Saturday, July 25, 2009

Berhibur untuk mencari semangat


Sekarang ini sibuk diperkatakan di masjid dan surau tentang Isra' dan Mi'raj junjungan besar nabi kita Muhammad SAW. Apa yang abi ingin kongsikan bersama adalah dari pengamatan abi yang kerdil ini bahwa terdapat juga di sana falsafah atau hikmah peristiwa itu.

Kalau kita lihat pada junjungan besar nabi kita, baginda banyak tertekan dek kematian orang kuatnya (Saidatina Khatijah dan Abu Talib). Lantaran itu Allah swt menghiburkan hati nabi kita dengan peristiwa sedemikian. Bukan bermakna berhibur itu adalah hiburan semata-mata tetapi adalah untuk mengembalikan semula semangat yang pudar dan lemah.

Inilah yang perlu kita lihat pada diri kita yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja harian di pejabat ataupun sebagai orang kuat berorganisasi @ berjemaah. Kerehatan tubuh badan dan minda itu penting dalam kita bekerja. Tubuh badan dan otak tidak dapat menerima jika kita sentiasa habiskan masa kita dengan bekerja. Tiada rehat. Nescaya akan rosak dan demamlah badan tersebut.

Lantaran itu berilah hak untuk badan dan minda berehat secukupnya bagi melancarkan kerja-kerja untuk hari-hari esoknya.

Sepagi Bersama YB Dato'

Masjid Baru Niah yang menelan belanja RM3.8juta (kalu tak silap)


Pagi Jumaat tadi abi diminta oleh pentadbir sekolah untuk pergi keMasjid Baru Batu Niah bagi menerima sumbangan daripada YB Dato' Ir Daud Abd Rahman. Sebanyak RM 1000 telah diberikan kepada surau dan masjid di seluruh Miri.

Thursday, July 23, 2009

Abi and Furqan



Kini putera ketiga abi dah masuk 5 bulan. Dah pandai meniarap. Bila dia tengok orang pun dah pandai senyum-senyum. Kononnya nak ambil hati orang lah suruh dukungnya. Dulu masih ingat lagi ketika mana perutnya selalu kembong masuk angin hingga berusia 4 bulan. Tapi kini dah beransur pulih. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Wednesday, July 22, 2009

Tidoooooo



Gambar di atas adalah Wildan sedang tidur atas bangku luar hadapan bilik warden pada jam 830 malam. Dia terlelap sebab dok tunggu abi tengah jaga budak-budak untuk spotcheck asrama. habis kaki-kakinya merah digigit nyamuk. Ngape tak bawa masuk bilik warden ? Bilik warden terlupa nak buka, takde kunci....

Tuesday, July 21, 2009

Copy movie dari youtube



Bagi anda yang terpinga-pinga nak copy movie dari youtube, beginilah cara-caranya:

1) pastikan anda membuka software keepvid dari internet.

2) Sebelum itu anda perlu membuka movie dari youtube yang hendak dicopy.

3) Copy atau salin URL movie tersebut dan paste kan ke url dalam software keepvid tadi.

4) kemudiannya akan keluar download. tekan saja butang tu dan ia akan memberikan kepada anda pilihan untuk mendownload movie yang mana satu.

anda juga boleh menggunakan real player 11 untuk mendownload dari youtube.

selamat mencuba.

Monday, July 20, 2009

Ber"kokok" di Surau Hidayatullah, Kpg Lereng Bukit


gambar diambil oleh akhi Muhtar Suhaili melalui handpondnya

Alhamdulillah atas segala hal dan urusan. Malam tadi abi diberi kepercayaan oleh sahabat-sahabat AMAL dan Ajk surau untuk menyampaikan satu tazkirah mengenai Isra' dan Mi'raj. Berbekalkan sedikit ilmu yang ada abi berkongsi ilmu dengan para jemaah sekitar 30 orang (ahli qaryah + sahabat AMAL).

Hukum hudud zalim ?

Seorang pelajar bukan Islam datang bertanyakan mengenai hukum hudud. Mengapakah dijatuhkan hukuman potong tangan ke atas pesalah yang mencuri ? Tidakkah ianya suatu yang kejam ? Bukankah Allah akan membalasnya di akhirat kelak ?

Jawapan:

ISLAM adalah satu agama yang membawa kesejahteraan kepada sekelian alam. Maknanya semua makhluk di dunia ini akan selesa jika dunia ini ditadbir mengikut hukum hakam Islam atau perundangan Islam. Oleh sebab itu setiap hukuman hudud yang dijatuhkan ada hikmah disebaliknya dan bukan untuk menganiayai pesalah semata-mata.

Sebenarnya hukuman yang dijatuhkan itu bukan untuk diri pesalah itu sahaja bahkan ianya lebih untuk memberi pengajaran kepada orang lain juga. Hukuman yang dijatuhkan itu harus dijadikan iktibar buat semua. Kalau orang dah melihat sendiri dengan mata kepala mereka sesuatu hukuman hudud itu dijalankan maka nescaya mereka tidak akan melakukan perbuatan jenayah sedemikian rupa. Bila mana mereka takut dengan hukuman Allah di dunia ini mereka akan insaf dan secara automatiknya perbuatan jenayah itu dapat dibendung dalam masyarakat dan negara.Maka akan lahirlah masyarakat yang aman dan harmoni dan tidak ada sebarang unsur-unsur maksiat kepada Allah.

Bilamana hukum hudud itu dijalankan ke atas seseorang itu di dunia maka di akhirat kelak seksaannya akan dikurangkan.

wallahu'alam.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.