja makan, terus balik ke hotel dan sembang-sembang ngan kawan-kawan. Terkejut abi apabila ada kawan bagitau bahawa harga biasa bagi satu syawarma adalah RM5. Binawe punya pak arab! Kat Malaysia pun dia cekik darah ! Dahlah abi kat Jordan kena cekik darah juga. Itu dah kira abi pandai cakap arab pun kena cekik juga !

Wednesday, July 1, 2009

Pusat maksiat

Abi ditakdirkkan berada di tengah-tengah pusat bandar di KL ni. Sebut sahaja Jalan Bintang (Bintang Walk) semua orang tahu dan terbayang di kepala bahawa ia penuh dengan maksiat dan pelacuran.

Sebaik sahaja habis diskusi dengan kengkawan tentang format exam Bahasa Arab, abi bersama kengkawan pergi ronda-ronda. Waktu malam pegi jalan around jam 11.00 malam. Kiranya ini dah malam last kat KL. Nak tengok bagaimana kehidupan tua muda kat KL ni.

First, bila dah keluar dari bilik hotel tu, beberapa langkah je datanglah orang promosi tentang urut refleksologi. Memang kat situ banyak sangat kedai-kedai urut. Salah seorang daripada mereka tu bisik pada abi ....ada urut dan ada perempuan cantik-cantik, cina ada...bla..bla...bla.. sori aku tak nak....jelas abi.

Jalan ke depan lagi...datang seorang lagi orang laki. Kali ni sedikit berusia. Dalam lingkungan 45 tahun. Dia menghampiri abi lalu berkata " ada perempuan cantik, mauk ka ? boleh tengok dulu " Ya Allah apa nak jadi dengan dunia ni. Abi rasakan seolah-olah berada di tengah-tengah pusat maksiat. Memang syurga dunia bagi diorang.

Kemudian perjalanan kami terhenti berhampiran dengan sebuah pub dan club. Ada sebuah kereta mercedes parking kat situ. Dalamnya, ada laki Melayu dalam lingkungan awal 40 an. Lagaknya macam seorang yang bergaji besar dan berpangkat dato'. Lama dia dok dalam kereta tu. Tak lama kemudian dia keluar dan terus masuk ke pub. Tak lama kemudian datanglah sebuah van dan masuk beberapa orang perempuan dan lelaki ke dalam pub yang sama.

Kami teruskan perjalanan lagi......kali ini kami jumpa "Gold Man" orang yang salut tubuhnya dengan pewarna kuning emas. Kemudian dia buat lagak dan aksi. Nak bergambar dengannya, kena bayar. Itulah dunianya mencari rezeki di tengah-tengah bandar. Dia tu Cina.

Kami tunggu lagi dan terus tengok gelagat orang KL. Ada perempuan Melayu yang berpakaian seksi dan bersamanya ada laki. Turun naik club. Ooooh! apa nakjadi dengan orang Islam ni. Kebanyakan yang abi tengok adalah muda mudi. Mereka terus hanyut. Seolah-olah maut itu tiada. Dunia bagaikan syurga.

Itulah nak ceritakan kat sini. Memang kehadiran abi di KL ni dapat sedikit keinsafan dan kesedaran betapa pentingnya manusia itu dibekalkan IMAN dan TAQWA. Tanpa kedua-duanya mereka akan hanyut di dunia ni. Sentiasa digoda oleh syaitan. Bahkan mereka itulah digelar syaitan bertopengkan manusia.

ومن أعرض عن ذكري فإن له معيشة ضنكا ونحشره يوم القيامة أعمى .

Mafhumnya: Barangsiapa yang berpaling daripada mengingatiku (Allah) maka sesungguhnya untuknya kehidupan yang sempit dan kami himpunkannya pada hari kiamat nanti dalam keadaan buta. (Taha :124)

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.